Friday 23 January 2015

Cerita Orang Kerja Malam. 2 Pak cik Berbeza.

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum & good morning korang semua...
Hari ni aku kerja syif malam, 2nd nite. Ngantuk juga lah tapi 
sudah tugas aku begini. Aku ingat lagi senior aku cakap 
dulu, "kalau tidak mahu penat jangan jadi nurse."
Pedas juga kena sebiji tapi bukan aku 
sorang yang kena lah. Hahaha.

Sementara siap kerja update semua2 yang perlu di update ni,
aku ambik kesempatan online free guna PC tempat 
kerja. Internet pun laju macam jet. 
Hahaha. Yessss...

Apa aku mau cerita ni aa..?
Ok, aku mau cerita pasal 2 orang pak cik berbeza 
ni lah. Pak cik Kassim ( bukan nama sebenar ok.. ) ni 
kena stroke, agak lama juga admit di wad kami ni.
Pak cik ni tiada apa yang berbeza dengan 
orang lain cuma hari tu aku nampak 
dia berusaha mengambil gelas minuman dia. Aku 
kesian pula tengok & aku tolong 
ambil kan sebab sebelah badan dia ni tidak 
dapat bergerak.

Siap pak cik tu minum, dia mengeluh 
anak2 dia sorang pun tidak datang tengok atau jaga dia sini. Pak cik tu 
tanya diri sendiri, "Apa dosa pak cik dengan anak2 pakcik..?"
Aku mampu cakap sabar saja lah dengan pak cik tu.
Menitis air mata tua si pak cik. Kesian aku 
tengok. Mudah2an kita bukan tergolong 
jadi anak2 begitu. Amin.

Beberapa hari kemudian dari hari tu aku syif malam. 
Time aku lalu bilik pesakit tu, aku nampak pak cik Edward 
( pun bukan nama sebenar )kesejukan. Selimut dia 
terbuka, aku datang tolong selimutkan dia. 
Pak cik tu terbangun & terus tanya aku, 
" Nurse, mummy saya ada datang? Dia cakap mau datang sini.." 
Aku terdiam juga, tiada jawapan sebab 
pak cik ni pun sudah berumur 80an. Kalau pun mama 
dia masih hidup, berapa umur mama dia? 
Aku diam.

Pak cik tu terus pejam mata &  tanya aku.. 
" Aik, mummy saya masih hidup ka? Mummy saya sudah tiada bah kan?" 
Dia nampak baru sedar yang mama dia sudah tiada. 
Pak cik ni diam & menitis juga air mata tua dia. Kesian, dia cakap 
dia rindu mama dia. Aku cakap la, anak2 pak cik kan ada.. 
Boleh teman kan pak cik. "Anak2 lain, mama lain"
Aku diam saja lah & suruh pak cik tu 
doa tuk mama dia. 

2 benda ni buat aku berfikir, bila anak2 tidak 
peduli mama bapa yang masih ada.. Bila sudah tiada, 
amacam lagi kita mau cari pengganti??? 
Ibu bapa bukan ada pengganti 
di mana2.

Fikir2 kan lah k...



0 Comments: