Showing posts with label In Love. Show all posts
Showing posts with label In Love. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Arghhh.. Sakitnya Bercinta.

Edit Posted by with No comments

Hmmmm.. Amacam mahu mula cerita ni? Jiwa kacau betul.
Setiap orang mahu happy saja kan, tiada orang mahu sedih. Aku pun 
macam tu juga. Aku cuba sudah tidak mahu 
marah2 sebenarnya tapi ...

Kisah aku dengan My Cinta ni ada turun naik, macam 
urusan saham pula kan? Hahahaha. Kami kawan macam biasa 
sebelum ni dan serius baru seja. Dia matang dari 
aku. Banyak dia nasihat aku dalam 
banyak hal. Terima kasih B.

Dalam beberapa hari ni hubungan kami ada pasang surut,
mungkin disebabkan pasal perangai aku yang 
kurang sabar atau kami yang tidak serasi??? 
Aku cuba untuk memahami tapi ...
( Hmmm, tapi lagi ... )

Aku mengaku aku ada sikap kurang sabar dan mungkin 
sebab itu kami selalu gaduh. Aku sedar 
diri, aku sudah bagitahu dia sedia, kalau 
tidak tahan dengan gaya aku, aku sedia tarik 
diri & hubungan kami berhenti macam tu saja lah tapi 
mungkin sabar masih ada berbaki 
sedikit & kami masih bersama.

Kalau seorang saja yang cuba untuk memahami & bukan 
kedua-dua pihak, rasanya hubungan tidak ke mana kan?
Kita cuma merancang & Allah penentu segalanya. 
Mudah-mudahan jodoh kita masih kuat.
Amin.





10 Tips Percintaan Jarak Jauh

Edit Posted by with No comments
  • ·         Saling Mempercayai Cinta Masing-masing.

Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina. Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

  • ·         Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia

Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.
  • ·         Setia dan Jujur Dengan Si Dia

Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.

Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat”. Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?
  • ·         Selalu Berkomunikasi

Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication  @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi- whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam lagi.  Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing.

Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya. :)
  • ·         Luahkan Perasaan Anda

Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.

“Abang, ayang sayang kat abang sangat2″

“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat B “

Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti.

Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.
  • ·         Bertemu-janji

Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
  • ·         Berikan Hadiah Dan Kejutan

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.

Misz sendiri pernah menerima kejutan daripada si dia sewaktu bekerja. Tiba-tiba ada seorang delivery-man bawa bunga ke ofis dan mencari nama Misz. Rupa-rupanya si dia mengirimkan bunga kepada Misz. Oh, so sweet. Kecoh juga suasana di ofis bila Misz dapat bunga.  Dan diselitkan dengan sekeping kad yang ditulis ayat-ayat cinta yang cukup mengegarkan perasaan Misz pada waktu itu. Misz rasa sangat dihargai dan dapat merasa cintanya walaupun kami berjauhan. Orang kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.
  • ·         Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur

Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.

Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya. Anda tidak semestinya tidak mahu sentiasa bergaduh dengan si dia dalam phone kan?
  • ·         Jangan Mengongkong

Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar.  Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.

Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.
  • ·         Jangan Cemburu Buta

Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan ;)

Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah 
tapi kita kenalah berusaha dan menjaga 
cinta kita. InsyaAllah. Amin.


Saturday, 12 April 2014

Tanda-tanda Lelaki Suka Si Gadis.

Edit Posted by with 1 comment


Tanda-tanda Lelaki Suka Seorang Perempuan.



 1. Dia akan sentiasa mengekori kamu

Walau di mana sahaja  kamu berada, dia pasti juga berada di situ. Barangkali masa itu, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri dengan kamu. Berkemungkinan ingin menegur anda buat kali yang pertama. Janganlah takut serta bimbang wahai kaum wanita sekalian, membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal. Jadi lebih terbuka. Kepada yang dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah aaa.. Hahaha.


2. Dia akan meminta nombor telefon kamu

Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab mahu minta nombor telefon. Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual mahal sebab tidak mahu bagi no. HP dengan diorang. "Apa ingat nombor handphone tu benda yang senang2 saja ka mahu bagi.."


3. Dia akan selalu SMS & Call

Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita. Mungkin takut dikebas orang barangkali. Jadi kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri kamukerana itu merupakan simptom2 biasa mereka yang dilamun cinta. Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa takut. Kamu hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya, buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak.


4. Dia akan selalu bertanyakan tentang kamu kepada rakan-rakan kamu

Sekiranya  kamu selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan berada berdekatan dengan  kamu. Dia ingin mengetahui dengan siapa  kamu berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali  kamu. Maklumat2 yang tidak dia peroleh dari  kamu boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda. Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan  kamu dan sejarah percintaan kamu sebelum ini maka rakan-rakan  kamu adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini. Hohoho.
 

5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk kamu

Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata kamu. Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna pada kamu. Dia tidak mahu kamu berasa tidak yakin kepada dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk kamu. Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna. Kan?


6. Jika Benar Dia Sukakan kamu mereka akan jumpa Family

Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluargamu untuk berbincang hal seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan pernah mempermainkan perasaan orang yang mereka sayang.

Thursday, 28 November 2013

Lirik Lagu :: Masih Menyintainya. Papinka.

Edit Posted by with No comments



Masih Mencintainya { Papinka }

Jika teringat tentang dirimu,
Berlinang air mataku,
Ku rindu saat-saat bersamamu,
Kasih sayangmu padaku.

Kini kau bukan milikku,
Dan berakhir sudah cintaku,
Biarkan saja hatiku bicara,
Ku masih sayang padamu.

Aku selalu mendoakanmu,
Agar kau bahagia,
Bersama dirinya selamanya.

Mengapa mudahnya hatimu mendua,
Ku lapangkan dada walau aku terluka,
Semoga bahagia bersama dirinya,
Karena kau telah memilih dia.

Betapa sakitnya apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka,
Semoga ku bisa tuk melupakannya,
Karena ku masih mencintainya.

Kini kau bukan milikku,
Dan berakhir sudah cintaku,
Biarkan saja hatiku bicara,
Ku masih sayang padamu.

Aku selalu mendoakanmu,
Agar kau bahagia,
Bersama dirinya selamanya,
Wooo wooo...

Mengapa mudahnya hatimu mendua,
Ku lapangkan dada walau aku terluka,
Semoga bahagia bersama dirinya,
Karena kau telah memilih dia.

Betapa sakitnya apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka,
Semoga ku bisa tuk melupakannya,
Karena ku masih mencintainya.

10 Petanda Dialah Jodoh Kita

Edit Posted by with 2 comments




10 Petanda Dialah Jodoh Kita.

1. Bersahaja.

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur.

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai.

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati.

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Keep Praying.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, Mudah mudahan dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.