Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Monday, 30 April 2012

Seluruh Sabah Bergelap !!!


Hari ni, hujung bulan April ... Sabah bergelap plak.
Aku tidak perasan jam berapa
tapi aku bangun jam 4am tu sudah 
sedia gelap. Ingatkan kampung aku saja
yang bergelap, rupanya
seluruh Sabah. Di ulangi,
SELURUH SABAH !!!

Bukan apa, kampung aku ni
pon kadang2 tetiba blackout nama saja
 kononnya dalam 
pembangunan tapi 
hanya berapa peratus sahaja 
yang boleh di katakan membangun !!!
Mana janji2 wakil rakyat?
Upsss, emo2 keluar tajuk plak ... 
Hohoho.

Bawah ni aku ada copy paste berita akhbar
Berita Harian Online.

Seluruh Sabah Bergelap, Pencawang Meletup
2012/04/30

KOTA KINABALU: Seluruh Sabah terputus bekalan elektrik mulai jam 3.33 pagi tadi apabila pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Penampang meletup.

Kejadian menjejaskan kira-kira setengah juta pengguna di seluruh negeri, selain menyebabkan kesesakan jalan raya berikutan lampu isyarat tidak berfungsi.
SESB akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini bagi memberi penjelasan berhubung kejadian itu.
Difahamkan, bekalan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 7 pagi. 


Hahhh, pencawang meletup. Bahaya kan?
Bila blackout berjam2 saja, aku
mesti imagine ...
Berapa jumlah kerugian kedai runcit yang 
jual ice cream??? C=
 

Friday, 27 April 2012

Earning Dari Nuffnang


Alhamdulillah, berisi juga
akaun aku
dalam Nuffnang tu.
Hikhikhik.
Lama aku teda tengok 
akaun ni, skali 
tengok ada juga la nilai tu.
Sekurang2nya merasa juga 
aku hasil tu.
Alarrr, baru macam tu pon
sudah mau kecoh,
orang laen dapat juta2,
senyap ja kan?
Hmmm, tidak boleh riak.
Aku mau jugak update
jewww ... 
Sapa rajin, klik la iklan
Nuffnang atas tu ekk.
Hehehehe ...




Berdoa Murah Rezeki Selalu

Wednesday, 25 April 2012

Banner Sederhanaku Siap !!!


Fheuuuwww ... 
Aku baru siap buat banner.
Dalam aku merangkak2 edit sana sini, 
siap jugak la banner serba 
kekurangan aku tu.

Nanti bila aku ada idea lebey sikit,
 aku edit bagi ubah 
lagi larrr ... Ni kira 
percubaan pertama tuk aku.
Alhamdullilah ...

Sesapa yang mau tepek banner aku tu di
blog korang, signal2 aku ekkk ...
Cehhh, perasan plak. Hahahahha ..
Bah, titon2 ...
Besok kena bangun awal lgi ni.


Usaha tangga Kejayaan

Tuesday, 24 April 2012

Cinta Bukan Layan Jiwang ...


Sudah jadi kebiasaan aku update & lawat
blog yang laen tiap lewat2 malam.
Lepas tu, sensorang jewww ... Konon2 ilham tu 
berlumba2 datang ( Ya la tuu ). Hahahaha ...

Aku ambik fahaman, lewat2 macam ni 
line tenet laju la macam rusa 
berlari tapi iman perlu penuh di dada jugak la.
Line tenet tetap
lambat siput sedut. Arghhhhhhhhhhh...
Sabar separuh daripada iman.

Bukan apa, sambil2 aku layan blog
aku adjust radio pegi THR Gegar.
Selalunya, jam2 macam ni
segmen Cinta2 gitu. 
Auwww ... Heppp, tipu 
la kalu korang tidak layan2 cinta ni kan?
Bukan jiwang2 la sangat tapi
ada masa kita perlu layan
lagu slow2 ni kan?

Sapa2 yang setuju??? 

( ^_______^ )




I Love Dia Sanaaaaa ...

Thanxxx To Atyra Be My 200



Heppp ... Heppp ... Horrey ...
Gadis comey2 ni la yang melengkapkan follower aku yang
ke 200. Thanxxx u very muchy2 dear ...
Sesapa yang berkenan jadi follower dia, 
klik saja header Atyra
yang aku culik dari blog cute 
dia tu. Hikhikhik ...

Apa2 pon, bukan tidak menghargai 
follower yang laen, cuma pada
angka2 tertentu aku 
teruja skettt ...

Sunday, 22 April 2012

Doktor Tengok Jantungku




Hohohoho ...
 Tadi aku promote blog entry aku pasal Jantung2 tu
di wall FB aku. Untung promote, sorang bakal 
doktor sudi baca entry aku
& korang tengok la sendiri apa 
dia komen. Hikhikhik ...

Itu bererti apa aku cerita tu 
betol & dia pon faham ... Bukan mencarut.
Alhamdulillah .

Bakal doktor tu sangat murah dengan ilmu, 
aku kenal dia time praktikal dulu.
Aku jenis banyak tanya,
nasib dia tidak
mengeluh layan segala pertanyaan aku dulu.
Hahahhahaha ... Thanxxx ...


Saturday, 21 April 2012

Thanxxx You Follower ...


Alhamdulillah ...malam ni dapat juga aku 
Blogwalking & buat 
kunjungan balas dengan beberapa
 follower aku yang tertunggak. Sporting plak line 
tenet malam ni dengan aku ... Yeahhh2 ...
Follower2 senyum skettt ekkk ... =)
Bukan cara aku biar korang dah follow tapi aku buat 
Do No jewwww ...
 ( InsyaAllah ).


Sama2 kita mengeratkan Silaturrahim.
Aminnnnnn ...

Sorry Followers ...


Aku minta maaf dengan follower 
aku yang belom sempat aku
 follow & jalan2 
ke blog dorang balik ...
Bila aku online ja, line
tenet mesti laju tahap siput sedut ... Malas plak aku,
 geram ja perasaan ni ... Tapi bila line ni ok sket, aku
follow korang balik ekkk ... Sorry dearrr ...

Huhhh, sudah 4 hari tidak BW ...
Sorry ... =/
 

Tuesday, 17 April 2012

I Miss You Kuat2 ...


Aku tersentap sikit bila terbaca kata-kata
'Orang yang kuat menyakat ni ada romantiknya yang tersendiri'.
 Ya ka?? Ada sesapa yang setuju??
Sila angkat ibu jari tangan kanan.
Sila2 ... 

Aku teringat dengan 'kawan' aku tu.
Dia ni punya la maen lowyar buruk tahap gaban
 ( Gaban pon mesti geleng kepala ).
Wahahaha ...

Kalau aku dengan dia, memang lunyai ja geram, 
kita ni sudah serius
dengar cerita dia ... Dalam diam, rupanya dia
sudah pusing2 cerita tu.
Bukan sengal maen percaya ja tapi bila sudah 
dia masuk bab kes penting ... Sapa tidak sentap kan?
Wahahahahaha ...

Tapi dalam macam tu, kami tidak pernah gaduh 
secara besar2an.
Alaaa, majuk sehari 2 manja2 ja, saja mintak pujuk2. 
Hehehehehe ... Perangai dia yang 'mahal'
ni la yang buat aku 
Rindu a.k.a Miss dengan sorang
yang Buwuk Gaya ni ...

... I Miss U So Kuattt ...



Will Be Miss You Owezzz ...

"Segmen : Saya Bangga Menjadi Blogger"



Saya bangga menjadi blogger
sambil2 tu dapat juga kurangkan bohsan tahap gaban aku
dok rumah ja ... =)

Aku blogger asal dari SABAH.
Euuuuwwww ... (^_^)

Berminat? Klik header tu jewww ...

Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir



Jalan2 pegi blogger laen, nampak dia join segmen atas ni.
Sesapa ada yang berminat? Klik header tu.
Cepat2 ... Last : 20. April . 2012
Hehehehehe ...


Sunday, 15 April 2012

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER



Hati ku tergam dengan segmen ni ...
Aku harap ada la yang terpandang dengan blog aku ni ...
Sesapa yang suka join segmen ni
juga, klik2 dengan gambar atas tu ...


Mania : Ebi??? Pelizzz Laaa ...


Aku sakit hati ada, geram apa lagi ...
Malam tadi rasa buang masa ja aku tengok Konsert Mania tu.
Bukan la aku ni terrer sangat dalam dunia muzik tapi
bila orang biasa2 ni pon boley bezakan mana bagus & tidak ...
penyanyi tu tidak malu ka terus promote tuk undi dia supaya
 dalam pertandingan tu?
Pelizzzzzzz la ...

Bukan apa laa tapi entah, susah plak aku mau explain. Aku
bukan peminat Awi Rafael tapi aku
memang tidak puas hati. Biar pon macam tu, Awi
Rafael keluar secara terhormat ...
Betol la Aubrey cakap, Awi Rafael bukan Raja SMS ...

Tapi aku cuba fikir positif, kita tengok
kemampuan dia plak minggu depan, ada peningkatan
atau statik yang sama ... =.='



Warghhh ...

Saturday, 14 April 2012

Physiology Of The Heart + Jantung Oh Jantung



Dag.. Dig..duggg, berdebar plak ... Cewahhh, nyanyi 
sakan nampak ...
( mode dangdut lagi tu, wahahaha ... ). 
Tidak tau kenapa aku berdebar ja sehari 2 ni, rezeki sudah 
mo masyukkk ka ni? Aminnnnn ... Tidak pon jantung aku saja
bergurau dengan aku ni ...
( Nakal la jantung ni... )



1st, aku mau kenal kan siapa tu jantung. 
Kita2 semua ni tau jantung ja tapi 
tidak kenal apa itu jantung 
( omputeh panggil Heart tu... ) lebih lanjut. 

Jantung ni otot yang berbentuk cone yang terletak
 di sebelah kiri badan manusia dan 
berada di ruangan ke 4-5 antara tulang rusuk. 
Saiz jantung di anggarkan bersamaan dengan sebesar 
penumbuk tangan masing2 
( cuba bayangkan sendiri ).

Setiap jantung manusia ada 2 bahagian 
kiri dan kanan 
yang di pisahkan oleh 1 Septum. Di setiap bahagian plak 
dibahagi lagi kepada 2 bilik kecik atas dan bawah. 
Nama bilik atas ialah Atrium dan bilik bawah plak Ventricle 
( kiri dan kanan sama ja ). Di setiap bilik lagi 
plak di kawal oleh pintu masing2 yang mengawal keluar 
masuk darah dan kunci bernama Valve ( Injap ).

K, sekarang kita bercerita fungsi jantung plak, 
aku tau semua sudah tahu apa fungsi jantung kan? 
Memang semua mesti cakap pump darah keseluruh badan
 ( that’s right!!! ) dan ada lagi 
beberapa fungsi jantung laen.

Aku mo cerita amacam jantung tu bekerja.
 Kita manusia ni sekurang2nya akan ada 5 liter darah bagi
 lelaki dan 4 liter darah bagi pompuan. Dalam sehari jantung 
akan pump darah keseluruh badan tanpa henti biar 
pon kita tido (wowww, amazinggg ciptaan Allah ). 
SUBHANALLAH.

Darah tidak beroxygen mengalir masuk ke jantung 
melalui Superior dan Inferior Vena Cava 
dan terus masuk ke bilik atas yang 
di kenali Right Atrium.

Kemudian otot Right Atrium plak akan mengecut dan darah 
tertolak masuk ke bilik bawah Right Ventricle yang 
di pisahkan oleh pintu 
Tricuspid Valve ( injap ). 

Darah yang sampai di sana akan terus berjalan lagi melalui Pulmonary Artery 
yang dikawal oleh Pulmonary Semilunar Valve 
dan masuk ke dunia baru iaitu Paru-paru
 ( Eee, tergelak plak sebut tu, I biasa sebut Lungs tau.. Omputih uuu ) 
untuk pertukaran darah yang tidak beroxygen
 kepada segar beroxygen ( Bukan bersiar2 tau ... ) . 

Dalam Lungs, darah akan beramah mesra lagi plak dengan bola-bola kecik 
( no..no..nooo.. Bola2 api ekkk ) yang bernama Alveoli
Di sana dorang akan give and take 
pertukaran gas tapi sayangnya dorang tidak
 sempat nak bergosip sebab darah kena pump terus lagi 
masuk semua ke jantung melalui 
Pulmonary Veins .

Sekarang darah sudah berada di bahagian kiri jantung 
dan bilik atas yang bernama Left Atrium plak. 
Di sini darah beroxygen tidak dapat 
nak ngorat darah tidak beroxygen 
sebelah kanan sebab dipisahkan oleh tembok besar 
bernama Septum ( bukan Negara China ja da tembok tau ). 

Tidak sempat darah berehat santai di Left Atrium ni, 
dorang terus di pump masuk ke bilik bawah, 
Left Ventricle selepas melalui pintu Bicuspid / Mitral Valve
dan terus bersiar ke Aortic Semilunar Valve. 

Di Aortic Semilunar Valve yang sedikit kecik dan sempit, 
darah akan masuk lorong yang agak besar 
berselekoh dan bersimpang yang bernama Aorta
Di simpang 3 Aorta ini, kawan2 cell darah akan 
berpisah sambil melambai tangan dan berjanji bertemu
 semula untuk menuju arah simpang masing2 
tanpa di pilih darjat dan keturunan 
( sedihnya dorang kan ).

Di simpang 3 yang agak kecik ini,
ia menghala ke atas untuk menbekalkan oxygen 
kepada organ2 atas seperti mata, otak & seangkatan denggannya. 
Selebihnya lagi terus bersiar melalui selekoh besar Aorta. 
Di kawasan ini, darah perlu di pump 
lebih banyak berbanding di simpang 3 kerana bahagian 
bawah jantung lagi banyak organ2 penting
yang order darah beroxygen.


Selepas itu, lengkap la 1 kitaran normal peredaran 
darah dalam badan manusia yang tiada 
masalah kesihatan.

Setiap kitaran lengkap pumping jantung ni plak
 hanya ambik masa dalam 0.8 saat sahaja 
dan dalam 1 minit di anggarkan jantung mengepam
sebanyak 75 kali.
 ( Agungnya ciptaan Allah ... )

Entry laen kali, aku cerita serba sedikit tentang masalah jantung laen lagi plak ...
Ada berminat???


~ Bagaimana Jantung Bekerja ~

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya


  • Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
  • Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
  • Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
  • Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
  • Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
  • Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
  • Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
  • Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
  • Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
  • Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
  • Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
  • Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
  • Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
  • Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

'Topup Giveaway by Naili'




Fuhhh kanan, fuhhh kiri ... Harap2 bernasib baek la 
dapat topup kali ni ... 
Hehehehehe ... Sapa2 yang berminat ( bagi sapa2 yang belom tau ),
picit2 la banner atas tu arrr ...


Sapa Bertuah ...

Thursday, 12 April 2012

7 Hari mencintaiku



Walawieeeee ... Ada sesapa yang sudah baca novel ni?
Bestttttttt ...
Aku ganas2 ni pon tertitis air mata juga la
 bilang sampai part
sedey2 ... Bukan tu ja, aku siap 
gigit2 bantal "kawan" aku bagi tu,
geram bila sampai
part geram2.

Sinopsis
Aku rasa la kan, bukan aku saja yang feeling macam 
tu. Bagi sapa2 yang sudah pernah baca
novel ni, mesti rasa benda yang sama.
Love Kuzairi ...

  ~ Rugi Tidak Beli ~

Mia Oh ... Mia ...

Wednesday, 11 April 2012

Segmen: Review by Lily



Sehari 2 ni aku sibuk sket berbanding hari2 sebelom ni, 
jadi aku tidak sempat2 update blog.
Jadi ari ni aku bantai 
update ntah brapa yang
aku mampu. 

Check blog tadi, empunya blog segmen tu
pelawa aku join. dengan terasa-rasa happy,
aku tidak lepas pelunag juga.

Sesapa yang berminat, knock2 gambar ada 
muka Tuan Puteri Lily tu ekkk ...
Peace yooo ...

If I'm a Princess

Contest 'blog comel' by AnisMoko★


... Mau try join contest ni juga, mana la tau ada nasib. 
Hehehehehe ...

Sapa2 yang berminat & cuba nasib, tonyoh di banner atas tu.
Good Luck gengzzz ...

Tagged:

Cadbury, Yummmyyyyyy ....




Huhuhu ... Amacam, ada sesapa yang nak benda di atas tu? Hikhikhik ...
Thanxxx to Papa ... Semua ni bapa aku yang beli, baek 
hati plak dia belanja cekelat tuk aku 
( Cehhh, perasan plak ... ). 
Alahh, tuk kami semua family member laaa ... Hikhikhik

Takot juga fikir amacam la kasi habis sekeping tu, 
takut jg dengan risiko
DIABETES MELLITUS
Hehehehehehe ...

** Psttt, Chocolate mousse ... Sapa mau share dengan aku?? Hikhikhik ...


Coklat Punya Khasiat Tersendiri

Monday, 9 April 2012

Tanda-Tanda Kiamat


Masih ingat movie, andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya tapi yang nyata KIAMAT itu PASTI !!!!!
TANDA2 Kiamat menurut Agama Islam
ialah ...
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Kemunculan Dajjal.
  • Turunnya Nabi Isa (AS).
  • Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj.
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur.
  • Pintu pengampunan akan ditutup.
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya.
  • Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sahaja & mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya.
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan,
  • Pemusnahan Kaabah.
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap.
  • Sangkakala akan ditiup pertama kali, binatang2 & orang2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh.
  • Tiupan sangkakala yang kedua kali, akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.
  • Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi & terasa sejengkal atas kepala.
ALLAH berfirman :

 "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada 
mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi 
Aku akan menjauhkan 
kalian dari SyurgaKu"

NABI MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, 
akan Ku buatkan tempat di 
Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."


SUMBER : Islam Iman Ihsan

Sunday, 8 April 2012

"Segmen: Jom Berkawan by Eifa"




Halllueee ... Tengah best2 blogwalking di blog geng follower, 
aku nampak plak segmen ni dalam
 entry dorang. Aku apa lagi,
 tidak mau lepas peluang baekkk punya ni jugak.
Maka nya, reramai la kita sama2 
berduyun2 mem'follow' segmen ni.

Setiap segmen ada syarat kan,
 segmen Eifa ni pon bersyarat juga tapi teda la 
syarat yang buat kita rasa stress. 
Syarat manja2 jewww Eifa buat... Hehehehehehe ...
Dengan sekali nafas 
ja boleh jawab soalan ni ... ( Thanx bagi soalan mudah )


:82:Nickname korang:
Atiqawahid
 ( My real name tawww ... )

:83:Tujuan blog dihasilkan:
Ikot konsep 
"Sharing is Caring"
Berkongsi cerita, info dan ilmu.

:82:Usia blog:
1 Bulan, 4 Minggu & 1 Hari.
( Dah besar anak makkk ... )

:83:Promote blog korang agar ramai yg kunjung blog korang:
 Sudi2 kan la singgah blog aku 
yang serba sederhana ni,
 aku akan sentiasa 
memperbaiki mana2 kekurangan & cuit2 
la blog aku ekk ... =)

:65:Tarikh tutup : 13 MEI 2012:66:
Jam : 11.60 malam

Hahhh, kan mudah sangat soalan2 yang harus kita jawab???
Mehh la ramai2 join segmen niiiiii ...
Yeahhhh2 ... \m/



Can Mali Can ... Heyyyy2 ...

Segmen : Menjelajah Blogger Bersama by Cikk Ziela





Terima Kasih untuk Mieraalife, tag aku dalam segmen ni. 
Aku pon tanpa buang masa juga join segmen ni jugak. 
Harap2 bertambah juga la follower.

Sesapa yang berminat, boleh juga join. 
Korang hanya try cuit dengan tetikus korang tu pada banner.
Cepat2, sebelom terlambat. Peace yoooo ...

Teman aku tagged:


Untung Sabut Timbul

Thursday, 5 April 2012

Nurses Wanna Be


~ Nurses Wanna Be ~

Hadoiii2, sabar la wahai hati ... Aku memang terdesak sekarang ni.
Aku jales + cemburu ( Uikkk, sama la kan? ) bila dapat khabar 
kawan2 aku yang laen sudah dapat keja.
Biar pon cuma di klinik2 tapi cukup la bagi kami yang fresh graduate ni.
Pengalaman & risiko tuk terus ingat fakta2 tu berterusan.

Semalam, aku memang tidak dapat tidur fikir benda ni.
Aku hantar mesej dengan kawan2 aku, 
aku dengan kejam suruh dorang bangun 
( wahahahaha ... )
tapi malangnya dorang semua tidur mati!!! 
( Uwaaaaaaaa ).

Memang aku pujuk hati tuk redha ja dengan rezeki ALLAH 
tapi sebagai manusia biasa, 
aku tidak terlepas dengan mengharap rezeki 
aku cepat2 masyukkk (^_^).
Korang doa2 kan aku ekkk ...
Sama2 la kita berdoa tuk selalu di murahkan rezeki yang halal.
Aminnnnnnnnnnnnn ...


Hadapi Dengan Senyuman :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...