Saturday, 28 August 2021

Suami Disahkan Positif Covid19 | Part 1

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum..

Kita tiap hari dengar peningkatan kes Vovid19, belum ada tanda2 penurunan kes yang ketara. Saya bersimpati dengan pesakit dan keluarga pesakit Covid19 yang terpaksa berdepan dengan segala kemungkinan selepas dijangkiti Covid19. Bila dengar, hanya mampu simpati dan berdoa semoga dorang sembuh seperti sedia kala dan dijauhkan dari Covid19.

3 hari lalu suami saya demam, selesma dan batuk ringan. Saya risau tengok keadaan dia & suruh berehat dirumah. Sehari lepas tu masih on off demam dan selesma, kebetulan saya ada membeli Covid19 self test dan menyuruh dia buat test guna saliva dengan aksi geli bila nampak liur pekat. Hahahaha. Berdebar juga tunggu keputusan. 

Selang beberapa minit, mula2 nampak Negatif. Kami bersyukur negatif tapi dalam arahan test tu suruh tunggu 15minit. Tunggu punya tunggu, nampak line naik 2 garis. Kami terdiam & cepat2 suruh suami saya bersiap untuk ke klinik buat confirmation. Dalam fikiran macam2 terbayang. Mudah2an saja kit test tu silap. Mudah2an saja keputusan confirmation RTK-PCR negatif. Amin.


Saya pun terus call Boss untuk bagitau keadaan tu sebab saya sudah dikira sebagai Contact rapat, dia suruh ke OSH untuk buat assessment. Cepat2 saya bersiap & laju ke OSH tapi oleh sebab masa tu jam 12 lebih, unit OSH tutup. Terpaksa tunggu jam 2 nanti.

Suami saya kena swab & tunggu keputusan confirmation. Beberapa orang yang datang & termasuk dia disuruh buat XRay dada untuk penilaian juga sekiranya sah positif dan kebetulan dia bergejala. Berita yang saya tidak mahu dengar bila suami saya memang disahkan POSITIF Covid19. Ya Allah. Nangis saya dengar tu, lebih2 lagi bila suami saya cakap doktor cakap dia stage 3. Mudah2an dijauhkan dari apa2 kemungkinan yang tidak baik. Saya dalam tu suruh dia bertenang dan jangan stress tapi saya 
sendiri rasa down.


Saya pula, jam 2 lebih tu terus ke OSH, bila Doktor buat assessment, saya pun disuruh kuarantin sendiri dirumah dan buat swab RTK-PCR sekali lagi. Hmmm.. Seram sebenarnya fikir kena swab cucuk hidung ni, sakit tapi sekarang memang tidak dapat elak sudah ni. Selepas kena swab, saya kena pakai gelang kuarantin. Next swab saya 3hb.9.2021. Doakan saya terus sihat aa..

Balik rumah, saya sama suami berbincang. Doktor cakap dia kena suruh ke PKRC Likas untuk kuarantin & monitor sebab dia bergejala. Dia saya suruh masuk dibilik untuk self-quarantine. Apa2 keperluan dia saya yang diluar sediakan. Kami buat video call saja, padahal kami terpisah dinding sahaja. Malam tu, suami saya minum ubat batuk sebab susah tidur. Saya standby kalau ada apa2 dia perlu. Handphone saya letak tepi dengan full volume, takut2 saya tidak dengar kalau dia call atau mesej time saya tidur. Hahahaha.

Saya nangis. 1001 perasaan sebab bila saya nampak macamana keadaan pesakit Covid19 yang admitted di wad, saya takut. Saya tidak mahu dia jadi macam tu. Saya mahu dia terus sihat. Saya risau tapi saya kena kuat semangat. Semua berserah kepada Allah. 

Ya Allah, sembuhkanlah Adam. Jauhkan lah kami semua dari Covid19.
KepadaMu tempat kami memohon.
Aminnnn.

Saturday, 8 February 2020

Aku Sorang Blogger & Vlogger.

Edit Posted by with No comments
Haiiii...

Korang tau, selain Blog ni aku ada akaun Youtube, maknanya selain aku ni sorang Blogger... Aku sorang Vlogger di Youtube juga konon2nya, (cari Atiqa Wahid ).
Jadi selain memang nama ku, Atiqa Wahid ni sudah lama dijenamakan. Cewahhhh... Hahahaha. Atiqa Wahid's brand gitchuuu.

Dulu2 bah ni, mengisi masa lapang yang sangat lapang. Time aku buat akaun Youtube tu, aku langsung tidak tahu yang jadi sorang Youtuber tu boleh jana income tapi lama2 ada juga dengar2 boleh buat duit tapi aku tidak tahu proses dia amacam time tu.


Syarat untuk boleh menjana income melalui Youtube ni, 
korang mesti ada akaun Youtube, (mesti la kan, Huhhhh...) Then, akaun korang tu mesti ada 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan dari mana2 video korang tu. 
Jam aaa.. Bukan minit!!! 

Dengar macam susah tapi ramai juga Youtuber yang berjaya dapat capai syarat 
tu lebih cepat kalau upload video consistant dan menarik. Akaun aku pun mula2 memang merangkak juga la. Bayangkan, aku mula akaun aku tu since Mac 2011. Waktu tu kami praktikal di HDOK, bosan di rumah sewa tu. Aku godek2 buat akaun. Hahaha. Tahun lalu aku tengok, subscriber aku
 baru 2506 orang tapi view aku sudah dapat 7092 jam juga la.
Sekarang, syukurrr.. 
subscriber aku naik 4826 orang & 10k jam tontonan. Lupa angka sebenar.



Lepas syarat tu lepas, korang barulah boleh request untuk Monetise akaun korang tu 
tapi sebelum tu pastikan video2 yang kamu upload masuk Youtube tu tiada ambil lagu2 
atau re-upload video orang lain sebab Youtube akan tapis setapis2nya. 

Bila ada lagu orang lain kamu re-upload dan kena claim.. Confirm kena tendang 
permohonan kamu mentah2. Hahaha. Bayangkan lah kan, kamu sudah tunggu hampir 
sebulan untuk request monetise sekalinya kena reject. Bukan sekadar lagu aaa... Termasuk music yang biar beberapa saat sahaja!!! (Tapis habis2an siaaa bilang tadi tu kannnn....)

Email ambil music hak cipta orang lain.

Sama, hak cipta orang lain.

Terpaksalah kamu edit lagi mana2 video yang kena reject tu & request balik. 
Pastikan sebelum kamu request balik tu, mana2 lagu yang kena claimed by owner tu 
kamu sudah mute atau delete. 

Cerita pasal delete video yang kena claim tu... Jangan risau sebab bila kamu 
sudah delete pun, view kamu tidak akan kurang. Bukan apa, ada orang 
risau mau delete, nanti view jam dia kurang konon. Ndaaaa juga berkurang tu... 
Sebab mana kamu mau, tidak dapat monetise atau boleh dapat income??? 
Tapi ikut juga lah, kadang ada yang buat akaun Youtube sekadar suka2. 
Oh, tapi ada 1 cara... Kalau kamu sayang juga mau delete kan... 
Kamu boleh kasih mute tu video kamu, macam aku buat.

Bah, nanti aku cerita lagi apa aku buat selepas  dapat email ni aa... 
Masa nda mengizinkan sekarang. 
Got to go.
Bye.




Friday, 7 February 2020

Dua Perkara: Jangan Diceritakan Kepada Orang Lain

Edit Posted by with No comments




Nescaya akan ada yang dengki.

Dan kau pun tak puas hati, kenapa pula orang nak dengki?

Sebab dua perkara ini adalah sangat berkait rapat.

Sifirnya begini:

❌ Tak ada kasih sayang
❌ Tak ada duit
= Orang tak akan pedulikan kau

✅ Ada kasih sayang
❌ Tak ada duit
= Orang akan cemburu sebab ada orang sayang kau

❌ Tak ada kasih sayang
✅ Ada duit
= Orang akan cemburu sebab kau ada duit

✅ Ada kasih sayang
✅ Ada duit
= Lagi ramai akan cemburu tengok kau

KASIH SAYANG
=============

Tak semua orang dapat kasih sayang di dunia ini. Kalau kau tunjuk betapa romantiknya pasangan kau, betapa bahagianya keluarga kau, mak mertua kau baik - ia bakal mengunding persepsi negatif.

Bukan nak kata kau tak boleh cerita. Cuma bila ia diceritakan secara keterlaluan dan selalu sangat dengar, orang tak akan peduli.

Lebih teruk lagi, orang akan mula rasa benci.

DUIT
=======

Tak semua orang berduit di dunia ini. Kalau kau tunjuk betapa banyaknya duit kau, betapa besarnya gaji kau, dan betapa mewahnya kau berbelanja di sana sini - ia juga bakal mengundang persepsi negatif.

Bukan nak kata kau tak boleh tunjuk langsung. Cuma janganlah kau tunjuk kau kaya secara keterlaluan dan buat orang menyampah.

Pasti, orang akan benci.

HABIS, APA AKU PERLU BUAT
======================

Bersederhana sahaja. 

Walaupun kau ada kedua-duanya (kasih sayang dan duit), simpan-simpanlah.

Tak perlu nak menunjuk-nunjuk.

Cukup antara kau dengan pasangan kau tahu.

AKU NAK CERITA DENGAN SIAPA?
=========================

Simple.

Kalau kau tak boleh nak cerita dengan manusia, ceritalah pada Allah.

1) Kalau kau tak ada kasih sayang, dan tak ada duit: 

Berceritalah pada Allah. Mohon ampun dan mohon Allah berikan kekuatan pada kau untuk mengharungi hidup ini. Allah dengar rintihan kau.

2) Kalau kau ada kasih sayang, tapi tak ada duit: 

Bersyukurlah pada Allah sebab beri kau kasih sayang. Dalam masa yang sama berdoalah agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup kau.

3) Kalau kau tak ada kasih sayang, tapi ada duit:

Bersyukurlah pada Allah sebab beri kau sedikit nikmat kekayaan. Dalam masa yang sama, berdoalah agar kau juga dikurniakan kasih sayang. Mohon pada Allah, kau juga rasa ingin menyayangi.

4) Kalau kau ada kasih sayang, dan ada duit

Bersyukurlah pada Allah sebab kau adalah antara golongan yang beruntung di dunia ini. Kau ada kesemuanya. Kau kaya jiwa dan kaya harta. Lebih banyak kau bersyukur, lebih banyak Allah akan beri rezeki. Cuma kau janganlah bersifat memandang rendah pada orang lain.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Facebook

Monday, 3 February 2020

Liridon Krasniqi Warganegara Malaysia

Edit Posted by with No comments
Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai Mat Don, 
seorang pemain JDT sekarang berstatus warganegara Malaysia dan Liridon 
menerima MyKad beliau pada hari ini. 
Beliau juga bakal menyarung jersi Harimau Malaya. 


Liridon lahir di Vitina Kosovo ini lahir pada 1. Januari 1992 dan beragama Islam.
Berketinggian 1.88 meter ini bermain di posisi midfiled.
Sebelum berpindah ke JDT, Liridon pernah bermain 3 musim bersama pasukan Kedah pada tahun 2015-2018. Pada tahun 2019, Liridon berpindah ke Melaka United dan pada tahun ini, Liridon menyarung jersi JDT.


Sunday, 2 February 2020

Sajad Mencabar Kuasa Tuhan?

Edit Posted by with No comments
Astaghfirullah...

Sajjad menunaikan ibadah Umrah???
Alhamdulillah, niatnya bagus tapi apa yang menjadi masalah ialah Sajjad menggunakan pakaian muslimah dihadapan Kaabah Rumah Allah. Berani sangat Sajjad mencabar Allah.
Susah untuk aku berfikiran positif, mana logiknya tindakan si Sajjad.

Sajjad bukan terlepas begitu sahaja, buat pengetahuan korang... Sajjad guna jubah/ kurta semasa di KLIA. Bukan Sajjad sorang aa.. 2 orang kawan2nya yang sejenis tu pun ikut sama. Cannot brain laa.. Amacam ibu bapa Sajjad boleh biarkan saja tindakan Sajjad? Adakah ibu bapa dia tu lebih fikirkan kemewahan anak dorang ka aa...???


Gambar Sajjad di KLIA. Berkurta.
Bertelekung
Bersama ibu bapa dan anak2 angkatnya.
 Netizen mula bising dan marah dengan tindakan Sajjad, seolah2 mencabar kuasa Allah menunaikan Umrah tanpa rasa bersalah dengan berpakaian muslimah. Salah sorang netizen sudah membuat laporan kepada Kerajaan Arab Saudi. 


Laporan ke Kerajaan Arab Saudi

Jawapan Agensi Travel Umrah
Agensi travel Umrah sepatutnya lebih tegas dalam isu2 sebegini. Memang Sajad mungkin mendaftar sebagai lelaki tetapi agensi tu kan boleh nampak apa tingkah laku Sajjad di Tanah Suci??? Dorang nampak Sajjad bertelekung di sana, kenapa tidak tegur? Kenapa Sajjad ni terlalu kebal dengan mana2 tindakan??? 
Adakah sebab mulut ditutup dengan duit???

Mudah2an apa2 tindakan menjadi pengajaran. 
Berfikir sebelum membuat apa2 keputusan.


Blog Berwajah Baru

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum...
Siapa pernah datang blog aku mesti perasan blog aku sudah bertukar kulit kan. Kalau tidak perasan, minta maaf lah. Hehehehe.

Semalam aku godek2 blog aku, nampak blog orang lain cantik2, aku cuba tukar. sekalinyaaaa, aku tersilap tekan... Terus rosak. Nasib lah content aku tidak hilang.
Syukurrrr...

Lepas tu, aku bertenang & tarik nafas panjang2.
Aku cuba pelan2 buat mana yang aku faham. Akhirnya jadi juga la kulit baru aku ni. Rasanya lagi fresh & tidak serabut tapi sedihnya, hasil aku bermain kod blog dulu2 & semua yang aku kerja keras dulu hilang. Sedihhhh...

Apa2 pun, syukur semua content aku tidak hilang. Kenangan tu masih ada orang cakap. Hahahaha. Bukan kenangan apa pun, saja.. Boleh tengok2 penulisan aku dulu2. Hehehe.
Ok, terus support blog aku aa...
Terima kasih.




Friday, 30 August 2019

Semangat Berkobar-kobar..

Edit Posted by with No comments
Hai.. hai... Salam Jumaat.
Lama aku tinggalkan blog aku ni. Sunyi jaaa.. Hahahaha. 
Sekarang aku nekad aktif balik jadi sorang blogger yang maju jaya. Hahahaha.

Kenapa aku semangat balik??? 
Sebab aku ada geng push aku, geng 1 tempat kerja. 
Lepas lama kasi tinggal dunia blogger & Youtuber kecil-kecilan.. rupanya banyak 
benda baru di wujudkan. Terpaksa dia ajar aku. Thanxxx Bro.
Nanti, dalam sehari aku update blog aku ni. Babaiii...

Bila korang senang-senang, lawat la channel Youtube aku juga aa..
klik sini untuk direct ke channel aku.
Oooo ya.. korang pun boleh tengok-tengok channel 
kawan aku tu juga.. tekan sini. Lagi banyak video dia upload 
banding aku. Hahahaha. 

Oooooo ya, lupa... Jangan lupa Subscrice channel aku aa.. 
Dengan kawan aku sekali lah. 



Cara Tamatkan Perkhidmatan Celcom First Gold

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum..

Hai.. Saya ni pengguna internet yang sangat aktif.
Sorang kawan suggest saya untuk apply 
Wowww, sound good. Besoknya juga saya g branch 
Celcom yang terdekat. Excited. 
Dalam beberapa jam saja, service Celcom 
bertukar g postpaid.



Best la guna pakej ni sebab saya sesuka hati 
surf internet tapi saya akan membebel bila kuota saya habis.
Hahahahaha. En. Suami akan bising bila saya sudah mula membebel.