Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Monday, 30 September 2013

Nyummm2.. Jagung Bakar, Lokan Bakar Dengan Kelapa Bakar.




Selepas kami balik dari ronda2 rumah terbalik,
aku teringin pula makan lokan bakar.
Aku signal lah si kawan ni juga singgah 
sana. Nasib baik dia ni sporting 
juga. Hehehe.

Sebelum sampai sana,singgah beli jagung 
bakar dulu. Ngappp2,sweet2 corn gitu. Sedap. 
Kalau ada sekarang kan best,tengah 
lapar ni.


Sebelum dan selepas.

Last sekali kami lepak makan lokan bakar + air kelapa
Best2. Mula2 tu mati2 aku fikir si kawan tu tidak 
makan lokan. Muka serius dia cakap geli 
benda tu. Aku pun serba salah juga tapi dia 
cakap dia OK saja temankan aku.
Terharunya aku.


Sekalinya duduk menghadap lokan tu,
aku yang terpaksa kejar dia makan. Dia tipu aku saja 
rupanya. Cissss2. Hahahaha. Burppp,kenyang makan lokan dengan air 
kelapa. Thanks kawan sebab belanja saya aaa.. Len kali
kita test makan tempat lain lagi pula. 
Hehehehe.

Sekian lah cerita aku dengan si kawan tuk hari itu.
Kbaiii.

Rumah Terbalik Di Sabah. Akhirnya Ku Jejak Kaki Disana.



Tadaaaaaaaaaaa.. Rumah Terbalik di Sabah.
Lama aku plan jalan-jalan sana,akhirnya minggu lalu-lalu 
tertunai hajat. Jalan dengan kawan.
( Thanks kawan sebab sudi temankan )
Hehehe.

Tiket masuk RM10 seorang untuk orang dewasa,
kanak-kanak lupa tanya pula sebab 
kami tiada bawa budak-budak. Hahaha.
Upsss,sorry.

Masuk dalam tu turn by turn,sementara tunggu group lain 
dalam rumah tu group kami snap2 di luar rumah. 
Hasilnya ada la beberapa keping gambar 
ni... 


Hurmmmm,putus kaki aku sini kan.
Kesian kaki aku.
( Kepada si kawan,thanks sebab kaki saya putus )
Marah ka tu? Hahahaha.


Tengah2 panas ni aku bergambar sana,
semangat juga lah kan. Hahaha.
Rugi kalau lepas peluang.



Lagi gambar sudut dari tepi rumah.
Kreatif juga dorang kan.
Oh ya,menurut guide kami hari tu.. Rumah ni siap di 
bina dengan belanja 1.4 juta. 
Fuyohhh.

Ok,sebelum masuk rumah tu kena ketuk gong 3 kali 
sebagai simbolik itu loceng pintu rumah.
( Kawan,lupa pula kita ambil gambar gong kan ) 
 Alaaaa..

Mengikut cerita,kononnya rumah ni tinggal sepasang 
suami isteri dengan seorang anak lelaki.
Anak lelaki dorang ni punya lah 
nakal sampai kononnya rumah dorang terbalik.
Dahsyattt. O.o


Nasib baik aku ni tidak pandai kayuh basikal..
Kalau tidakkk.. Hmmmm..
Hahhh,ni pintu belakang rumah tu pula.
Sorry,dalam rumah tu tidak boleh 
snap2. Nanti kena denda RM100 per picture
Huhhh,serammm. Kikikiki..


Ni rumah tu sudut sebelah lagi pula.
Sorry,gambar si kawan terpaksa tidak di upload 
memandangkan dia seorang pemalu.
Ya ka tu? Pemalu lah sangat.
Hahahaha.

Ok lah,itu saja la yang aku dapat share 
pasal rumah terbalik ni. Siapa belum datang 
sana tu,plan lah datang ( kaa aku yang terlambat datang sna ni ). 
Orang tanya kita tidak lah malu2 
cakap BELUM pernah jalan sana. Hehehe.
Kan.. Kan.. Kan..?

Psttt.. Selepas aku tengok balik gambar ni,aku 
dapat idea untuk buat 1 rumah macam ni 
tapi kali ni aku buat RUMAH MIRING pula. 
Rasa2nya,ada kah orang datang tengok tu aa..???

Nasib Malang Si Pak cik Tua.



Assalamualaikum..
Hari ni aku mahu cerita hal gambar di atas tu.
Sepanjang aku bekerja ni,banyak pengalaman aku dapat.
1001 perkara termasuk lah cerita 
tangan tua tu.

Pak cik tu admit di wad tempat aku bertugas dalam 
8 hari. Dia sakit Community Acquaired Pneumonia.
Mula-mula aku fikir pak cik ni macam 
pesakit lain tapi bila tiap hari dia minta kami call anak-anak dia,kami 
hairan juga. Kami try call anak-anak dia tapi masing-masing 
bagi 1001 alasan. Semua tidak datang melawat.

Hari tu aku escort pak cik ni review di Psychiatric Clinic 
untuk manage depression dia. Sementara menunggu 
giliran tu,pak cik tu meluah perasaan dia. Dia 
hairan kenapa dalam 5 orang anak-anak dia tiada 
1 pun datang melawat. Anak-anak dia 
bukan kaya tapi senang. Cukup untuk hulur 
RM50 seorang tapi semua 
lepas tangan.

Time dia bercerita tu,memang dengar suara dia sebak.
Dia kadang terfikir untuk bunuh diri tapi dia masih ingat 
dengan dosa. Mahu disumpah anak-anak,dia 
risau nasib anak-anak dia jadi 
Si Tanggang.

Ingat lagi bila si pak cik cakap,"tiada anak lahir di dunia 
daripada binatang. Siapa diorang kalau bukan 
daripada mama bapa???".
Mudah-mudahan kita bukan sebahagian 
anak lupakan orang tua. 
Amin.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...