Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, 29 March 2015

Turun Berat Badan Dengan Air Kosong.

Edit Posted by with 3 comments

Air kosong adalah elemen sangat penting dalam proses 
untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang 
banyak setiap hari, kita dapat mengurangkan berat badan 
dengan mudah & murah tanpa memerlukan bantuan 
supplement atau pembedahan. Hehehehe.

Kelebihan minum air kosong:
  • Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurangan.
  • Buah pinggang dakan dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran lemak.
  • Mengurangkan masalah sembelit dan buasir.
  • Membantu pengaktifan organ dalaman.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah.
  • Dan banyakkkkk lagi...

Cara pengiraan jumlah air kosong yang perlu diminum mengikut berat badan:

Formula: ( 40 x berat badan dalam kg ) + 500mls.

Contoh berat badan Aiman, 75kg. 

Pengiraan: ( 40 x 75kg ) + 500mls : 3620mls.

*** Aiman perlu minum air sekurang-kurangnya 3620mls atau 3.62 liter air kosong sehari untuk seimabngkan keperluan harian dan membantu dalam mengurangkan berat badan.




Saturday, 12 April 2014

Rokok Elektronik Bahaya

Edit Posted by with No comments
Rokok Elektronik Berbahaya.




KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.

Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.”

Thursday, 11 April 2013

Spa Kecantikan Menggunakan Siput Babi

Edit Posted by with No comments

Klinik kecantikan dan spa di seluruh Amerika Selatan dan Korea Selatan kini beralih dengan ekstrak siput yang dipercayai  baik untuk kulit. Makan dengan asid Glycolic dan elastin, rembesan siput melindungi kulit daripada luka, bakteria, dan berkuasa sinar UV, membuat gooeyness alam semula jadi sumber utama protein yang menghapuskan sel-sel mati dan menjana semula kulit.

                Biasanya klinik kecantikan menggunakan produk yang dibuat daripada bahan2 melekit, tetapi satu salon kecantikan di bandar Siberia Rusia Krasnoyarsk menggunakan siput babi dengan meletakkan siput tepat ke muka pelanggan mereka.

Rawatan melibatkan siput telah digunakan seawal Greece purba: Hippocrates dilaporkan ditetapkan campuran susu masam dan siput dihancurkan untuk radang kulit. Pada hari ini, ia dipasarkan sebagai tempat rawatan jerawat, dan penghilang parut, dan membakar penyembuh.

                “Ia adalah satu produk yang 100 peratus tulen dan semula jadi yang membolehkan mereka untuk menggantikan krim kulit kimia tipikal,” kata jurucakap Christian Plaut Andes Alam, yang menjual krim siput popular di Amerika Selatan. “Pengguna biasanya mesti membeli krim beberapa berasingan untuk mendapat manfaat yang sama.”

Saturday, 6 April 2013

10 Tips Memanjangkan Umur Bateri Laptop

Edit Posted by with 2 comments

Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Artikel ini adalah 10 tips penjagaan, bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut.

>>> 1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang berpunca dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Disarankan agar bila komputer riba menggunakan punca AC Power, maka tanggalkan bateri dari kpmputer riba untuk memelihara jangka hayat bateri tersebut.

>>> 2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu komputer riba tidak terlalu panas. Jika suhu terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah komputer riba akan berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas komputer riba. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan komputer riba anda untuk memberi ruangan udara yang luas.

>>> 3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

>>> 4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

>>> 5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

>>> 6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada komputer riba. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

>>> 7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tidak digunakan, sila tutp aplikasi tersebut.

>>> 8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau hendak digunakan dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia.

>>> 9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang dimaksudkan dengan jadual tugasan? Matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

>>> 10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Pastikan anda mematikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.