Sunday 29 August 2021

Perkembangan Suami Di PKRC Likas, Sabah.

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum.. 

Hari ni kita berbual lagi. Sorang2 dirumah ni, tidak tau apa mau dibuat. Jadi, menaip la apa2 cerita sambil2 tu mesej dengan suami.

Hari ni saya update daily vital sign suami saya la, masih dalam keadaan tahap normal & ramai doktor terus memantau keadaan pesakit yang kena kuarantin di PKRC Likas cuma suami saya mengadu kurang selera. Kerongkong macam dicucuk jarum tapi saya paksa juga makan supaya ada tenaga untuk sihat bagaikan juara!!! Hahahahaha.

Hari pertama, 1st dia sampai di PKRC Likas.

Vital sign hari ke 2.

Petang hari ke 2


Vital sign pagi tadi.

Syukur Alhamdulillah, perkembangan positif yang baik setiap hari. Berdebar juga tahap oksigen hari ke 2 tu tapi syukur naik balik 99%.



Saturday 28 August 2021

Covid19: Contact Rapat Suami & Keputusan Calitan RT-PCR

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selepas suami saya disahkan positif Covid19, saya pun dikira contact rapat. 26.08.2021 tu saya terus ke OSH untuk assessment dan memang kena kuarantin kendiri. Saya buat swab RT-PCR hari tu juga. Seram sebenarnya kena cucuk hidung ni, rasa dia macam air masuk hidung time berenang tu. Pedih sampai keluar air mata. Beberapa minit juga sakit tu baru hilang.

Selepas swab tu saya kena suruh jumpa dengan pihak Unit Kesihatan Awam dihospital tu juga untuk ambil Surat Kuarantin ANNEX 14b dengan gelang putih sekali. Staf sana tu senang bekerjasama, dia sempat bagi semangat. Sementara kuarantin ni, rehat la puas2. Hidup macam biasa, kena semangat & positif seja dia cakap. Jangan fikir banyak, ko rehat saja. Mudah2an tiada apa2 tu dia cakap lagi. Terima kasih.


Bila suami saya kena ambil ke PKRC Likas sahaja, saya terus kasi bersih semua kawasan rumah. Saya cuci tandas, kamar mandi semua dengan clorox. Saya mop lantai semua dengan clorox. Kain2 semua saya rendam dengan Dettol, mudah2an virus tu mati terus.  Sepanjang saya mula kuarantin sampailah sekarang, syukur saya tiada gejala atau lain2. Alhamdulillah.

Tepat 24 jam dari tempoh kemarin, saya minta tolong kawan, Farah check keputusan swab saya tu dari system hospital. Syukur Alhamdulillah, keputusan saya NEGATIF Covid19. Alhamdulillah. 

Tapi kena berjaga2 dan jangan terlalu gembira dulu sebab tempoh incubation lepas terdedah ialah 10-14 hari. Lepas 10 hari ni baru lah boleh tarik nafas sedikit sebab virus dalam badan sudah menurun kalau tidak bergejala.

Sekarang saya kena conjunctivitis pula. Gejala lain tiada tapi mata saya merah, kemungkinan kesan clorox yang terlampau pekat saya guna kemarin sampai bagi kesan allergic dengan mata saya. Tinggallah saya dirumah ni dengan mata bengkak, merah.

Mudah2an kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan. 

Aminnn.







Covid19 Dalam Keluarga

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum....

Ujian datang lagi, anak saudara saya lagi pula positif Covid19.  Abang saya 1 keluarga di Kundasang buat swab test sebagai contact rapat juga. Mudah2an keputusan swab keluarga abang saya semuanya negatif & dorang sihat selalu.


Selain tu, adik saya juga disahkan positif  Covid19 stage 2 lepas beberapa on off demam. Adik saya buat swab test di Hospital Pitas. Dia disuruh kuarantin sendiri dirumah. Mudah2an juga terus sihat dan bersemangat kuat lawan virus Covid19.

Abang saya lagi sorang pun kuarantin sebab jadi contact rapat dengan adik saya. Syukur abang saya lagi 1 sekeluarga terpelihara dari virus ni. 

Sebagai orang tua, mama, bapa & makcik saya orang paling risau bila dorang dengar kami dalam keadaan begini. Saya doa & berharap dorang sihat. Tiada langsung kena walau secalit virus Covid19. Saya sayang dorang.

Semalam saya call mama saya, lama kami berbual. Pelbagai tips dia suruh buat untuk boost immune. Gembira saya dapat berbual dengan mama saya masa2 sekarang ni. Bapa saya diam saja tapi saya tau dia pun risau. Petang tadi pula mak cik saya call. Dia pun bertanya khabar saya dan suami. Dorang risau dengan keadaan kami semua yang begini.

Mudah2an dengan penyakit ni jadi asbab dosa2 kita diampunkan Allah. Mudah2an ini menjadi penyebab kebaikan kita diambil kira. Jangan stress & terus semangat.

Ya Allah, peliharalah keluarga kami. Hilangkan la virus Covid19 ini dari muka bumiMu ya Allah.

Aminnn.

Suami Disahkan Positif Covid19 Part 2

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Hari ni suami saya bangun awal sebab pihak hospital telefon suruh bersedia untuk dorang bawa ke PKRC Likas. Dia nampak macam sedikit semangat banding kemarin, mungkin dapat semangat tambahan lepas call mama, bapa & adik-beradik dia. Mudah2an terus semangat positif.

Pagi ni dia cakap deria rasa & bau mula hilang. Selera makan kurang, hilang nikmat makan minum tapi saya paksa juga makan sebab nanti tiada tenaga. Barang2 keperluan dia saya packing. Belum ada pengalaman sama ada baju seluar semua kena sedia atau tidak untuk pesakit, saya kasi masuk saja beberapa helai baju, seluar & sabun semua dalam bag. Selain tu, saya pack sedia makanan ringan untuk dia, takut dia lapar disana, saya pun tidak dapat hantar sebab kuarantin juga. Hahahahaha. Biskut, keropok, bun semua la. Termasuk vitamin C. Semua saya sumbat dalam bag. Belum ada pengalaman apa keadaan disana.

Saya tambah nervous bila dia cakap dia sakit dada, tidak dapat duduk lama. Dada macam sempit, cepat2 saya suruh baring mengiring atau tiarap. Silap saya juga sebelum ni tiada Oxymeter sendiri, tidak dapat monitor paras oksigen dalam badan. Mudah2an tiada apa2.

Jam 11 lebih, pihak hospital datang ambil suami saya dengan full PPE.


Sampai di PKRC Likas, dorang kena check vital sign as baseline data. Syukur tahap oksigen masih tahap normal, 99%. Dia 'sebilik' dengan sorang MA yang juga positif. Ramai orang yang kena kuarantin disana dia cakap, mudah2an saja kes di Sabah menurun. Amin.


Rupanya baju & seluar ada kena sedia disana, tidak perlu risau bawa sedikit. Kalau saya tahu, saya pack sehelai saja tu. Takut kena contaminate dengan virus baru nanti. Mind set. Hehehehe. Syukur suami saya sudah di PKRC Likas, bukan gembira tapi sekurang2nya disana ada monitor untuk pantau keadaan dia & dia tidak kena hantar jauh sebab sebelum ni doktor klinik tu cakap mungkin dihantar di Kampus Intan atau Kota Belud.

Mr Suami, tolong kuat semangat. Jangan down, mesti sihat. Tiada teman berbual dirumah ni sementara u di PKRC tu. 

Bai.


Suami Disahkan Positif Covid19 | Part 1

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum..

Kita tiap hari dengar peningkatan kes Vovid19, belum ada tanda2 penurunan kes yang ketara. Saya bersimpati dengan pesakit dan keluarga pesakit Covid19 yang terpaksa berdepan dengan segala kemungkinan selepas dijangkiti Covid19. Bila dengar, hanya mampu simpati dan berdoa semoga dorang sembuh seperti sedia kala dan dijauhkan dari Covid19.

3 hari lalu suami saya demam, selesma dan batuk ringan. Saya risau tengok keadaan dia & suruh berehat dirumah. Sehari lepas tu masih on off demam dan selesma, kebetulan saya ada membeli Covid19 self test dan menyuruh dia buat test guna saliva dengan aksi geli bila nampak liur pekat. Hahahaha. Berdebar juga tunggu keputusan. 

Selang beberapa minit, mula2 nampak Negatif. Kami bersyukur negatif tapi dalam arahan test tu suruh tunggu 15minit. Tunggu punya tunggu, nampak line naik 2 garis. Kami terdiam & cepat2 suruh suami saya bersiap untuk ke klinik buat confirmation. Dalam fikiran macam2 terbayang. Mudah2an saja kit test tu silap. Mudah2an saja keputusan confirmation RTK-PCR negatif. Amin.


Saya pun terus call Boss untuk bagitau keadaan tu sebab saya sudah dikira sebagai Contact rapat, dia suruh ke OSH untuk buat assessment. Cepat2 saya bersiap & laju ke OSH tapi oleh sebab masa tu jam 12 lebih, unit OSH tutup. Terpaksa tunggu jam 2 nanti.

Suami saya kena swab & tunggu keputusan confirmation. Beberapa orang yang datang & termasuk dia disuruh buat XRay dada untuk penilaian juga sekiranya sah positif dan kebetulan dia bergejala. Berita yang saya tidak mahu dengar bila suami saya memang disahkan POSITIF Covid19. Ya Allah. Nangis saya dengar tu, lebih2 lagi bila suami saya cakap doktor cakap dia stage 3. Mudah2an dijauhkan dari apa2 kemungkinan yang tidak baik. Saya dalam tu suruh dia bertenang dan jangan stress tapi saya 
sendiri rasa down.


Saya pula, jam 2 lebih tu terus ke OSH, bila Doktor buat assessment, saya pun disuruh kuarantin sendiri dirumah dan buat swab RTK-PCR sekali lagi. Hmmm.. Seram sebenarnya fikir kena swab cucuk hidung ni, sakit tapi sekarang memang tidak dapat elak sudah ni. Selepas kena swab, saya kena pakai gelang kuarantin. Next swab saya 3hb.9.2021. Doakan saya terus sihat aa..

Balik rumah, saya sama suami berbincang. Doktor cakap dia kena suruh ke PKRC Likas untuk kuarantin & monitor sebab dia bergejala. Dia saya suruh masuk dibilik untuk self-quarantine. Apa2 keperluan dia saya yang diluar sediakan. Kami buat video call saja, padahal kami terpisah dinding sahaja. Malam tu, suami saya minum ubat batuk sebab susah tidur. Saya standby kalau ada apa2 dia perlu. Handphone saya letak tepi dengan full volume, takut2 saya tidak dengar kalau dia call atau mesej time saya tidur. Hahahaha.

Saya nangis. 1001 perasaan sebab bila saya nampak macamana keadaan pesakit Covid19 yang admitted di wad, saya takut. Saya tidak mahu dia jadi macam tu. Saya mahu dia terus sihat. Saya risau tapi saya kena kuat semangat. Semua berserah kepada Allah. 

Ya Allah, sembuhkanlah Adam. Jauhkan lah kami semua dari Covid19.
KepadaMu tempat kami memohon.
Aminnnn.