Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Tuesday, 26 June 2012

Hukum Patung Bawah Bumper


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan 
 anak patung di bawah bumper kereta. Sebenarnya meletakkan
 anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya 
roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. 

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, 
jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta.
Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai 
yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh 
orang mati dilanggar tidak menganggu 
kereta mereka.


Firman Allah SWT, mafhumnya:
Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. 
Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya
 kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat 
dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” 
( Riwayat Abu Daud ).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang
 usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat 
islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara 
seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah 
mensyirikkan Allah S.W.T..

Terima Kasih Blogger KORN ...


Hehehehhe. Aku bila check belog, aku mesti tengok part Cbox aku. Mana la tahu 
ada pengunjung datang melawat tapi start 23hb.6 tu kebanyakan pengunjung 
aku semua sebut2 KORN yang suruh datang. Kalau sorang tidak apa 
juga la kan tapi ni hampir semua yang datang. heran juga la. 
Apa kena mengena Korn dengan belog 
aku pula. Hahahhaha.


Lepas tu, cepat2 aku buat kaji selidik di blog Korn. Rupa2nya, Korn buat 
review follower dengan blog aku. Hummffff2, kembang kempis 
hidung sekejap. Hahahhahahaha. Walaupon bukan 
follower 777 dia. Rezeki la mungkin kan???
terima kasih juga dengan budu.siam666.


Korang apa lagi, cepat2 terjah blog Korn. Dia ni hensem tau, sama 
dengan blog dia.Hahahaha. Cepat2. Nanti korang sampaikan 
salam terima kasih aku dengan Korn ekkk ... xD
Thanxxxx Korn.
dia k ...



Saturday, 23 June 2012

Ucaplah Alhamdulillah ...


  • Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam.
  • Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.
  • Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .
  • Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.
  • Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. 
  • Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik...



Friday, 22 June 2012

Jack Spparrow Sebenarnya Muslim


Aksesori Bulan Bintang

Janggut & Serban Merah.
Original Jack Sparrow

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England. Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis.

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih

Thursday, 21 June 2012

Pengalaman Tart Telur


Yeahhhh2, hari ni buat pertama kalinya aku berjaya buat kuih tart telur. 
Hasilnya cantik & mungkin sedap juga la, malu pula aku 
mengaku. Nanti masuk bakul angkat sendiri pula. Hahahaha.
Tengah hari lagi aku sudah semangat tapi petang2 
baru sempat buat. Sekali adunan saja, aku 
dapat 25 biji. Hehehehehe ...

Adunan pastry dalam acuan.
Pastri di bakar

Tart sedia dibakar

Tadaaaaa ... Siap untuk dimakan.

Monday, 18 June 2012

Putus Asa Untuk Hidup



 Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji 
(dengan sesuatu cubaan)
{ Al Ankabuut 2 }

Tadi kawan call aku, dia ni sakit sudah 6 tahun. Terbaring, lumpuh.
Dia tetiba pula meluah perasaan yang dia ni sudah putus asa untuk hidup. 
Dia bercakap macam sudah tiada iman, tidak percaya qada' dan qadar Allah.
Dia cakap yang marahkan tuhan, kenapa seksa dia begitu lama. Aku sudah 
suruh dia bertenang & mengucap tapi dia tetap 
cakap mencarut bukan2

Aku sudah pujuk dia yang dia ni orang yang terpilih.
Allah 'anugerah' kan dia sakit yang macam tu
sebab dia mampu tuk hadapi ujian tu sebab dia ni jenis
yang periang walaupun terlantar baring saja tapi mungkin
hari ni dia tidak termampu menahan perasaan.

 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya 
diluar kemampuan hambaNya.
{ Al Baqarah 286 }

Betul la orang cakap,
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Korang ada kata2 semangat boleh share
supaya aku boleh kuatkan semangat
dia? Aku kesian dengan dia.



Sunday, 17 June 2012

Mayat Membaca Surah Yassin



Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. 
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser. 
Penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya

Friday, 15 June 2012

Tutorial Daftar Akaun SAYS


Hukkkk2, tersedak2 pula aku mau start 
turorial ni. Aku tidak sangka pula bersemangat 
macam ni buat julung2 kalinya bertutorial 
di blog aku ni. Yeahhhhh2.

Bagi sesapa yang belum daftar SAYS, sini aku ada buat tutorial 
amacam mau daftar. Memudahkan korang kan? SAYS ni sama juga dengan 
ChurpChurp atau Nuffnang tapi SAYS ni senang sikit buat duit 
berbanding 2 nama tu. Sekali orang klik saja, kita dapat RM 0.20.
Alaa, sikit2 lama2 jadi bukit la. Ya kann?

Langkah pertama, 
korang kena la daftar akaun dalam 
SAYS dulu. Korang picit saja


Langkah ke 2, 
akan keluar gambar macam ni.


Langkah ke 3, 
korang klik saja 'Create new account' tu & akan 
keluar popup window terapung dari fesbuk macam ni ...


Korang klik saja ikut anak panah tu tapi pastikan 
akaun fesbuk korang dah sign in time tu.

Langkah ke 4,


Part ni pula, korang kena create nama manja2 korang untuk 
unique link korang dan masukkan alamat email korang.
Bila tilik2 nama korang tu sudah siap, klik pada 
'Create my account' tu.

Langkah ke 5, 
lihat gambar korang yang comey2 kecik tu. Klik 
sebelah gambar tu & klik pada 'my profile' untuk edit 
profil korang dalam tu lebih details.


Langkah ke 6,
 bila semua sudah selesai ... Korang boleh la start buat duit 
dengan rajin2 promosi iklan macam di bawah ni. Bila 
SAYS announce sudah completed, iklan tu 
kita tidak boleh pakai lagi.

Rajin promosi iklan & ada geng yang klik, dapat la kita 
RM 0.20 per klik. Hehehehehe.


Aku rasa SAYS ni lebih 
cepat berbanding dengan Churpchurp atau Nuffnang tu. 
Tengok la, dalam 3 hari aku daftar Alhamdulillah 
aku dapat RM2.60. Tidak apa lah, sikit2 
lama2 jadi bukit. Aminnnnnnn ...

Sesapa rasa tutorial ni berguna, sila bagi 
kredit thumb up kepada 


Selamat mencuba & umum2 kan kepada geng2 korang 
yang lain arr ... (^_^)v








Thursday, 14 June 2012

Jom Exchance Banner.



Photobucket

Hye beautiful ladies & handsome men ... Aku rajin 
pula tambah kotak2 sidebar aku. Kali ni aku mau 
tambah exchance banner column. Meriah 
sikit warna warni blog aku ni. 
Kan2? 

Sesapa yang murah hati mau share banner korang tu 
di blog aku yang ni, hantar lapor diri saja sini. 
Hantar dalam kotak komen. 
Sementara aku rajin.
Heheheheh.

Kbai

** Psttt, jangan segan2 ambik banner aku juga la arrr ... 

Contest : Kami BFF(!)



Yahuuuuuuuuu ... Best join segmen ni. Share pasal 
BESTFRIEND FOREVER a.k.a BFF!!!
Sesapa yang teringin join juga, klik 
banner tuan segmen yang ohsem 
tu. Senangkan? Tarikh tutup 
belom di umumkan, 
join la cepat2.

Kenangan bersama BFF sukar dilupakan ...

3 mood berbeza. Hahahahaha.

I will miss you alls forever.

Say cheeseeee ... xD

Syarat2nya tuan segmen tetapkan kita follow
tuan blog & sponser sekali. Jangan 
lupa like page pesbuk juga.
Senangkan?

:: Buktinya ::
  • http://kisahemasputih90.blogspot.com ~ Dah lama follow awak. =)
  • http://qaleshyaumairah.blogspot.com ~ Follower 708.
  • Permata_Hati ~ Oledy done ( 106 Likes ).
  • Wahai Bakal Imam Ku, Aku Dilahirkan Untuk Menjadi Halal Buat Mu ~ Oledy done ( 357 Likes ).
:: Hadiah ::

1st : Topup RM30
2nd : Topup RM20
3rd : RM10


Tag Rakan ::



Wednesday, 13 June 2012

Jomm Menabung.


Terkenang2 pula aku time study
dulu kala, serba serbi perlukan duit. Makan
minum,  copy nota, copy soalan, print assignment 
bagai. Pendek kata "no money , no talk" tapi Alhamdulillah,
aku masih dapat menabung selama 3 tahun aku study tu. 
Korang ada? Sempat menabung?
Hehehehehe.

U ollz, sapa cakap time study tidak
dapat menabung? Try test la menabung, best 
wooo ... Hehehehe. Alaaa, sebenarnya aku ada
 tips amacam boleh kumpul duit aku yang cenonet ni ja.
Korang mau tahu amacam?

Time beli dompet tu, korang beli la dompet yang kecik comey2 
yang memang tidak best simpan duit syiling. Confirm lepas
tu korang bagi masuk syiling tu dalam tabung. Cuba try 
test ... Hehehehehe. Alaaa, korang tengok la tabung
 aku tu, botol mineral saja. Hahahahahaha.
Jimat kan??? Lagi best, kreatif kan?
Hohohoho ...


Agak2 berapa jumlah duit ni arrr ...???
Aku pun belom kira sebenarnya. Huhuhuhu.

Tuesday, 12 June 2012

" Segmen Pantas : Doodles Nama Saya"


Best2 ... 
Dapat doodles free lagi, korang minat juga?
Klik saja banner cute tu.

Nama : Atiqa
Warna Baju : Magenta (#FF00FF)
Warna Tudung : Dodgerblue (#1E90FF)

Puas Hati Ending 3 Janji ...



Waaaaa ... Terujanya aku tengok ending drama 3 Janji tadi.
Aku teriak sorang2 tengok bila last2 tu Yassin muncul.
Huhhh, melebih2 la pula kan tapi sudah aku happy, 
amcam mau control lagi kan. Hahahahaha. 
Jiwa kacau juga mula2 tu bila Yassin 
mengalah tapi akhirnyaa ... 
Muahhhhhh2 ...

Terrr emo2 pula tengok drama ni, sebelom ni aku 
jarang layan drama sebab malas mau tunggu 
tiap minggu tapi seyesss, drama ni aku 
ikut setiap minggu. Auwwww ...
~ Love it ~

Korang ada tengok???

Monday, 11 June 2012

Rezeki Gatal Tapak Tangan


Hye ... Hye ... Hyeee ...
U ollz mau dengar cerrr? Semalam aku tolong jaga kedai mak cik aku. 
Boring juga la bila tiada kawan berbual sebab dorang 
pegi kenduri arwah yang meninggal tu. 
Bisnes mak cik aku ni penginapan. 

Jadi, aku layan tv ja la di kaunter sambil 
hilang2 bosan dok sorang2 ni kan. Di jadi kan cerrrrr, 
tetiba pula tapak tangan
aku ni gatal. Kalau kiri, seram juga 
tapi ni kanan pula. 

Orang selalu kaitankan gatal tangan ni kita nasib baek dapat duit kan?
Dalam bosan2 tu, ada pelanggan masuk menginap.
 Kesian ja aku tengok dorang,
 pasangan suami isteri datang dari 
jauh tengah malam.

 Bila semua urusan bil semua selesai, 
tetiba pula si pak cik tu hulur aku RM12. Uikkk2, segan pula mau ambik. 
Aku punya la mati2 tolak duit tu, pak cik tu pun tetap mau bagi. 
Last2 bila pak cik tu cakap anggap sedekah, 
baru aku terima.

Alhamdulillah, rezeki masuk. Tidak sangka pula tengah2 
malam macam tu aku dapat duit. Bila aku sendiri balik tu, aku tidak 
rasa gatal tapak tangan lagi pun. Petanda aku dapat 
rezeki la mungkin tu kan?
Alhamdulillah.

Kenduri kahwin & Kematian.


Halluw2 ... 
Apa cerrrr geng laen2 ni? Lama juga la aku teda hupdet belog aku ni kan??? 
Bukan apa, sebelum2 ni aku sibuk seja pula. Kalah2 YB
Hahahhahaha. 2 minggu lalu kan cuti sekolah, 
ramai la pula sedara yang ambik kesempatan buat kenduri 
kawin ni.Meriahnya dorang tapi bila tengok orang
 kawin ni, aku sendiri pon macam tersemangat2 
saja kawin pula. Hohoho. Upzzz, gatalz pula. 
Hihihi. 



Selama 2 minggu cuti sekolah ni, 
keluarga aku dapat jemputan kenduri 6 pasang pengantin. 
Biasa la kalau dok kampung ni, semuanya boleh di anggap keluarga. 
Kita mesti juga pegi walaupon penat. 
Kalau tidak, siap la kena sembur2 dengan 
mak Joyah  dengan mak Jenah2.
Hahahahhaha.

Bila ramai yang buat kenduri kawin, 
kita happy2 ni, ada juga khabar2 orang meninggal. 
Di saat orang happy, ajal maut ni kita tidak boleh lupa juga. 
Hari tu, pengantin nikah semua orang dapat khabar 
saudara laen meninggal pula.


Sekarang, semua 6 pengantin tu selesai buat kenduri, 
3 sedara laen pula bersedih hilang ahli keluarga.
 Apa yang mampu aku buat, sedekahkan 
Al-Fatihah untuk kesejahteraan 
arwah di sana.




Wednesday, 6 June 2012

Mereka Yang Berbahagia ...





Mereka yang berbahagia adalah yang selalu ...
menyisihkan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah. 
Menyisihkan waktu untuk tertawa kerana ketawa itu bagaikan muzik di jiwanya.
Menyisihkan waktuuntuk berfikir kerana berfikir itu 
menambahkan kemajuannya.

Mereka yang berbahagia itu ada lah yang selalu ... 
Menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu akar kejayaannya.
Menyisihkan waktu untuk bergurau kerana gurau senda menambah cerianya dan 
menyisihkan waktu beribadat kerana ibadat itu 
adalah ketenangan jiwa.

Sunday, 3 June 2012

Jom Tambah Info


Halluw2 ... Jom2, baca info sini. 
Let's gooooo babehhh.
Waaaawieee ... ^_____^
  • Lebih kurang 0.7 peratus penduduk dunia mabuk setiap detik.
  • Purata manusia tidur sepanjang hidup ialah 24 jam.
  • Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali dalam setahun dalam keadaan hitam putih.
  • Sehari di Planet Pluto bersamaan 1 minggu dibumi.
  • Jika kita mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada di langit dengan kadar 1 saat, anda memerlukan masa 3,000 tahun untuk kira kesemuanya.
  • Lalat bergerak ke belakang ketika mula terbang.
  • Siput boleh tidur sehingga 3 tahun lamanya.
  • Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali dalam hidup yang mampu memenuhi 2 kolam renang.
  • Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada setiap orng, setiap manusia hanya mendapat 100 kaki persegi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...