Friday, 7 February 2020

Dua Perkara: Jangan Diceritakan Kepada Orang Lain

Edit Posted by with No comments




Nescaya akan ada yang dengki.

Dan kau pun tak puas hati, kenapa pula orang nak dengki?

Sebab dua perkara ini adalah sangat berkait rapat.

Sifirnya begini:

❌ Tak ada kasih sayang
❌ Tak ada duit
= Orang tak akan pedulikan kau

✅ Ada kasih sayang
❌ Tak ada duit
= Orang akan cemburu sebab ada orang sayang kau

❌ Tak ada kasih sayang
✅ Ada duit
= Orang akan cemburu sebab kau ada duit

✅ Ada kasih sayang
✅ Ada duit
= Lagi ramai akan cemburu tengok kau

KASIH SAYANG
=============

Tak semua orang dapat kasih sayang di dunia ini. Kalau kau tunjuk betapa romantiknya pasangan kau, betapa bahagianya keluarga kau, mak mertua kau baik - ia bakal mengunding persepsi negatif.

Bukan nak kata kau tak boleh cerita. Cuma bila ia diceritakan secara keterlaluan dan selalu sangat dengar, orang tak akan peduli.

Lebih teruk lagi, orang akan mula rasa benci.

DUIT
=======

Tak semua orang berduit di dunia ini. Kalau kau tunjuk betapa banyaknya duit kau, betapa besarnya gaji kau, dan betapa mewahnya kau berbelanja di sana sini - ia juga bakal mengundang persepsi negatif.

Bukan nak kata kau tak boleh tunjuk langsung. Cuma janganlah kau tunjuk kau kaya secara keterlaluan dan buat orang menyampah.

Pasti, orang akan benci.

HABIS, APA AKU PERLU BUAT
======================

Bersederhana sahaja. 

Walaupun kau ada kedua-duanya (kasih sayang dan duit), simpan-simpanlah.

Tak perlu nak menunjuk-nunjuk.

Cukup antara kau dengan pasangan kau tahu.

AKU NAK CERITA DENGAN SIAPA?
=========================

Simple.

Kalau kau tak boleh nak cerita dengan manusia, ceritalah pada Allah.

1) Kalau kau tak ada kasih sayang, dan tak ada duit: 

Berceritalah pada Allah. Mohon ampun dan mohon Allah berikan kekuatan pada kau untuk mengharungi hidup ini. Allah dengar rintihan kau.

2) Kalau kau ada kasih sayang, tapi tak ada duit: 

Bersyukurlah pada Allah sebab beri kau kasih sayang. Dalam masa yang sama berdoalah agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup kau.

3) Kalau kau tak ada kasih sayang, tapi ada duit:

Bersyukurlah pada Allah sebab beri kau sedikit nikmat kekayaan. Dalam masa yang sama, berdoalah agar kau juga dikurniakan kasih sayang. Mohon pada Allah, kau juga rasa ingin menyayangi.

4) Kalau kau ada kasih sayang, dan ada duit

Bersyukurlah pada Allah sebab kau adalah antara golongan yang beruntung di dunia ini. Kau ada kesemuanya. Kau kaya jiwa dan kaya harta. Lebih banyak kau bersyukur, lebih banyak Allah akan beri rezeki. Cuma kau janganlah bersifat memandang rendah pada orang lain.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Facebook

0 Comments: