Monday 13 September 2021

Pengalaman Di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid (PKRC) Likas, Sabah.

Edit Posted by with No comments

Menulis sedikit tentang pengalaman di PKRC likas. Pendek cerita setelah disahkan positif Covid19,  semua yang positif covid dibawa untuk x-ray paru-paru. Masa menunggu agak lama disebabkan waktu rehat tengahari. Keadaan klinik agak sibuk dan ramai orang. 

Tahniah saya ucapkan kepada staf KKM yang tetap tenang melayani pesakit Covid19. Sesudah xray, doktor putuskan agar saya dihantar ke PKRC Likas disebabkan paru-paru mula menunjukkan tanda jangkitan. Saya cuba kumpul kekuatan untuk beritahu keluarga terutamanya isteri saya. Sementara menunggu samada ada kekosongan di PKRC likas, saya sempat berbual-bual dengan doktor. Soalan semestinya adakah peluang saya untuk sembuh? Doktor menenangkan saya dan mengatakan "Insyallah peluang sembuh tinggi kerana sudah vaksin". 

Pada 27 HB saya dijemput oleh staf KKM dari rumah pada jam 11 pagi. Perasaan agak bercampur baur sedih, takut & macam-macam lagilah ketika meninggalkan rumah. Sampai di PKRC Likas dalam jam 11.30. Seterusnya kami terus didaftar serta diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah (SPO2). Tekanan darah normal cuma oksigen agak turun naik. Keadaan demam agak teruk dan sakit dada mula terasa. Fikiran bertambah kacau. Namun keadaan sedikit tenang dengan layanan staf KKM yang sangat mesra.

saya diterangkan tentang rutin harian yang perlu dilakukan sepanjang masa berada di PKRC. Syukur terima kasih kepada isteri saya kerana menyediaakan kelengkapan secukupnya untuk berada di PKRC. 

Saya kongsikan barang yang perlu dibawa sekiranya dimasukkan ke PKRC.

1. Pakaian, cukuplah sekadar untuk dipakai datang dan balik sebab PKRC ada sediakan baju untuk pesakit.

2. Barang Mandian.

3. Tuala dan sedikit baju dan seluar(pakaian pesakit ada disediakan)

4. Gelas

5. Makanan (Maggi, biskut atau kudapan, makanan luar tidak dibenarkan)

6. Minyak kayu putih/ cengkih untuk memulihkan deria rasa.

Hari pertama saya cuma menahan kesakitan, demam batuk dan sakit dada serta sesak nafas.

Rakan sebelah saya merupakan seorang MA (Medical Assistant) dari Klinik Kesihatan Tanjung Aru. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa. Makanan untuk lunch semua disediakan namun keadaan sangat lemah. Semua jenis makanan payah untuk ditelan. Jam 3.30pm kami berbaris untuk diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah. Oksigen agak menurun ke 96%. Fikiran bertambah stress. 

"LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"


Cuba menenangkan diri, muhasabah semoga semuanya baik-baik saja. Keluarga dan isteri tidak jemu-jemu memberi semangat dan akan bersambung ke part ke dua..

0 Comments: