Saturday 25 September 2021

Datuk Ong Kim Swee Sinar Baru Bola Sepak Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Umum telah mengetahui bekas Jurulatih Malaysia B23/ Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee (OKS) secara rasminya akan melatih pasukan bola sepak Sabah FC. Difahamkan bahawa ini adalah permintaan rasmi Presiden SAFA Dato Sri Bung Mokhtar Radin kepada Datuk OKS untuk melatih Sabah FC.

Pelbagai cabaran pastinya menanti demi memulihkan pasukan Sabah FC yang kurang konsisten dalam saingan liga. Dalam kita meletakkan harapan besar kepada Datuk OKS, fans bola sepak Sabah FC kena berdepan dengan realiti. 

Fans kena beri coach masa untuk mencari serta mencorak pasukan Sabah FC. Datuk OKS tidak mempunyai tongkat sakti yang boleh merubah Sabah FC dalam sekelip mata. Setiap perubahan pasukan akan mengambil masa, bergantung dengan masa dan keadaan sekeliling termasuk pemain dan pasukan kejurulatihan. Datuk OKS pastinya menyedari bahawa tugas yang beliau ambil ini amat berat apatah lagi pasukan Sabah FC agak sentimental kepada beliau sendiri kerana pernah menyarung jersi pasukan Sabah sekitar 90an bersama-sama assistant coach iaitu Jelius Ating. 



Datuk OKS pastinya mempunyai pemain pilihan dan beliau seharusnya bebas dalam mencorakkan pasukan Sabah FC. Diharapkan tidak ada tangan-tangan ghaib yang akan mengganggu tugas beliau nanti. Admin difahamkan Datuk OKS seorang yang amat tegas sebagai jurulatih. 

Kepada pemain Sabah FC kautlah ilmu sebanyak mungkin daripada Datuk OKS kerana sekalipun kita mendatangkan jurulatih terbaik dunia, pasukan tidak akan berubah sekiranya tiada persefahaman antara jurulatih dan pemain. Semoga Sabah FC akan akan memberi " SESUATU" pada Saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

SABAH TATAP!!

RADU TATAP RADU.

Monday 13 September 2021

Pengalaman Di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid (PKRC) Likas, Sabah.

Edit Posted by with No comments

Menulis sedikit tentang pengalaman di PKRC likas. Pendek cerita setelah disahkan positif Covid19,  semua yang positif covid dibawa untuk x-ray paru-paru. Masa menunggu agak lama disebabkan waktu rehat tengahari. Keadaan klinik agak sibuk dan ramai orang. 

Tahniah saya ucapkan kepada staf KKM yang tetap tenang melayani pesakit Covid19. Sesudah xray, doktor putuskan agar saya dihantar ke PKRC Likas disebabkan paru-paru mula menunjukkan tanda jangkitan. Saya cuba kumpul kekuatan untuk beritahu keluarga terutamanya isteri saya. Sementara menunggu samada ada kekosongan di PKRC likas, saya sempat berbual-bual dengan doktor. Soalan semestinya adakah peluang saya untuk sembuh? Doktor menenangkan saya dan mengatakan "Insyallah peluang sembuh tinggi kerana sudah vaksin". 

Pada 27 HB saya dijemput oleh staf KKM dari rumah pada jam 11 pagi. Perasaan agak bercampur baur sedih, takut & macam-macam lagilah ketika meninggalkan rumah. Sampai di PKRC Likas dalam jam 11.30. Seterusnya kami terus didaftar serta diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah (SPO2). Tekanan darah normal cuma oksigen agak turun naik. Keadaan demam agak teruk dan sakit dada mula terasa. Fikiran bertambah kacau. Namun keadaan sedikit tenang dengan layanan staf KKM yang sangat mesra.

saya diterangkan tentang rutin harian yang perlu dilakukan sepanjang masa berada di PKRC. Syukur terima kasih kepada isteri saya kerana menyediaakan kelengkapan secukupnya untuk berada di PKRC. 

Saya kongsikan barang yang perlu dibawa sekiranya dimasukkan ke PKRC.

1. Pakaian, cukuplah sekadar untuk dipakai datang dan balik sebab PKRC ada sediakan baju untuk pesakit.

2. Barang Mandian.

3. Tuala dan sedikit baju dan seluar(pakaian pesakit ada disediakan)

4. Gelas

5. Makanan (Maggi, biskut atau kudapan, makanan luar tidak dibenarkan)

6. Minyak kayu putih/ cengkih untuk memulihkan deria rasa.

Hari pertama saya cuma menahan kesakitan, demam batuk dan sakit dada serta sesak nafas.

Rakan sebelah saya merupakan seorang MA (Medical Assistant) dari Klinik Kesihatan Tanjung Aru. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa. Makanan untuk lunch semua disediakan namun keadaan sangat lemah. Semua jenis makanan payah untuk ditelan. Jam 3.30pm kami berbaris untuk diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah. Oksigen agak menurun ke 96%. Fikiran bertambah stress. 

"LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"


Cuba menenangkan diri, muhasabah semoga semuanya baik-baik saja. Keluarga dan isteri tidak jemu-jemu memberi semangat dan akan bersambung ke part ke dua..

Friday 10 September 2021

Lapor Diri Di Covid Assessment Centre ILP Sepanggar

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selepas 5 hari saya sah positif Covid19 & home quarantine sahaja baru lah saya kena call dari pihak CAC (Covid Assessment Centre). Pihak CAC call tanya khabar & tanya sama ada saya sudah pernah hadir di CAC atau tidak sebelum ni. Saya memang belum pernah hadir dimana2 CAC sebab tiada arahan sebelum ni. Oleh sebab begitu, saya diarahkan untuk hadir di CAC Sepanggar untuk penilaian.


Pagi 08.09.2021 saya hadir di Institut Latihan Perindustrian Sepanggar untuk penilaian. Appointment jam 9.30 pagi tapi saya hadir awal, takut nanti ramai orang pula. Sampai sana, masih belum ramai orang. Kami kena bagi borang penilaian. prestasi. Prestasi la sangat. Hahahahaha.






 Lepas jumpa dengan doktor, dia suruh buat Xray dada. 1st time juga saya tau ada Radiology bergerak. Ingatkan dorang set up 1 bilik tempat Xray, rupanya dalam bas sudah disediakan untuk Jabatan Pengimejan.


Dalam bas ni lah kena set up untuk Xray dada sahaja.


Oleh sebab dalam bas & kami ni yang positif Covid19, tiada lah baju yang macam baju sebenar untuk Xray tu. Kami kena bagi plastik ni sahaja tapi berbentuk baju semasa proses Xray. Pengalaman juga kan. Hehehehe.

Last penilaian saya selepas Xray tu mungkin ok juga lah sebab doktor cakap ok dan teruskan home quarantine tapi sebelum tu doktor tu ada juga macam sangsi tengok Xray dada saya tu tapi lepas berbincang dengan doktor lagi sorang tu, mungkin saja semuanya ok.

Saya bertanya juga dengan staf sana, CAC Sepanggar sampai mana kawasan dorang cover sebab dalam fikiran saya, tak kan lah pesakit dari Putatan pun datang Sepanggar untuk penilaian. Mungkin Putatan ada CAC sendiri kononnya dalam fikiran saya. Namun staf sana cakap memang ada pesakit Covid19 dari Putatan datang sana juga sebab CAC Sepanggar tu merangkumi semua kawasan Kota Kinabalu. Hmmmm, kesian juga lah kan kalau keluarga pesakit yang kurang berkemampuan dari semua keadaan. Dorang mesti tidak mampu untuk sewa kenderaan atau semua untuk sampai di Sepanggar tapi mungkin juga pihak KKM ada menyediakan kenderaan tapi ada kah???


Kenapa Kekal Positif Bila Positif Covid19?

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum..

Disahkan positif Covid19? Tidak apa lah, kita anggap ni ujian & pengalaman berharga. Bukan semua ada 'rezeki' dapat rezeki pegang title 'Pesakit Covid19' yang ada simptom ringan sahaja. Bukan berbangga tapi kalau dengan cara ni kita berfikiran positif, positif la minda kita & mungkin dengan cara ni juga buat kita happy. Lupa sekejap kita ni positif.


Siapa tidak takut dengan penyakit ni. Lagi2 bila terbayang keadaan pesakit diwad, keadaan dorang yang saya boleh cakap struggle untuk bernafas mencari oksigen. Bukan semua tapi ada beberapa pesakit yang masuk wad, tapi keluar sebagai jenazah. Semua tahu, bila jenazah Covid19 ni bukan dapat disempurnakan oleh keluarga pesakit Covid19. Siapa tidak sedih???

Saya bersyukur bila saya masih dengan simptom yang minimal sahaja tapi disahkan positif Covid19. Jujur saya cakap, pada awal2 tu saya cuma batuk dan hidung sumbat. Tiada pun selesema yang teruk, padahal saya sudah sedia ubat Loratadine atau Actifed. Batuk, on off saja & tiada kahak juga. Dada time tu ada sedikit rasa sempit tapi tidak sampai tahap sesak nafas. Pernafasan masih normal. Masa tu saya masih denial, saya cuma begini tapi negatif juga. Sekali dapat keputusan positif, saya terdiam. Hahahahaha.

Selepas beberapa hari, deria saya pula makin hilang. Itu yang saya sampai jilat cecair pelembut kain tu di post saya sebelum ni. Kin geram sebab kenapa saya tiada deria bau tapi masih ada deria rasa. Hahahahaha. 

1 saya mahu share, time kena buat swab tu.. Memang ada rasa sakit bila dicucuk hidung tapi bila time tu positif, rasanya dalam hidung kita ni pun dalam keadaan kebas mungkin sebab time saya kena buat swab kali ke 2 tu saya tidak rasa sakit pun. Bukan macam swab sebelum2 ni.

Thursday 9 September 2021

Ke Mana Arah Tuju Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum.. 

Sabah FC mencatatkan kekalahan kali ke 3 dan yang terbaru kalah 0-6 dengan pasukan Selangor dalam saingan Liga Super Malaysia. Kekalahan ini menyebabkan pasukan bola sepak Sabah FC dikecam hebat oleh peminat Sabah FC sendiri. Walaupun coach Kurniawan direhatkan oleh pengurusan Sabah FC, tapi pasukan masih tetap kalah dengan jaringan yang besar. Pelbagai pihak menyuarakan pendapat serta kecaman kepada pasukan Sabah FC. 

Persoalannya apa sebenarnya yang terjadi kepada pasukan Sabah FC? Penulis tidak menyalahkan sesiapa atas prestasi pasukan Sabah FC sekarang. Sememangnya ramai peminat yang membandingkan pasukan JDT dan Sabah FC. JDT dan Sabah FC amat jauh jurang bezanya samada dari pengurusan dan fasiliti sukan. JDT mula membina rangkaian dan jenama antarabangsa sedangkan pasukan Sabah FC masih terkial kial untuk kekal dalam Liga Super. 

Apa yang Sabah FC perlukan adalah seorang yang hebat seperti TMJ di mana mempunyai target dan passion dalam bola sepak. Projek JDT bermula pada tahun 2013 dan kini menjadi juara Liga Super kali ke lapan berturut berturut. Sabah FC boleh mencontohi pengurusan JDT dari segi komersil club dan sebagainya tetapi mampukah management Sabah FC? Tepuk dada, tanya diri.

Bola sepak kita masih memerlukan ahli politik dalam mencari dana bagi mengurus kelangsungan bola sepak. Semua tahu kos untuk mengurus bola sepak bukan mudah dan murah. Sebuah pasukan mencari sekurang kurangnya 8-10 juta kos semusim. Ini termasuklah kos untuk skuad remaja sehingga senior. Penulis juga maklum bahawa pasukan Sabah FC tiada masalah gaji malah, bonus antara yang tertinggi seperti dikatakan oleh Pengurus Sabah FC. 

Penulis cuma berharap pemain yang mewakili Sabah FC bermainlah sepenuh hati. Benar, kalah menang lumrah dalam bersukan tetapi kekalahan 0-6 amat berat untuk diterima peminat setia Sabah FC. Piala Malaysia akan bermula pada Oktober 2021, diharapkan pemain Sabah FC akan membuktikan sesuatu kepada peminat dan pengurusan. Sekiranya masih ada kepincangan dalam pasukan ada baiknya bubar pasukan Sabah FC sekarang dan bolehlah merekrut pemain dari Piala Presiden/ Liga Simpanan. Mungkin pemain muda lebih mempunyai semangat juang yang tinggi. 

Penulis percaya Sabah FC masih ada  sinar dalam sukan bola sepak. Sama-sama kita mendoakan semoga Sabah FC akan terus berjaya di masa akan datang.

Sekian.

By: Adam Firdaus


Positif Covid19 Perlu Kemaskini MySejahtera

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selama ni saya kuarantin dirumah sahaja. Syukur, tiada apa2 yang saya boleh cakap saya kurang sihat selain awal2 tu saya batuk & hidung tersumbat sahaja kecuali post saya ni. Demam pun ada lah pernah sekali, saya tidak lah demam teruk, cuma petang tu saya kesejukkan sahaja. Petang tu jua saya telan 2 biji Panadol & bawa tidur. Pagi besoknya, saya tidak demam sudah. Sihat.

Mula saya disahkan positif Covid19 & oleh sebab saya cuma kuarantin sendiri dirumah, saya perlu update setiap hari pagi & petang keadaan saya di aplikasi MySejahtera.








Mungkin kalau saya di pusat kuarantin, tidak perlulah update setiap hari di aplikasi macam ni sebab suami saya cakap dia tiada macam ni time di PKRC Likas. Walaupun saya dirumah saja & kalau jadi apa2, dinasihatkan cepat2 call 999 untuk bantuan kecemasan.

Sebagai info tambahan, aplikasi MySejahtera ni dibangunkan oleh syarikat tempatan seperti disiarkan oleh Berita Harian sebelum ini.





Saya Positif Covid19

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum...

Hai.. Kita sambung cerita.. 

Saya sambung kuarantin selepas calitan ke2 saya yang 03.09.2021 di Unit OSH. Keputusan calitan saya dapat tahu pada 04.09.2021 melalui kawan saya di wad sebab keputusan tu boleh semak melalui online saja. Bila saya tahu saya positif, saya down juga sekejap. Takut & sedih tapi saya lawan perasaan saya tu. Abang saya cakap jangan stress, nanti immune badan jadi lemah. Nanti badan dapat signal weak konon, jadinya saya happy saja & jalani kehidupan biashe2. Hahahaha.


Tengah hari tu saya dapat panggilan dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk diambil maklumat Pesakit Covid19. Beberapa maklumat diperlukan untuk dimasukkan dalam sistem. Inspektor Kesihatan tu cakap maklumat diperlukan, mungkin dorang akan rujuk saya ke Pusat Kuarantin atau Home Quarantine sahaja. Alaaa, itu lagi buat saya nervous. Kalau boleh saya tidak mahu kuarantin dimana2, biarlah saya dirumah sahaja. Dia cakap maklumat tu dia mau rujuk dengan Doktor Medical Officer dulu baru tahu sama ada saya perlu ke PKRC atau tidak. Petang tu dia mesej lagi minta maklumat perjalanan saya pagi, petang & malam bermula 18.08.2021 sampai 04.09.2021. 

Tengah hari tu saya terus update keputusan saya dengan Sister wad, takut nanti dia pening kepala cari staf ganti roster saya sebab saya sambung kuarantin tu (terima kasih Sister). Tidak lama lepas saya update dengan Sister wad, pihak Nursing Unit, kak Marlyn juga call saya untuk tanya beberapa maklumat untuk masuk dalam data dorang mungkin.

 Petang tu MySejahtera saya terus bertukar status warna Merah. Saya disahkan Positif Covid19 & dalam kategori CAT 2a. Cepatnya maklumat kena update. 😅😅😅

Doktor wakil dari OSH Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga ada mesej minta maklumat dan saya dia masukkan dalam Healthcare Worker Positive Covid19. Lepas tu wakil dari OSH Hospital pun ada mesej tanya maklumat. Rupanya begini pula bila staf KKM sendiri positif Covid19, ramai yang akan mengambil maklumat.


Syukur saya dibenarkan Self Quarantine di rumah sahaja, tidak perlu ke pusat kuarantin. Saya akan habis kuarantin pada 12.09.2021 (cantik angka dia, 12.9.21) tapi saya akan potong gelang pada 13.09.2021 di Unit Kesihatan Awam Hospital.


Saya berterima kasih dengan keluarga dan kawan2 yang selalu bagi semangat untuk kembali sihat. Tiap hari keluarga saya bertanya khabar selepas dorang tahu saya positif Covid19. Kawan2 juga begitu, siap berpesan "Come back Stonger". 
Terima kasih semua.
Love uolls.



Thursday 2 September 2021

Alang2 Terus Uji Deria Rasa Dengan Cecair Pelembut Kain Dirumah

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum...

Perkembangan Covid19 suami saya tiada apa perlu dibimbangkan buat masa sekarang. Dia beransur sihat. Kalau tengok update vital sign dia hari ni, paras oksigen sudah 100% tanpa menggunakan bantuan oksigen. Suami saya pun dijangka discaj dari PKRC Likas 5hb.9.2021. Alhamdulillah, terima kasih dengan semua doa2 yang dikirim untuk kesihatan suami saya dan kita semua. Amin.

Perkembangan saya pula, saya mula hilang deria bau mula semalam tapi hari ni makin hilang. Sampaikan saya hidu sabun cuci tu sendiri langsung tiada dapat bau. Saya cuba lagi botol cuka pula tapi masih juga langsung tidak dapat hidu padahal sebelum ni saya balik2 cuba hidu cuka memang pedih sampai menusuk dihidung. Last, saya cuba hidu cecair pelembut kain tu dan bandingkan deria rasa saya dengan menjilat cecair tu sedikit. Syukur deria rasa masih ada, kalau tidak.. Mabuk sendiri balik2 jilat cecair ni. Gila. Hahahaha. 


Nasib baik deria rasa masih dapat biar sedikit. Tidak apa lah, mungkin ini prosesnya dan buat masa sekarang saya tiada rasa kurang sihat. Mudah2an terus sihat, tiada demam atau selesma teruk. Petang2 saja hidung tersumbat dan sedikit batuk. Mudah2an juga pendengaran saya tidak terjejas bila hidung sumbat2 ni. Gawat kalau tidak dengar pula. Nauzubillahiminzalik. Hihihi.

Saya baca ini salah satu tanda2 positif Covid19 tapi saya telah buat 2 kali self test guna saliva sendiri dirumah tapi hasil dua2 test tu negatif. Mudah2an saja keputusan calitan RT-PCR saya besok (03/09/2021) pun negatif seperti keputusan saya di post sebelum ni.

Kepada Allah kita berserah, mudah2an kita semua diberikan kesihatan yang berterusan.

Jaga diri. Stay safe.

#atiqawahid #adamatiqa


Sunday 29 August 2021

Perkembangan Suami Di PKRC Likas, Sabah.

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum.. 

Hari ni kita berbual lagi. Sorang2 dirumah ni, tidak tau apa mau dibuat. Jadi, menaip la apa2 cerita sambil2 tu mesej dengan suami.

Hari ni saya update daily vital sign suami saya la, masih dalam keadaan tahap normal & ramai doktor terus memantau keadaan pesakit yang kena kuarantin di PKRC Likas cuma suami saya mengadu kurang selera. Kerongkong macam dicucuk jarum tapi saya paksa juga makan supaya ada tenaga untuk sihat bagaikan juara!!! Hahahahaha.

Hari pertama, 1st dia sampai di PKRC Likas.

Vital sign hari ke 2.

Petang hari ke 2


Vital sign pagi tadi.

Syukur Alhamdulillah, perkembangan positif yang baik setiap hari. Berdebar juga tahap oksigen hari ke 2 tu tapi syukur naik balik 99%.



Saturday 28 August 2021

Covid19: Contact Rapat Suami & Keputusan Calitan RT-PCR

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selepas suami saya disahkan positif Covid19, saya pun dikira contact rapat. 26.08.2021 tu saya terus ke OSH untuk assessment dan memang kena kuarantin kendiri. Saya buat swab RT-PCR hari tu juga. Seram sebenarnya kena cucuk hidung ni, rasa dia macam air masuk hidung time berenang tu. Pedih sampai keluar air mata. Beberapa minit juga sakit tu baru hilang.

Selepas swab tu saya kena suruh jumpa dengan pihak Unit Kesihatan Awam dihospital tu juga untuk ambil Surat Kuarantin ANNEX 14b dengan gelang putih sekali. Staf sana tu senang bekerjasama, dia sempat bagi semangat. Sementara kuarantin ni, rehat la puas2. Hidup macam biasa, kena semangat & positif seja dia cakap. Jangan fikir banyak, ko rehat saja. Mudah2an tiada apa2 tu dia cakap lagi. Terima kasih.


Bila suami saya kena ambil ke PKRC Likas sahaja, saya terus kasi bersih semua kawasan rumah. Saya cuci tandas, kamar mandi semua dengan clorox. Saya mop lantai semua dengan clorox. Kain2 semua saya rendam dengan Dettol, mudah2an virus tu mati terus.  Sepanjang saya mula kuarantin sampailah sekarang, syukur saya tiada gejala atau lain2. Alhamdulillah.

Tepat 24 jam dari tempoh kemarin, saya minta tolong kawan, Farah check keputusan swab saya tu dari system hospital. Syukur Alhamdulillah, keputusan saya NEGATIF Covid19. Alhamdulillah. 

Tapi kena berjaga2 dan jangan terlalu gembira dulu sebab tempoh incubation lepas terdedah ialah 10-14 hari. Lepas 10 hari ni baru lah boleh tarik nafas sedikit sebab virus dalam badan sudah menurun kalau tidak bergejala.

Sekarang saya kena conjunctivitis pula. Gejala lain tiada tapi mata saya merah, kemungkinan kesan clorox yang terlampau pekat saya guna kemarin sampai bagi kesan allergic dengan mata saya. Tinggallah saya dirumah ni dengan mata bengkak, merah.

Mudah2an kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan. 

Aminnn.







Covid19 Dalam Keluarga

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum....

Ujian datang lagi, anak saudara saya lagi pula positif Covid19.  Abang saya 1 keluarga di Kundasang buat swab test sebagai contact rapat juga. Mudah2an keputusan swab keluarga abang saya semuanya negatif & dorang sihat selalu.


Selain tu, adik saya juga disahkan positif  Covid19 stage 2 lepas beberapa on off demam. Adik saya buat swab test di Hospital Pitas. Dia disuruh kuarantin sendiri dirumah. Mudah2an juga terus sihat dan bersemangat kuat lawan virus Covid19.

Abang saya lagi sorang pun kuarantin sebab jadi contact rapat dengan adik saya. Syukur abang saya lagi 1 sekeluarga terpelihara dari virus ni. 

Sebagai orang tua, mama, bapa & makcik saya orang paling risau bila dorang dengar kami dalam keadaan begini. Saya doa & berharap dorang sihat. Tiada langsung kena walau secalit virus Covid19. Saya sayang dorang.

Semalam saya call mama saya, lama kami berbual. Pelbagai tips dia suruh buat untuk boost immune. Gembira saya dapat berbual dengan mama saya masa2 sekarang ni. Bapa saya diam saja tapi saya tau dia pun risau. Petang tadi pula mak cik saya call. Dia pun bertanya khabar saya dan suami. Dorang risau dengan keadaan kami semua yang begini.

Mudah2an dengan penyakit ni jadi asbab dosa2 kita diampunkan Allah. Mudah2an ini menjadi penyebab kebaikan kita diambil kira. Jangan stress & terus semangat.

Ya Allah, peliharalah keluarga kami. Hilangkan la virus Covid19 ini dari muka bumiMu ya Allah.

Aminnn.

Suami Disahkan Positif Covid19 Part 2

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Hari ni suami saya bangun awal sebab pihak hospital telefon suruh bersedia untuk dorang bawa ke PKRC Likas. Dia nampak macam sedikit semangat banding kemarin, mungkin dapat semangat tambahan lepas call mama, bapa & adik-beradik dia. Mudah2an terus semangat positif.

Pagi ni dia cakap deria rasa & bau mula hilang. Selera makan kurang, hilang nikmat makan minum tapi saya paksa juga makan sebab nanti tiada tenaga. Barang2 keperluan dia saya packing. Belum ada pengalaman sama ada baju seluar semua kena sedia atau tidak untuk pesakit, saya kasi masuk saja beberapa helai baju, seluar & sabun semua dalam bag. Selain tu, saya pack sedia makanan ringan untuk dia, takut dia lapar disana, saya pun tidak dapat hantar sebab kuarantin juga. Hahahahaha. Biskut, keropok, bun semua la. Termasuk vitamin C. Semua saya sumbat dalam bag. Belum ada pengalaman apa keadaan disana.

Saya tambah nervous bila dia cakap dia sakit dada, tidak dapat duduk lama. Dada macam sempit, cepat2 saya suruh baring mengiring atau tiarap. Silap saya juga sebelum ni tiada Oxymeter sendiri, tidak dapat monitor paras oksigen dalam badan. Mudah2an tiada apa2.

Jam 11 lebih, pihak hospital datang ambil suami saya dengan full PPE.


Sampai di PKRC Likas, dorang kena check vital sign as baseline data. Syukur tahap oksigen masih tahap normal, 99%. Dia 'sebilik' dengan sorang MA yang juga positif. Ramai orang yang kena kuarantin disana dia cakap, mudah2an saja kes di Sabah menurun. Amin.


Rupanya baju & seluar ada kena sedia disana, tidak perlu risau bawa sedikit. Kalau saya tahu, saya pack sehelai saja tu. Takut kena contaminate dengan virus baru nanti. Mind set. Hehehehe. Syukur suami saya sudah di PKRC Likas, bukan gembira tapi sekurang2nya disana ada monitor untuk pantau keadaan dia & dia tidak kena hantar jauh sebab sebelum ni doktor klinik tu cakap mungkin dihantar di Kampus Intan atau Kota Belud.

Mr Suami, tolong kuat semangat. Jangan down, mesti sihat. Tiada teman berbual dirumah ni sementara u di PKRC tu. 

Bai.


Suami Disahkan Positif Covid19 | Part 1

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum..

Kita tiap hari dengar peningkatan kes Vovid19, belum ada tanda2 penurunan kes yang ketara. Saya bersimpati dengan pesakit dan keluarga pesakit Covid19 yang terpaksa berdepan dengan segala kemungkinan selepas dijangkiti Covid19. Bila dengar, hanya mampu simpati dan berdoa semoga dorang sembuh seperti sedia kala dan dijauhkan dari Covid19.

3 hari lalu suami saya demam, selesma dan batuk ringan. Saya risau tengok keadaan dia & suruh berehat dirumah. Sehari lepas tu masih on off demam dan selesma, kebetulan saya ada membeli Covid19 self test dan menyuruh dia buat test guna saliva dengan aksi geli bila nampak liur pekat. Hahahaha. Berdebar juga tunggu keputusan. 

Selang beberapa minit, mula2 nampak Negatif. Kami bersyukur negatif tapi dalam arahan test tu suruh tunggu 15minit. Tunggu punya tunggu, nampak line naik 2 garis. Kami terdiam & cepat2 suruh suami saya bersiap untuk ke klinik buat confirmation. Dalam fikiran macam2 terbayang. Mudah2an saja kit test tu silap. Mudah2an saja keputusan confirmation RTK-PCR negatif. Amin.


Saya pun terus call Boss untuk bagitau keadaan tu sebab saya sudah dikira sebagai Contact rapat, dia suruh ke OSH untuk buat assessment. Cepat2 saya bersiap & laju ke OSH tapi oleh sebab masa tu jam 12 lebih, unit OSH tutup. Terpaksa tunggu jam 2 nanti.

Suami saya kena swab & tunggu keputusan confirmation. Beberapa orang yang datang & termasuk dia disuruh buat XRay dada untuk penilaian juga sekiranya sah positif dan kebetulan dia bergejala. Berita yang saya tidak mahu dengar bila suami saya memang disahkan POSITIF Covid19. Ya Allah. Nangis saya dengar tu, lebih2 lagi bila suami saya cakap doktor cakap dia stage 3. Mudah2an dijauhkan dari apa2 kemungkinan yang tidak baik. Saya dalam tu suruh dia bertenang dan jangan stress tapi saya 
sendiri rasa down.


Saya pula, jam 2 lebih tu terus ke OSH, bila Doktor buat assessment, saya pun disuruh kuarantin sendiri dirumah dan buat swab RTK-PCR sekali lagi. Hmmm.. Seram sebenarnya fikir kena swab cucuk hidung ni, sakit tapi sekarang memang tidak dapat elak sudah ni. Selepas kena swab, saya kena pakai gelang kuarantin. Next swab saya 3hb.9.2021. Doakan saya terus sihat aa..

Balik rumah, saya sama suami berbincang. Doktor cakap dia kena suruh ke PKRC Likas untuk kuarantin & monitor sebab dia bergejala. Dia saya suruh masuk dibilik untuk self-quarantine. Apa2 keperluan dia saya yang diluar sediakan. Kami buat video call saja, padahal kami terpisah dinding sahaja. Malam tu, suami saya minum ubat batuk sebab susah tidur. Saya standby kalau ada apa2 dia perlu. Handphone saya letak tepi dengan full volume, takut2 saya tidak dengar kalau dia call atau mesej time saya tidur. Hahahaha.

Saya nangis. 1001 perasaan sebab bila saya nampak macamana keadaan pesakit Covid19 yang admitted di wad, saya takut. Saya tidak mahu dia jadi macam tu. Saya mahu dia terus sihat. Saya risau tapi saya kena kuat semangat. Semua berserah kepada Allah. 

Ya Allah, sembuhkanlah Adam. Jauhkan lah kami semua dari Covid19.
KepadaMu tempat kami memohon.
Aminnnn.