Friday 10 September 2021

Lapor Diri Di Covid Assessment Centre ILP Sepanggar

Edit Posted by with No comments

 Assalamualaikum..

Selepas 5 hari saya sah positif Covid19 & home quarantine sahaja baru lah saya kena call dari pihak CAC (Covid Assessment Centre). Pihak CAC call tanya khabar & tanya sama ada saya sudah pernah hadir di CAC atau tidak sebelum ni. Saya memang belum pernah hadir dimana2 CAC sebab tiada arahan sebelum ni. Oleh sebab begitu, saya diarahkan untuk hadir di CAC Sepanggar untuk penilaian.


Pagi 08.09.2021 saya hadir di Institut Latihan Perindustrian Sepanggar untuk penilaian. Appointment jam 9.30 pagi tapi saya hadir awal, takut nanti ramai orang pula. Sampai sana, masih belum ramai orang. Kami kena bagi borang penilaian. prestasi. Prestasi la sangat. Hahahahaha.






 Lepas jumpa dengan doktor, dia suruh buat Xray dada. 1st time juga saya tau ada Radiology bergerak. Ingatkan dorang set up 1 bilik tempat Xray, rupanya dalam bas sudah disediakan untuk Jabatan Pengimejan.


Dalam bas ni lah kena set up untuk Xray dada sahaja.


Oleh sebab dalam bas & kami ni yang positif Covid19, tiada lah baju yang macam baju sebenar untuk Xray tu. Kami kena bagi plastik ni sahaja tapi berbentuk baju semasa proses Xray. Pengalaman juga kan. Hehehehe.

Last penilaian saya selepas Xray tu mungkin ok juga lah sebab doktor cakap ok dan teruskan home quarantine tapi sebelum tu doktor tu ada juga macam sangsi tengok Xray dada saya tu tapi lepas berbincang dengan doktor lagi sorang tu, mungkin saja semuanya ok.

Saya bertanya juga dengan staf sana, CAC Sepanggar sampai mana kawasan dorang cover sebab dalam fikiran saya, tak kan lah pesakit dari Putatan pun datang Sepanggar untuk penilaian. Mungkin Putatan ada CAC sendiri kononnya dalam fikiran saya. Namun staf sana cakap memang ada pesakit Covid19 dari Putatan datang sana juga sebab CAC Sepanggar tu merangkumi semua kawasan Kota Kinabalu. Hmmmm, kesian juga lah kan kalau keluarga pesakit yang kurang berkemampuan dari semua keadaan. Dorang mesti tidak mampu untuk sewa kenderaan atau semua untuk sampai di Sepanggar tapi mungkin juga pihak KKM ada menyediakan kenderaan tapi ada kah???


0 Comments: