Sunday 29 March 2015

Turun Berat Badan Dengan Air Kosong.

Edit Posted by with 3 comments

Air kosong adalah elemen sangat penting dalam proses 
untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang 
banyak setiap hari, kita dapat mengurangkan berat badan 
dengan mudah & murah tanpa memerlukan bantuan 
supplement atau pembedahan. Hehehehe.

Kelebihan minum air kosong:
  • Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurangan.
  • Buah pinggang dakan dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran lemak.
  • Mengurangkan masalah sembelit dan buasir.
  • Membantu pengaktifan organ dalaman.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah.
  • Dan banyakkkkk lagi...

Cara pengiraan jumlah air kosong yang perlu diminum mengikut berat badan:

Formula: ( 40 x berat badan dalam kg ) + 500mls.

Contoh berat badan Aiman, 75kg. 

Pengiraan: ( 40 x 75kg ) + 500mls : 3620mls.

*** Aiman perlu minum air sekurang-kurangnya 3620mls atau 3.62 liter air kosong sehari untuk seimabngkan keperluan harian dan membantu dalam mengurangkan berat badan.




Saturday 31 January 2015

Obses Cintaku

Edit Posted by with No comments

Cinta.. Setiap orang ada perasaan cinta. 
Tidak kira lah cinta untuk siapa tapi yang 
utama ialah cinta kepada Allah. 
Tipu lah bila orang cakap dia tiada cinta. 

Aku kira terlalu obses dengan cinta hati aku. 
Bukan apa, aku suka bermanja dengan dia sampai 
aku rasa aku ni jadi kebudak-budakan. Tidak matang!!! 
Bukan aku tidak cuba tapi sikap aku 
sendiri susah di latih

Aku pernah ternampak mesej orang lain a.k.a perempuan lain di henfon dia. 
Aku terus terang memang sangat sakit & kecewa bila orang yang 
kita sayang, cinta ada orang lain selain kita kan? 
Mula2 aku rasa mahu undur diri tapi aku 
sudah terlanjur sayang dia. Lama-kelamaan aku dapat 
terima selepas dia explained apa sebenarnya. 
Positif. Alhamdulillah.

Bila terlalu obses, aku jadi 'gerigau' ( ayat dia bagi aku.. ). 
Aku suka dapat perhatian, perhatian & perhatian. Bila dia diam & tiada 
mesej aku, mula lah aku buat provokasi sampai kami bergaduh tapi 
aku rasa cukup lah bila dia balas mesej aku walaupun dalam keadaan marah. 
Sekurang2nya dia nampak mesej aku. Aku tahu apa risiko aku selalu 
cari gaduh, mesti dia bosan tapi ...

Bukan sebab aku saja2 buat provokasi tapi aku sebenarnya 
RINDU dia yang amat. Bila aku rindu, aku Whatsapp dia tapi kadang tiada berbalas walaupun 'seen'. Ya lah kami cinta jarak jauh, komunikasi sangat penting. 
Ya, aku balik2 diberitahu dia sibuk tapi kadang aku merajuk 
bila masa untuk aku sangat terhad. Hurmmm, sibuk apa sampai 
kekasih sendiri ditiadakan masa. Nangisss..

Cara aku sayang orang lain, aku memang akan 
utamakan orang tu lebih dahulu berbanding benda lain. Bukan 
sebelum ni aku tidak pernah bercinta tapi aku set, setiap cinta yang 
datang cinta pertama aku. Ya, dia special bagi aku. 
Dia pertama & mudah2an 
cinta terakhir aku.


Soal kepercayaan, tipu kalau aku tiada terfikir dia mungkin ada orang 
lain sesekali. Aku segan meminta dengan dia sebab aku rasa tidak layak 
selepas aku balik2 cari gaduh tapi aku tidak 
sanggup kalau itu betul2 jadi tapi dalam perhubungan, 
kepercayaan sangat penting & aku akan 
selalu percaya dia.

Aku pernah & selalu cakap dengan dia, daripada 
terus begini lebih baik berpisah tapi terus terang aku sebenarnya 
tidak bersedia & tidak sanggup. Lain di mulut, lain di hati. 
"Ya Allah, kuatkan lah hati kami berdua"

Dalam tempoh yang begini, macam2 dugaan yang kami alami. 
Manis, pahit, tawa, nangis, gaduh.. Tidak kisahlah dia atau aku yang mulakan. 
Jika dia la jodoh aku.. "Kuatkan lah ikatan kami & kalau bukan, Allah pisahkan lah kami dengan cara yang baik. Tanpa ada dendam & aku tenang terima."

Kepada My Cinta Hati, sayang mau kita kekal 
sampai bila2 selagi kita ada jodoh yang ditentukan Allah. 
Sayang mengaku sayang memang selalu mulakan selisih faham, 
sayang MINTA MAAF & TERIMA KASIH 
sebab masih bersabar dengan sayang. 
Sayang minta maaf B..

I Love You until my last breath.

Friday 23 January 2015

Cerita Orang Kerja Malam. 2 Pak cik Berbeza.

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum & good morning korang semua...
Hari ni aku kerja syif malam, 2nd nite. Ngantuk juga lah tapi 
sudah tugas aku begini. Aku ingat lagi senior aku cakap 
dulu, "kalau tidak mahu penat jangan jadi nurse."
Pedas juga kena sebiji tapi bukan aku 
sorang yang kena lah. Hahaha.

Sementara siap kerja update semua2 yang perlu di update ni,
aku ambik kesempatan online free guna PC tempat 
kerja. Internet pun laju macam jet. 
Hahaha. Yessss...

Apa aku mau cerita ni aa..?
Ok, aku mau cerita pasal 2 orang pak cik berbeza 
ni lah. Pak cik Kassim ( bukan nama sebenar ok.. ) ni 
kena stroke, agak lama juga admit di wad kami ni.
Pak cik ni tiada apa yang berbeza dengan 
orang lain cuma hari tu aku nampak 
dia berusaha mengambil gelas minuman dia. Aku 
kesian pula tengok & aku tolong 
ambil kan sebab sebelah badan dia ni tidak 
dapat bergerak.

Siap pak cik tu minum, dia mengeluh 
anak2 dia sorang pun tidak datang tengok atau jaga dia sini. Pak cik tu 
tanya diri sendiri, "Apa dosa pak cik dengan anak2 pakcik..?"
Aku mampu cakap sabar saja lah dengan pak cik tu.
Menitis air mata tua si pak cik. Kesian aku 
tengok. Mudah2an kita bukan tergolong 
jadi anak2 begitu. Amin.

Beberapa hari kemudian dari hari tu aku syif malam. 
Time aku lalu bilik pesakit tu, aku nampak pak cik Edward 
( pun bukan nama sebenar )kesejukan. Selimut dia 
terbuka, aku datang tolong selimutkan dia. 
Pak cik tu terbangun & terus tanya aku, 
" Nurse, mummy saya ada datang? Dia cakap mau datang sini.." 
Aku terdiam juga, tiada jawapan sebab 
pak cik ni pun sudah berumur 80an. Kalau pun mama 
dia masih hidup, berapa umur mama dia? 
Aku diam.

Pak cik tu terus pejam mata &  tanya aku.. 
" Aik, mummy saya masih hidup ka? Mummy saya sudah tiada bah kan?" 
Dia nampak baru sedar yang mama dia sudah tiada. 
Pak cik ni diam & menitis juga air mata tua dia. Kesian, dia cakap 
dia rindu mama dia. Aku cakap la, anak2 pak cik kan ada.. 
Boleh teman kan pak cik. "Anak2 lain, mama lain"
Aku diam saja lah & suruh pak cik tu 
doa tuk mama dia. 

2 benda ni buat aku berfikir, bila anak2 tidak 
peduli mama bapa yang masih ada.. Bila sudah tiada, 
amacam lagi kita mau cari pengganti??? 
Ibu bapa bukan ada pengganti 
di mana2.

Fikir2 kan lah k...