Thursday 9 September 2021

Ke Mana Arah Tuju Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum.. 

Sabah FC mencatatkan kekalahan kali ke 3 dan yang terbaru kalah 0-6 dengan pasukan Selangor dalam saingan Liga Super Malaysia. Kekalahan ini menyebabkan pasukan bola sepak Sabah FC dikecam hebat oleh peminat Sabah FC sendiri. Walaupun coach Kurniawan direhatkan oleh pengurusan Sabah FC, tapi pasukan masih tetap kalah dengan jaringan yang besar. Pelbagai pihak menyuarakan pendapat serta kecaman kepada pasukan Sabah FC. 

Persoalannya apa sebenarnya yang terjadi kepada pasukan Sabah FC? Penulis tidak menyalahkan sesiapa atas prestasi pasukan Sabah FC sekarang. Sememangnya ramai peminat yang membandingkan pasukan JDT dan Sabah FC. JDT dan Sabah FC amat jauh jurang bezanya samada dari pengurusan dan fasiliti sukan. JDT mula membina rangkaian dan jenama antarabangsa sedangkan pasukan Sabah FC masih terkial kial untuk kekal dalam Liga Super. 

Apa yang Sabah FC perlukan adalah seorang yang hebat seperti TMJ di mana mempunyai target dan passion dalam bola sepak. Projek JDT bermula pada tahun 2013 dan kini menjadi juara Liga Super kali ke lapan berturut berturut. Sabah FC boleh mencontohi pengurusan JDT dari segi komersil club dan sebagainya tetapi mampukah management Sabah FC? Tepuk dada, tanya diri.

Bola sepak kita masih memerlukan ahli politik dalam mencari dana bagi mengurus kelangsungan bola sepak. Semua tahu kos untuk mengurus bola sepak bukan mudah dan murah. Sebuah pasukan mencari sekurang kurangnya 8-10 juta kos semusim. Ini termasuklah kos untuk skuad remaja sehingga senior. Penulis juga maklum bahawa pasukan Sabah FC tiada masalah gaji malah, bonus antara yang tertinggi seperti dikatakan oleh Pengurus Sabah FC. 

Penulis cuma berharap pemain yang mewakili Sabah FC bermainlah sepenuh hati. Benar, kalah menang lumrah dalam bersukan tetapi kekalahan 0-6 amat berat untuk diterima peminat setia Sabah FC. Piala Malaysia akan bermula pada Oktober 2021, diharapkan pemain Sabah FC akan membuktikan sesuatu kepada peminat dan pengurusan. Sekiranya masih ada kepincangan dalam pasukan ada baiknya bubar pasukan Sabah FC sekarang dan bolehlah merekrut pemain dari Piala Presiden/ Liga Simpanan. Mungkin pemain muda lebih mempunyai semangat juang yang tinggi. 

Penulis percaya Sabah FC masih ada  sinar dalam sukan bola sepak. Sama-sama kita mendoakan semoga Sabah FC akan terus berjaya di masa akan datang.

Sekian.

By: Adam Firdaus


0 Comments: