Cinta.. Setiap orang ada perasaan cinta.
Tidak kira lah cinta untuk siapa tapi yang
utama ialah cinta kepada Allah.
Tipu lah bila orang cakap dia tiada cinta.
Aku kira terlalu obses dengan cinta hati aku.
Bukan apa, aku suka bermanja dengan dia sampai
aku rasa aku ni jadi kebudak-budakan. Tidak matang!!!
Bukan aku tidak cuba tapi sikap aku
sendiri susah di latih
Aku pernah ternampak mesej orang lain a.k.a perempuan lain di henfon dia.
Aku terus terang memang sangat sakit & kecewa bila orang yang
kita sayang, cinta ada orang lain selain kita kan?
Mula2 aku rasa mahu undur diri tapi aku
sudah terlanjur sayang dia. Lama-kelamaan aku dapat
terima selepas dia explained apa sebenarnya.
Positif. Alhamdulillah.
Bila terlalu obses, aku jadi 'gerigau' ( ayat dia bagi aku.. ).
Aku suka dapat perhatian, perhatian & perhatian. Bila dia diam & tiada
mesej aku, mula lah aku buat provokasi sampai kami bergaduh tapi
aku rasa cukup lah bila dia balas mesej aku walaupun dalam keadaan marah.
Sekurang2nya dia nampak mesej aku. Aku tahu apa risiko aku selalu
cari gaduh, mesti dia bosan tapi ...
Bukan sebab aku saja2 buat provokasi tapi aku sebenarnya
RINDU dia yang amat. Bila aku rindu, aku Whatsapp dia tapi kadang tiada berbalas walaupun 'seen'. Ya lah kami cinta jarak jauh, komunikasi sangat penting.
Ya, aku balik2 diberitahu dia sibuk tapi kadang aku merajuk
bila masa untuk aku sangat terhad. Hurmmm, sibuk apa sampai
kekasih sendiri ditiadakan masa. Nangisss..
Cara aku sayang orang lain, aku memang akan
utamakan orang tu lebih dahulu berbanding benda lain. Bukan
sebelum ni aku tidak pernah bercinta tapi aku set, setiap cinta yang
datang cinta pertama aku. Ya, dia special bagi aku.
Dia pertama & mudah2an
cinta terakhir aku.
Soal kepercayaan, tipu kalau aku tiada terfikir dia mungkin ada orang
lain sesekali. Aku segan meminta dengan dia sebab aku rasa tidak layak
selepas aku balik2 cari gaduh tapi aku tidak
sanggup kalau itu betul2 jadi tapi dalam perhubungan,
kepercayaan sangat penting & aku akan
selalu percaya dia.
Aku pernah & selalu cakap dengan dia, daripada
terus begini lebih baik berpisah tapi terus terang aku sebenarnya
tidak bersedia & tidak sanggup. Lain di mulut, lain di hati.
"Ya Allah, kuatkan lah hati kami berdua"
Dalam tempoh yang begini, macam2 dugaan yang kami alami.
Manis, pahit, tawa, nangis, gaduh.. Tidak kisahlah dia atau aku yang mulakan.
Jika dia la jodoh aku.. "Kuatkan lah ikatan kami & kalau bukan, Allah pisahkan lah kami dengan cara yang baik. Tanpa ada dendam & aku tenang terima."
Kepada My Cinta Hati, sayang mau kita kekal
sampai bila2 selagi kita ada jodoh yang ditentukan Allah.
Sayang mengaku sayang memang selalu mulakan selisih faham,
sayang MINTA MAAF & TERIMA KASIH
sebab masih bersabar dengan sayang.
Sayang minta maaf B..
I Love You until my last breath.
0 Comments:
Post a Comment