Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Sunday, 24 August 2014

Kisah Aku Dan Maggi Mee Kari Goreng.



Hamboiii, tajuk.. Ngada2 kan. Hahahaha. Memang pun 
ada cerita aku dengan Maggi mee goreng ni. Pertama kali lah 
aku makan maggi mee goreng kedai mamak 
dengan sorang kawan. Sebelum ni aku tidak pernah 
order & terfikir tuk order juga.

Malam tu, pagi sebenarnya.. lepas kami lepak 
tengok movie Guardians of a Galaxy, kami sambung lepaking 
di kedai mamak pula. Laparrr katanya. Hahaha. Dia 
order Maggi mee goreng. Aku pula masih mamai 
fikir apa mau makan pagi2 buta tu.


Disebabkan mungkin muka aku pun blur, 
senyum2 tidak jadi.. Dia suggest aku Maggi mee 
goreng juga. Fikir2, aku pun tidak pernah makan.. 
Aku ok saja lah. Teringin juga merasa. Hehehe. Terfikir apa 
rasa mee sup tu dibuat mee goreng pula.

Bila sudah depan mata, aku makan 
ala2 makan pasta ( ..konon mau sopan santun ) 
lama2 pasta style aku hilang. Hahahaha. 
Hmmmm, sedap juga Maggi mee goreng ni aaa.. 
Aku buka eksen sebelum ni tidak pernah makan tau tapi 
memang pun ni lah 1st time aku makan 
Maggi mee kari sup dibuat mee goreng!!...

Pssttt Mr. Smith, mau bisik sikit bah... Terima kasih 
bagi saya pengalaman ni aa.. One of my sweetest memories, 
walaupun dengan Maggi mee goreng kari 
mata lembu. Hahaha. Terima kasih juga semua nasihat tu aa.. 
InsyaAllah I will be Wanita Besi & not to be 
Innocent girl anymore. Yeahhh.. 
Last but not least, len kali.. Ready jacket awal2. Kan2?

Thursday, 21 August 2014

Hukum Berkabung Dalam Islam.


 
Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah 
harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran 
dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 
Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak
 boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran 
upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam Islam, seseorang isteri yang kematian
 suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk
 menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. 
Namun, kesedihan itu tidak boleh 
berlebihan seperti terlalu meratap," katanya.

Beliau berkata mengikut Islam, amalan mengibarkan 
bendera separuh tiang berikutan kematian 
mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 
MH17 adalah harus selagi ia tidak bercanggah 
dengan ajaran Islam.

Wednesday, 13 August 2014

Abang Angkat. Terangkatkah tidak?


Kawan hairan bila aku cakap aku ada abang angkat. 
Dia tanya, abang angkat??? 
Ya, abang angkat aku cakap. Bagi dia istilah abang angkat ni sudah 
tidak wujud. Dulu2 mungkin ya sebab aku sendiri ada 2 orang 
abang angkat time sekolah & yang sedihnya 
seorang abang angkat aku sudah meninggal dunia 
beberapa bulan lalu. Sedih sangat.

Berbalik cerita aku tu. Abang angkat aku 
sekarang ni kebetulan jadi abang angkat aku. Tiada lah sampai terangkat
Mula2 tu kami ni cuma rakan kongsi bisnes, dia perlu 
bantuan modal bisnes & aku bersetuju. Nama dia aku bagi singkatan H.A.H saja la. 
Hahahaha. Dia panggil aku adik tapi lidah aku ni
 liat sikit panggil orang ni abang, nanti tidak pasal2 aku 
panggil orang tu pak cik. Hahahaha.

Jadi adik dia ni sudah hampir setahun & aku tiada masalah 
jadi adik dia. Isteri abang angkat aku ni pun aku sudah pernah jumpa, 
jadi automatik aku dapat kakak angkat pula. Kira 
pakej lah kan? Hehehe. 

Confusion.. Confusion.. Confusion..



Confusion.. Confusion.. Confusion..
Bila masa bekerja, sangat admire masa rehat. Dalam kepala, 
fikir semua tempat mau jalan. Bila sudah dapat 4 hari 
tidak bekerja, 1 tempat pun sangat malas 
mau jalan. Aduhaiiii lah hati.

Harap2 bila sudah masuk masa bekerja lusa ni, jangan 
lah menggatal mau ingat mana2 tempat best pula lah aaa.. Masa tu, 
semua permintaan hati tidak akan di layan 
sehingga sampai hari rehat yang sudah dtetapkan 
mengikut jadual!!! Arghhh...

Friday, 8 August 2014

I Love Medical Disipline.



Hari ni aku diam saja seharian di rumah, memanfaatkan 
masa2 rehat. Penat juga kerjaaa saja kan. 
Bila rehat-rehat ni, bosan juga pula. Hehehe. 
Teringat kerja di wad. Matcham2. 
Hehehe.

Di jadikan cerita, pagi tadi.. Tengah2 aku 
sarapan, kawan aku Whatsapp aku. Matron cari aku. 
Hahhhh, matron cari aku?!!! Apa kes? Apa ni? Ada kerja aku belum settle? 
Nervous juga. Tidak pasal2 dapat 'surat cinta' nanti. 
Oh, tidakkkkk..

Tanya punya tanya, rupanya 
Matron tanya aku minat ka tidak pindah Skin Ward. 
Fuhhhh, itu saja rupanya. Hmmm, terus aku berbelah bagi. Aku terima kah tidak. 
Fikir punya fikir.. Rasanya aku tolak lah. Terus terang, aku lebih 
minat wad Medical berbanding wad 
yang tertumpu 1 disiplin sahaja 
walaupun penat. Hehehe.

Sebelum ni pun aku dari Infectious Disease 
Ward tapi aku lama kelamaan sedikit 
bosan. Bagi aku, wad Medical 
menyeluruh. Aku dapat belajar macam2 & ada 
penjagaan yang berbeza, itu 
interesting bagi aku.

Last, kawan aku yang mungkin akan 
berpindah di wad baru tu. Hmmm, 
sedihnya. Kurang sorang geng karas di wad nanti. 
Kepada Waney, don't notty2 k.. 
Hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...