Saturday 25 September 2021

Datuk Ong Kim Swee Sinar Baru Bola Sepak Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Umum telah mengetahui bekas Jurulatih Malaysia B23/ Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee (OKS) secara rasminya akan melatih pasukan bola sepak Sabah FC. Difahamkan bahawa ini adalah permintaan rasmi Presiden SAFA Dato Sri Bung Mokhtar Radin kepada Datuk OKS untuk melatih Sabah FC.

Pelbagai cabaran pastinya menanti demi memulihkan pasukan Sabah FC yang kurang konsisten dalam saingan liga. Dalam kita meletakkan harapan besar kepada Datuk OKS, fans bola sepak Sabah FC kena berdepan dengan realiti. 

Fans kena beri coach masa untuk mencari serta mencorak pasukan Sabah FC. Datuk OKS tidak mempunyai tongkat sakti yang boleh merubah Sabah FC dalam sekelip mata. Setiap perubahan pasukan akan mengambil masa, bergantung dengan masa dan keadaan sekeliling termasuk pemain dan pasukan kejurulatihan. Datuk OKS pastinya menyedari bahawa tugas yang beliau ambil ini amat berat apatah lagi pasukan Sabah FC agak sentimental kepada beliau sendiri kerana pernah menyarung jersi pasukan Sabah sekitar 90an bersama-sama assistant coach iaitu Jelius Ating. 



Datuk OKS pastinya mempunyai pemain pilihan dan beliau seharusnya bebas dalam mencorakkan pasukan Sabah FC. Diharapkan tidak ada tangan-tangan ghaib yang akan mengganggu tugas beliau nanti. Admin difahamkan Datuk OKS seorang yang amat tegas sebagai jurulatih. 

Kepada pemain Sabah FC kautlah ilmu sebanyak mungkin daripada Datuk OKS kerana sekalipun kita mendatangkan jurulatih terbaik dunia, pasukan tidak akan berubah sekiranya tiada persefahaman antara jurulatih dan pemain. Semoga Sabah FC akan akan memberi " SESUATU" pada Saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

SABAH TATAP!!

RADU TATAP RADU.

0 Comments: