Sunday 15 December 2013

Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam.

Edit Posted by with No comments



Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam.

Hukum Hudud telah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.


  • LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198


(1)  Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2)  Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


  • TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236


(1) Mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.


  • KHALWAT 196.


(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,


  • TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.


Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.


  • TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.


(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.


  • HUKUMAN ZINA 69.


(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).


  • HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR


BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) Dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) Dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
- Kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut.
- Kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun.

( Jadi, tiada kena potong sampai 4 kerat... )

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

Pengecualian :
- Pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman.
- Owner memang tidak menjaga keselamatan barang
- Pencuri bayar sikit, lepas tu lari.
- Benda curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
- Benda curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
- Pencuri curi dari penghutang yang tidak mahu bayar hutang pencuri.
- Keadaan memaksa : bencana alam, perang
- Bini curi dari suami atau sebaliknya ( kecurian dalam keluarga sendiri )

Untuk pengetahuan bersama :

*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…


Tuesday 3 December 2013

Novelis Triller No.1 Malaysia. Ramlee Awang Murshid.

Edit Posted by with 2 comments
 Wahhh, sangat rasa bertuah bila Novelis Triller No.1 Malaysia 
Ramlee Awang Murshid ( RAM )
datang di kedai buku Popular Center Point Sabah dan dapat 
berjumpa dengan beliau. Ini kali ke 2 dapat berjumpa 
dengan beliau. Pertama kali jumpa disini.

Bagi peminat novel RAM, berita baik untuk kita-kita.. 
Dalam bulan Januari 2014 novel terbaru Sunan 
akan di keluarkan. Novel ni kiranya episod pertama 
untuk novel siri Bagaikan Puteri. Menceritakan 
macamana Laksamana Sunan melarikan 
diri daripada Punggor selepas difitnah, mengenali 
Wali Sufi dan Ratna sendiri.

Sekarang juga pihak RAM dalam proses 
pembikinan filem pertama beliau yang di adaptasi dari 
novel Tombiruo sendiri. Sangat teruja kan.
Arghhhh.. Tidak sabar tunggu semua tu kan.
Yessss..

Ok, sini saya kongsi 
beberapa gambar semasa menunggu dan sesi 
autograf daripada RAM sendiri.






Keindahan Sabah Tanah Airku.

Edit Posted by with No comments
Pulau2 di Sabah.






Bandayara Kota Kinabalu


Suria Sabah Shopping Complex




1 Borneo Shopping Complex & Hotel
Kota Kinabalu International Airport



Monday 2 December 2013

Bukan Semua Sanggup Menjadi Jururawat.

Edit Posted by with No comments

Sedar tidak sedar, saya sudah hampir setahun bekerja sebagai JURURAWAT.  
Best kerja ni, macam2 ragam kita boleh jumpa tapi 
ada juga lah hal2 yang perlu kesabaran.
Sepanjang bekerja ni, saya kadang terfikir kenapalah saya 
memilih jururawat sebagai kerjaya saya. Bukan 
bermaksud saya tidak bersyukur tapi ada keadaan 
tertentu yang buat saya berfikir.

Memang semua boleh menjaga orang sakit tapi belum 
tentu semua boleh jadi jururawat. Saya 
kadang lucu dengan kerja jururawat ni. Apa tidaknya, 
kahak pesakit di minta, kencing d minta 
sampaikan najis pun di minta tapi itu la sebahagian tugas 
jururawat dan tugas dalam bidang medical. Tidak kira la setinggi 
pangkat dan sampai serendahnya.

Kahak pesakit diminta seawal pagi sebelum pesaki
berus gigi, hanya dibenarkan berkumur-kumur.
Bayangkan amacam keadaan kahak 
pesakit masa tu. Hahaha. Kencing 
ada kes tertentu yang perlu dikumpul 
dalam masa 24 jam.

Semasa jemaah Haji pulang ke Sabah tempoh hari,
saya juga terpilih untuk menjaga pesakit 
suspected Coronavirus. Tipu kalau 
saya tidak nervous semasa menjaga
pesakit itu tapi saya membawa tanggungjawab 
sebagai jururawat, saya kena redha dan 
sentiasa mengamalkan standard precaution dan 
untuk melindungi diri sendiri.

Itu lah yang saya maksudkan, 
bukan semua orang yang sanggup menjadi 
jururawat tapi saya tidak menyesal. 
Saya tetap berbangga menjadi 
seorang JURURAWAT. 
 

Thursday 28 November 2013

Lirik Lagu :: Masih Menyintainya. Papinka.

Edit Posted by with No comments



Masih Mencintainya { Papinka }

Jika teringat tentang dirimu,
Berlinang air mataku,
Ku rindu saat-saat bersamamu,
Kasih sayangmu padaku.

Kini kau bukan milikku,
Dan berakhir sudah cintaku,
Biarkan saja hatiku bicara,
Ku masih sayang padamu.

Aku selalu mendoakanmu,
Agar kau bahagia,
Bersama dirinya selamanya.

Mengapa mudahnya hatimu mendua,
Ku lapangkan dada walau aku terluka,
Semoga bahagia bersama dirinya,
Karena kau telah memilih dia.

Betapa sakitnya apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka,
Semoga ku bisa tuk melupakannya,
Karena ku masih mencintainya.

Kini kau bukan milikku,
Dan berakhir sudah cintaku,
Biarkan saja hatiku bicara,
Ku masih sayang padamu.

Aku selalu mendoakanmu,
Agar kau bahagia,
Bersama dirinya selamanya,
Wooo wooo...

Mengapa mudahnya hatimu mendua,
Ku lapangkan dada walau aku terluka,
Semoga bahagia bersama dirinya,
Karena kau telah memilih dia.

Betapa sakitnya apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka,
Semoga ku bisa tuk melupakannya,
Karena ku masih mencintainya.

10 Petanda Dialah Jodoh Kita

Edit Posted by with 2 comments




10 Petanda Dialah Jodoh Kita.

1. Bersahaja.

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur.

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai.

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati.

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Keep Praying.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, Mudah mudahan dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.