Tuesday 8 November 2022

Ujian Allah: Ibu Bapa Sakit | Part 2

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum

30.September.2022

Time rehat dirumah, kawan saya mesej. Dia informed yang bapa saya sudah admitted wad dalam jam 10pm. Bapa saya masih on HFNC dengan pernafasan laju. Syukur, bapa saya masuk dalam wad A** juga. Senang saya jaga & nampak progress bapa saya, dalam hati saya. Lebih kurang jam 11pm lebih gitu, doktor (HO) call abang saya, tanya2 untuk admission clerking sebab bapa saya sudah tidak dapat bercakap jelas, tachypneic. Jelas dimuka mama saya nampak risau tapi mama saya pun saya kenal seorang yang sangat kuat.

Setengah jam begitu, doktor (MO) call abang saya lagi. Kali ni doktor beritahu keadaan bapa saya bertambah penat, dan kemungkinan doktor mahu 'tidurkan' bapa saya. Kami dirumah terdiam. Walaupun saya selalu nampak kes 'ditidurkan' saya jadi blur bila itu jadi dengan keluarga sendiri, lagi2 mama bapa saya sendiri. Abang saya tanya saya, saya tanya mama saya. Keputusan perlu dibuat cepat sebab keadaan bapa saya sangat penat dan takut bila2 saja jantung berhenti, doktor cakap. Saya setuju, abang saya setuju, dan mama saya pun setuju. Buat apa saja yang terbaik untuk dia.

Jam 1 pagi kawan saya mesej saya, dia bagitahu yang doktor sudah mahu 'tidurkan' bapa saya. Kawan saya sempat video call saya. Kami sempat bagi semangat untuk bapa saya, bapa saya sendiri setuju & cakap 'pandailah doktor ni buat yang terbaik kan'. Kami semua diam lepas video call tu, melayan perasan sendiri. selepas beberapa minit tu, kawan saya mesej lagi, dorang sudah selesai intubate bapa saya. Tiada complication apa2. Syukur. Terima kasih semua kawan2 bertugas malam tu. Terima kasih banyak2. 

Pagi tu, saya bersiap pigi kerja macam biasa. Saya di assigned menjaga 2 katil termasuk bapa saya. Ok, saya tiada masalah, walaupun dalam hati berdebar. Dengan high setting ventilator, full sedated & on inotrope, macam2 dalam fikiran saya. Saya kesian nampak keadaan dia begitu. Bukan apa, saya tahu macamana perangai bapa saya yang takut jarum, takut untuk 'ditidurkan' dengan macam2 lagi lah. Sebelum ni bukan bapa saya tidak pernah mau 'ditidurkan' (bulan 5) tapi memang bapa saya tidak setuju, dia takut tidak bangun2. Lagi 1, bapa saya pernah mau cabut gigi, time dentist mau jarum bius, bapa saya tangkap tangan dentist tu. Dia konon belum ready. Kali ni bapa saya kalah!

Masa kasih bersih & kemas2 bapa saya, doktor pakar buat round. Doktor tanya, saya ok kah. Saya cakap saya ok, saya tiada masalah. Doktor tanya saya 2,3 kali. Jawapan saya masih sama, masih boleh senyum juga. Lama2 doktor tu tidak benarkan saya menjaga bapa saya sendiri. Saya akur, saya pindah menjaga pesakit lain. Saya tiada halangan, tiada rasa marah mungkin saja dorang risau akan ada konflik Medico-legal, confidentially atau berkaitan emotional.

Saya pindah bilik, saya tiba2 rasa mau menangis. Saya sembunyi dalam toilet, nangis sekejap. Saya tidak mahu kawan2 saya nampak, saya tunjuk saya kuat. Kawan2 saya semua baik, dorang simpati & doa baik2 untuk bapa saya. Terima kasih semua. Sister wad jumpa saya, pun sama. Tanya saya ok ka tidak. Kalau perlu emergency leave dengan keadaan bapa saya begitu, inform saja tapi saya sendiri cakap saya ok dan boleh terus kerja. Time ni saya tiada terfikir pun minta emergency leave dengan Sister wad. Apa yang saya fikir, saya kena kerja. Saya tidak mahu susahkan kawan2 saya untuk cover duty saya. Sekarang baru saya rasa 'bodohnya saya'. Bapa saya tengah sakit begitu saya masih fikir kerja. Suami saya pun bukan tiada tanya saya untuk ambil cuti tapi saya diam sahaja. Syukur bapa saya tiada apa2. Kalau tidak, saya akan rasa menyesal yang tiada hujung. 

Ujian Allah: Ibu Bapa Sakit | Part 1

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum

29. September 2022

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". 

Benarlah apa yang Allah firman kan dalam Surah Al-Baqarah: 286Allah mendatangkan ujian kepada setiap hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Keluarga kami ditimpa masalah kesihatan kedua orang tua saya. Mama bapa saya sudah balik2 ke unit kecemasan hospital daerah tapi hospital tu periksa dan beri ubat mengikut simptom dorang sahaja. Bila simptom hilang, doktor arahkan dorang discaj balik rumah. Saya tidak boleh salahkan pihak hospital kerana mungkin sahaja simptom mereka ringan sahaja atau apa (saya tiada disana). Selepas beberapa kali kejadian begitu, abang saya yang ke 3 bawa mama bapa kami ni datang ke hospital swasta (selepas fed up di hospital daerah tu).

Sampai di hospital swasta tu, pihak hospital periksa bapa saya dulu. Dorang terus arahkan abang saya bawa bapa saya ni ke hospital pakar, mereka tidak terima bapa saya ditempat dorang selepas melihat keadaan bapa saya yang lemah dan perlu rawatan rapi. Abang saya cepat2 bawa bapa saya di unit kecemasan hospital pakar. Saya time tu masih on duty, syif pagi. Saya terima update dari abang saya dengan dari group Whatsapp keluarga. Selepas sahaja habis duty, saya cepat2 masuk di unit kecemasan, mama saya sana tengah di interview oleh doktor.

Saya pigi tempat bapa saya, di Resus zone. Saya betul2 terkejut dengan keadaan bapa saya time tu. Keadaan bapa saya betul2 lemah dan dengan keadaan yang saya boleh cakap 'kering', pernafasan laju dan nafas berbau. Bukan saya cakap berbau sebab tidak gosok gigi tapi berbau sebab sakit. Respiratory acidosis. Bapa saya time tu on bantuan oxygen, nasal prong 3L/min sahaja. Kami berbual mengikut kemampuan dia. Dia cakap dia ok saja tapi bapa saya tipu, dia memang tidak ok! Saya tenang disebelah bapa saya, dalam hati mau nangis tapi saya kena tunjuk kuat depan bapa saya. Saya mau bagi semangat dengan dia, yang dia ok.

Time di unit kecemasan tu bapa saya kena ambil darah, kena buat ECG, kena Xray dada, pasang CBD, bagi antibitoc dengan semualah apa yang doktor fikir patut untuk merawat bapa saya. Saya diam ditepi dan bantu apa yang patut. Ooo ya, dorang mama saya sudah keluar sebab di unit kecemasan tidak boleh menunggu dan menjaga. Saya tidak diarah keluar sebab saya on uniform. Hehehe. Bapa saya tanya juga, "ko tidak penatkah, balik lah. Ko pun pigi lah rehat dulu, ko baru habis kerja kan" tapi mana mungkin saya kasi tinggal bapa saya terus juga kan.

Tiba2 bapa saya demam, buat tepid sponging. Kesian tengok bapa saya sebab sudahlah dia kesejukan, tambah lagi perlu lap dia dengan kain basah, dengan unit kecemasan lagi sangat sejuk. Kesian tidak kesian saya terpaksa juga tepid sponging bapa saya sebab tak kan biar dia demam kan. Bila keluar keputusan darah, ABG bapa saya tidak normal. Doktor naikkan bantuan oxygen bapa saya pigi High Flow Nasal Cannula (HFNC). Saya sudah mula berdebar dan sedikit denial. Mudah2an saja bapa saya on HFNC ni sekejap saja, saya berdoa bapa saya cepat normal cara bernafas. Denial phase. Saya mula risau tapi saya masih pura2 kuat. Bapa saya tanya saya kenapa doktor bagi oxygen begitu, saya cakap sekejap saja tu. Bapa saya diam. Saya ubah cerita kami, saya cakap jari2 dia kering, kurang air. Bapa saya tengok2 jari dia konon, tanya kenapa begitu lagi konon. Hahahaha.

Saya tanya doktor, bapa saya plan admit wad mana. Dia cakap mungkin wad A** Ward. Kawan ada tanya kalau saya yang request bapa saya admit d A**. Sumpah, saya langsung tiada request dia masuk sana. Saya ingat sebelum saya habis syif, memang ada 1 katil kosong di wad tu. Incharge bapa saya call wad, dan memang dapat katil. Jam 9 malam tu saya bisik bapa saya, minta kebenaran untuk balik sudah sebab saya fikir besok saya kena kerja pagi lagi. Dia memang suruh saya balik juga. Keadaan bapa saya time tu masih macam mula saya nampak dia tapi ada ok sedikittt lah. Sebelum balik saya bisik bapa saya untuk kuat semangat, lawan tu sakit. Besok saya jumpa dia lagi. Bah... Bapa saya cakap. Dalam fikiran saya besok saya datang kerja awal & saya lawat sekejap2 bapa saya time tidak sibuk sangat. Ok, set!


Saturday 25 September 2021

Datuk Ong Kim Swee Sinar Baru Bola Sepak Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Umum telah mengetahui bekas Jurulatih Malaysia B23/ Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee (OKS) secara rasminya akan melatih pasukan bola sepak Sabah FC. Difahamkan bahawa ini adalah permintaan rasmi Presiden SAFA Dato Sri Bung Mokhtar Radin kepada Datuk OKS untuk melatih Sabah FC.

Pelbagai cabaran pastinya menanti demi memulihkan pasukan Sabah FC yang kurang konsisten dalam saingan liga. Dalam kita meletakkan harapan besar kepada Datuk OKS, fans bola sepak Sabah FC kena berdepan dengan realiti. 

Fans kena beri coach masa untuk mencari serta mencorak pasukan Sabah FC. Datuk OKS tidak mempunyai tongkat sakti yang boleh merubah Sabah FC dalam sekelip mata. Setiap perubahan pasukan akan mengambil masa, bergantung dengan masa dan keadaan sekeliling termasuk pemain dan pasukan kejurulatihan. Datuk OKS pastinya menyedari bahawa tugas yang beliau ambil ini amat berat apatah lagi pasukan Sabah FC agak sentimental kepada beliau sendiri kerana pernah menyarung jersi pasukan Sabah sekitar 90an bersama-sama assistant coach iaitu Jelius Ating. 



Datuk OKS pastinya mempunyai pemain pilihan dan beliau seharusnya bebas dalam mencorakkan pasukan Sabah FC. Diharapkan tidak ada tangan-tangan ghaib yang akan mengganggu tugas beliau nanti. Admin difahamkan Datuk OKS seorang yang amat tegas sebagai jurulatih. 

Kepada pemain Sabah FC kautlah ilmu sebanyak mungkin daripada Datuk OKS kerana sekalipun kita mendatangkan jurulatih terbaik dunia, pasukan tidak akan berubah sekiranya tiada persefahaman antara jurulatih dan pemain. Semoga Sabah FC akan akan memberi " SESUATU" pada Saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

SABAH TATAP!!

RADU TATAP RADU.

Monday 13 September 2021

Pengalaman Di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid (PKRC) Likas, Sabah.

Edit Posted by with No comments

Menulis sedikit tentang pengalaman di PKRC likas. Pendek cerita setelah disahkan positif Covid19,  semua yang positif covid dibawa untuk x-ray paru-paru. Masa menunggu agak lama disebabkan waktu rehat tengahari. Keadaan klinik agak sibuk dan ramai orang. 

Tahniah saya ucapkan kepada staf KKM yang tetap tenang melayani pesakit Covid19. Sesudah xray, doktor putuskan agar saya dihantar ke PKRC Likas disebabkan paru-paru mula menunjukkan tanda jangkitan. Saya cuba kumpul kekuatan untuk beritahu keluarga terutamanya isteri saya. Sementara menunggu samada ada kekosongan di PKRC likas, saya sempat berbual-bual dengan doktor. Soalan semestinya adakah peluang saya untuk sembuh? Doktor menenangkan saya dan mengatakan "Insyallah peluang sembuh tinggi kerana sudah vaksin". 

Pada 27 HB saya dijemput oleh staf KKM dari rumah pada jam 11 pagi. Perasaan agak bercampur baur sedih, takut & macam-macam lagilah ketika meninggalkan rumah. Sampai di PKRC Likas dalam jam 11.30. Seterusnya kami terus didaftar serta diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah (SPO2). Tekanan darah normal cuma oksigen agak turun naik. Keadaan demam agak teruk dan sakit dada mula terasa. Fikiran bertambah kacau. Namun keadaan sedikit tenang dengan layanan staf KKM yang sangat mesra.

saya diterangkan tentang rutin harian yang perlu dilakukan sepanjang masa berada di PKRC. Syukur terima kasih kepada isteri saya kerana menyediaakan kelengkapan secukupnya untuk berada di PKRC. 

Saya kongsikan barang yang perlu dibawa sekiranya dimasukkan ke PKRC.

1. Pakaian, cukuplah sekadar untuk dipakai datang dan balik sebab PKRC ada sediakan baju untuk pesakit.

2. Barang Mandian.

3. Tuala dan sedikit baju dan seluar(pakaian pesakit ada disediakan)

4. Gelas

5. Makanan (Maggi, biskut atau kudapan, makanan luar tidak dibenarkan)

6. Minyak kayu putih/ cengkih untuk memulihkan deria rasa.

Hari pertama saya cuma menahan kesakitan, demam batuk dan sakit dada serta sesak nafas.

Rakan sebelah saya merupakan seorang MA (Medical Assistant) dari Klinik Kesihatan Tanjung Aru. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa. Makanan untuk lunch semua disediakan namun keadaan sangat lemah. Semua jenis makanan payah untuk ditelan. Jam 3.30pm kami berbaris untuk diperiksa tekanan darah dan oksigen dalam darah. Oksigen agak menurun ke 96%. Fikiran bertambah stress. 

"LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"


Cuba menenangkan diri, muhasabah semoga semuanya baik-baik saja. Keluarga dan isteri tidak jemu-jemu memberi semangat dan akan bersambung ke part ke dua..

Friday 10 September 2021

Lapor Diri Di Covid Assessment Centre ILP Sepanggar

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selepas 5 hari saya sah positif Covid19 & home quarantine sahaja baru lah saya kena call dari pihak CAC (Covid Assessment Centre). Pihak CAC call tanya khabar & tanya sama ada saya sudah pernah hadir di CAC atau tidak sebelum ni. Saya memang belum pernah hadir dimana2 CAC sebab tiada arahan sebelum ni. Oleh sebab begitu, saya diarahkan untuk hadir di CAC Sepanggar untuk penilaian.


Pagi 08.09.2021 saya hadir di Institut Latihan Perindustrian Sepanggar untuk penilaian. Appointment jam 9.30 pagi tapi saya hadir awal, takut nanti ramai orang pula. Sampai sana, masih belum ramai orang. Kami kena bagi borang penilaian. prestasi. Prestasi la sangat. Hahahahaha.






 Lepas jumpa dengan doktor, dia suruh buat Xray dada. 1st time juga saya tau ada Radiology bergerak. Ingatkan dorang set up 1 bilik tempat Xray, rupanya dalam bas sudah disediakan untuk Jabatan Pengimejan.


Dalam bas ni lah kena set up untuk Xray dada sahaja.


Oleh sebab dalam bas & kami ni yang positif Covid19, tiada lah baju yang macam baju sebenar untuk Xray tu. Kami kena bagi plastik ni sahaja tapi berbentuk baju semasa proses Xray. Pengalaman juga kan. Hehehehe.

Last penilaian saya selepas Xray tu mungkin ok juga lah sebab doktor cakap ok dan teruskan home quarantine tapi sebelum tu doktor tu ada juga macam sangsi tengok Xray dada saya tu tapi lepas berbincang dengan doktor lagi sorang tu, mungkin saja semuanya ok.

Saya bertanya juga dengan staf sana, CAC Sepanggar sampai mana kawasan dorang cover sebab dalam fikiran saya, tak kan lah pesakit dari Putatan pun datang Sepanggar untuk penilaian. Mungkin Putatan ada CAC sendiri kononnya dalam fikiran saya. Namun staf sana cakap memang ada pesakit Covid19 dari Putatan datang sana juga sebab CAC Sepanggar tu merangkumi semua kawasan Kota Kinabalu. Hmmmm, kesian juga lah kan kalau keluarga pesakit yang kurang berkemampuan dari semua keadaan. Dorang mesti tidak mampu untuk sewa kenderaan atau semua untuk sampai di Sepanggar tapi mungkin juga pihak KKM ada menyediakan kenderaan tapi ada kah???


Kenapa Kekal Positif Bila Positif Covid19?

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum..

Disahkan positif Covid19? Tidak apa lah, kita anggap ni ujian & pengalaman berharga. Bukan semua ada 'rezeki' dapat rezeki pegang title 'Pesakit Covid19' yang ada simptom ringan sahaja. Bukan berbangga tapi kalau dengan cara ni kita berfikiran positif, positif la minda kita & mungkin dengan cara ni juga buat kita happy. Lupa sekejap kita ni positif.


Siapa tidak takut dengan penyakit ni. Lagi2 bila terbayang keadaan pesakit diwad, keadaan dorang yang saya boleh cakap struggle untuk bernafas mencari oksigen. Bukan semua tapi ada beberapa pesakit yang masuk wad, tapi keluar sebagai jenazah. Semua tahu, bila jenazah Covid19 ni bukan dapat disempurnakan oleh keluarga pesakit Covid19. Siapa tidak sedih???

Saya bersyukur bila saya masih dengan simptom yang minimal sahaja tapi disahkan positif Covid19. Jujur saya cakap, pada awal2 tu saya cuma batuk dan hidung sumbat. Tiada pun selesema yang teruk, padahal saya sudah sedia ubat Loratadine atau Actifed. Batuk, on off saja & tiada kahak juga. Dada time tu ada sedikit rasa sempit tapi tidak sampai tahap sesak nafas. Pernafasan masih normal. Masa tu saya masih denial, saya cuma begini tapi negatif juga. Sekali dapat keputusan positif, saya terdiam. Hahahahaha.

Selepas beberapa hari, deria saya pula makin hilang. Itu yang saya sampai jilat cecair pelembut kain tu di post saya sebelum ni. Kin geram sebab kenapa saya tiada deria bau tapi masih ada deria rasa. Hahahahaha. 

1 saya mahu share, time kena buat swab tu.. Memang ada rasa sakit bila dicucuk hidung tapi bila time tu positif, rasanya dalam hidung kita ni pun dalam keadaan kebas mungkin sebab time saya kena buat swab kali ke 2 tu saya tidak rasa sakit pun. Bukan macam swab sebelum2 ni.

Thursday 9 September 2021

Ke Mana Arah Tuju Sabah FC?

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum.. 

Sabah FC mencatatkan kekalahan kali ke 3 dan yang terbaru kalah 0-6 dengan pasukan Selangor dalam saingan Liga Super Malaysia. Kekalahan ini menyebabkan pasukan bola sepak Sabah FC dikecam hebat oleh peminat Sabah FC sendiri. Walaupun coach Kurniawan direhatkan oleh pengurusan Sabah FC, tapi pasukan masih tetap kalah dengan jaringan yang besar. Pelbagai pihak menyuarakan pendapat serta kecaman kepada pasukan Sabah FC. 

Persoalannya apa sebenarnya yang terjadi kepada pasukan Sabah FC? Penulis tidak menyalahkan sesiapa atas prestasi pasukan Sabah FC sekarang. Sememangnya ramai peminat yang membandingkan pasukan JDT dan Sabah FC. JDT dan Sabah FC amat jauh jurang bezanya samada dari pengurusan dan fasiliti sukan. JDT mula membina rangkaian dan jenama antarabangsa sedangkan pasukan Sabah FC masih terkial kial untuk kekal dalam Liga Super. 

Apa yang Sabah FC perlukan adalah seorang yang hebat seperti TMJ di mana mempunyai target dan passion dalam bola sepak. Projek JDT bermula pada tahun 2013 dan kini menjadi juara Liga Super kali ke lapan berturut berturut. Sabah FC boleh mencontohi pengurusan JDT dari segi komersil club dan sebagainya tetapi mampukah management Sabah FC? Tepuk dada, tanya diri.

Bola sepak kita masih memerlukan ahli politik dalam mencari dana bagi mengurus kelangsungan bola sepak. Semua tahu kos untuk mengurus bola sepak bukan mudah dan murah. Sebuah pasukan mencari sekurang kurangnya 8-10 juta kos semusim. Ini termasuklah kos untuk skuad remaja sehingga senior. Penulis juga maklum bahawa pasukan Sabah FC tiada masalah gaji malah, bonus antara yang tertinggi seperti dikatakan oleh Pengurus Sabah FC. 

Penulis cuma berharap pemain yang mewakili Sabah FC bermainlah sepenuh hati. Benar, kalah menang lumrah dalam bersukan tetapi kekalahan 0-6 amat berat untuk diterima peminat setia Sabah FC. Piala Malaysia akan bermula pada Oktober 2021, diharapkan pemain Sabah FC akan membuktikan sesuatu kepada peminat dan pengurusan. Sekiranya masih ada kepincangan dalam pasukan ada baiknya bubar pasukan Sabah FC sekarang dan bolehlah merekrut pemain dari Piala Presiden/ Liga Simpanan. Mungkin pemain muda lebih mempunyai semangat juang yang tinggi. 

Penulis percaya Sabah FC masih ada  sinar dalam sukan bola sepak. Sama-sama kita mendoakan semoga Sabah FC akan terus berjaya di masa akan datang.

Sekian.

By: Adam Firdaus


Positif Covid19 Perlu Kemaskini MySejahtera

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selama ni saya kuarantin dirumah sahaja. Syukur, tiada apa2 yang saya boleh cakap saya kurang sihat selain awal2 tu saya batuk & hidung tersumbat sahaja kecuali post saya ni. Demam pun ada lah pernah sekali, saya tidak lah demam teruk, cuma petang tu saya kesejukkan sahaja. Petang tu jua saya telan 2 biji Panadol & bawa tidur. Pagi besoknya, saya tidak demam sudah. Sihat.

Mula saya disahkan positif Covid19 & oleh sebab saya cuma kuarantin sendiri dirumah, saya perlu update setiap hari pagi & petang keadaan saya di aplikasi MySejahtera.








Mungkin kalau saya di pusat kuarantin, tidak perlulah update setiap hari di aplikasi macam ni sebab suami saya cakap dia tiada macam ni time di PKRC Likas. Walaupun saya dirumah saja & kalau jadi apa2, dinasihatkan cepat2 call 999 untuk bantuan kecemasan.

Sebagai info tambahan, aplikasi MySejahtera ni dibangunkan oleh syarikat tempatan seperti disiarkan oleh Berita Harian sebelum ini.