Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Saturday, 29 June 2013

WhatsApp Bakal Diharamkan Di Arab Saudi Sebelum Ramadhan 2013.



DUBAI – Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menyekat atau melarang penggunaan aplikasi komunikasi WhatsApp dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sebuah akhbar tempatan memaklumkan, larangan itu akan dikuatkuasakan jika syarikat operator WhatsApp yang berpangkalan di Amerika Syarikat gagal memenuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) sebelum ini telah melarang penggunaan aplikasi Viber pada minggu lalu.



 Pihak berkuasa itu menjelaskan, aplikasi Viber dan Whatsapp didapati sukar dipantau.

Pada masa sama ia turut menjejaskan pendapatan syarikat telekomunikasi yang kehilangan banyak penggunaan panggilan dan SMS antarabangsa kerana kehadiran aplikasi terbabit.

Kerajaan Arab Saudi juga dijangka melaksanakan kawalan lebih ketat ke atas ruang siber dan Internet serta telefon pintar, sejajar dengan undang-undang ketat berkaitan percampuran antara rakyat.

“Kita telah berhubung dengan WhatsApp dan platform komunikasi yang serupa dengannya bagi meminta kerja sama mematuhi peraturan dan syarat telekomunikasi Arab Saudi.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang hasil yang diharapkan,” kata Ketua CITC Abdullah Al-Darrab kepada Arab News.

Abdullah berkata, operasi Viber telah dihalang minggu lalu kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan, dan WhatsApp serta Skype juga bakal berdepan tindakan sama.

Ditanya bilakah perkhidmatan WhastApp itu bakal disekat, beliau menegaskan kemungkinan besar ia bakal dilaksanakan sebelum ketibaan bulan Ramadan iaitu 9 Julai ini.

Pihak berkuasa pada Mac ada memaklumkan bahawa Viber, WhatsApp dan Skype telah melanggar undang-undang tempatan, namun ia tidak menyatakan apakah bentuk kesalahan yang telah dilakukan.

Media tempatan juga melaporkan bahawa tiga operator utama Arab Saudi iaitu Saudi Telecom Co, Etihad Etisalat (Mobily) dan Zain Saudi telah ditanya oleh CITC sama ada mereka boleh memantau dan menyekat aplikasi terbabit atau tidak.

CITC memaklumkan, kadar pemilik telefon bimbit pada akhir 2012 adalah sebanyak 188 peratus.

Pada masa sama, Arab Saudi memiliki 15.8 juta pelanggan Internet dan secara purata pengguna menonton tiga kali video di YouTube sehari.

Panggilan telefon dan SMS antarabangsa konvensional merupakan perniagaan menguntungkan operator telekomunikasi di Arab Saudi yang mempunyai sekitar sembilan juta pekerja asing.

Menurut penganalisis, mereka menggunakan aplikasi berasaskan Internet seperti Viber untuk berkomuniasi dengan saudara mereka di negara-negara lain.

Monday, 24 June 2013

Semoga Murah Rezeki. Amin.



Hai.. Hai.. Hai.. Good morning uolls.
Alhamdulillah, mudah-mudahan rezeki kita bertambah-tambah 
lagi hari ni. Amin. Hehehehe. Tidak lama bulan Ramadhan 
sudah kan. Korang semua sudah bayar puasa 
yang tahun lalu? Apa,belum?? Bagus cepat-cepat ganti 
sebelum 1 Ramadhan. Hehehe.

Hari ni aku kerja syif petang jadi sempat juga lah aku 
menghupdate blog aku ni. Bosan pula duduk2 
tiada apa mahu buat sementara tunggu 
jam kerja.OMG, hari ni job allocation aku 
tukang escort pesakit. Harap-harap pesakit aku 
yang boleh berjalan sendiri. Kalau kena 
pesakit on stretcher, 1 kerja pula 
tolak-tolak stretcher. 
Hilang ayu I. Hahahhaha.
Upssss..

Kadang best juga escort pesakit ni, boleh 'jalan-jalan' 
sementara keluar wad. Tukar-tukar angin.
Bukan ngular ok, aku tetap berkhidmat 
untuk negara taww. Hahahaha.
K lah, aku mahu iron uniform dulu 
lah. Jaga kesihatan k.





Sunday, 23 June 2013

Suami Gedik Atau Romantik. Pilihan Korang?





CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK.
1. Call isteri time waktu kerja sebab mahu cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri di dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk di sofa sambil tengok TV.
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga dengan isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut.

Friday, 21 June 2013

Rezeki Datang Bergolek.



Hoyeahhhh.. Aku dapat angpau sempena 
NURSES DAY. Jumlah aku belum tahu. Aku tidak sampai hati 
mahu buka. Biar jadi rahsia. Best juga bila dapat macam ni,
terasa berbaloi juga study berkobar2 
dahulu kala. Hehehe.

Hospital ni nanti buat Family Day 29hb.June.
Tidak tahu lah aku mahu join atau tidak. Segan juga 
bercampur dengan senior2 ni tapi kalau 
bukan sekarang,bila lagi. Kan3??

Setakat ni kerja aku sudah boleh "masuk" juga 
berbanding mula2 dulu. Zaman student dengan masuk 
alam pekerjaan ni bukan sama. Klu time kita 
student bila malas, boleh ngular kan. Sekarang 
minta maaf, No Excuse2. Nyawa 
pesakit lebih utama.

Aku BANGGA jadi JURURAWAT. 
K Bai.. 




Pembuka Kata Yang Tragik. Rugi Tidak Baca.



Haiiii.. Lama memang lama aku tiada update 
blog aku kan. Kadang-kadang rindu juga dengan benda 
ni tapi balik kerja saja,penat & sibuk.
Rezeki2. Alhamdulillah.
Amin.

Ok2, sekarang ni aku cuba untuk terus aktif menulis 
lagi. Aku cuba luangkan masa untuk buchuk2 
aku ni. Ala,tomey2. Lama juga aku 
tiada make up blog aku ni 
kan. Hehehehe.

Terima kasih juga untuk siapa yang masih sudi 
singgah di blog aku ni. Jasa kamu sentiasa
 di hargai. Hehehehe. 
God bless uolls.

Lepas ni kita akan bercerita lebih 
panjang & akan bergurau senda. Hahahaha.
Janji terus setia dengan blog 
aku ok?? Thanxxx.

~ Love uolls owez ~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...