- · Saling Mempercayai Cinta Masing-masing.
Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda
dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua
terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila
berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang
besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka
musnahlah sebuah perhubungan yang terbina. Janganlah pernah wujud perasaan ragu
akan cinta si dia.
- · Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia
Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa
kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta
hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah.
Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda
sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.
- · Setia dan Jujur Dengan Si Dia
Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas
berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda
masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan
ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada
orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula
menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.
Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya
si dia tahu apa yang aku buat”. Andai kata si dia pula yang bertindak
sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di
dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia
berpancaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?
- · Selalu Berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang
penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga
boleh merosakkan hubungan anda.
Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi-
whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam
lagi. Ambil masa 5 minit untuk
menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda
mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati
masing-masing.
Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda
boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat.
Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan
membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya. :)
- · Luahkan Perasaan Anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila
berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si
dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda
kepadanya.
“Abang, ayang sayang kat abang sangat2″
“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat
B “
Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej
kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap
sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan
berjumpa anda nanti.
Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan
ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak
besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.
- · Bertemu-janji
Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing
merindui satu sama lain. Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula
berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai.
Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit
kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan
seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua.
Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan
masing-masing sewaktu berjumpa.
- · Berikan Hadiah Dan Kejutan
Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam
perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan
hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting
seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu
si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang
anda lakukan untuk si dia.
Misz sendiri pernah menerima kejutan daripada si
dia sewaktu bekerja. Tiba-tiba ada seorang delivery-man bawa bunga ke ofis dan
mencari nama Misz. Rupa-rupanya si dia mengirimkan bunga kepada Misz. Oh, so
sweet. Kecoh juga suasana di ofis bila Misz dapat bunga. Dan diselitkan dengan sekeping kad yang
ditulis ayat-ayat cinta yang cukup mengegarkan perasaan Misz pada waktu itu.
Misz rasa sangat dihargai dan dapat merasa cintanya walaupun kami berjauhan. Orang
kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.
- · Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur
Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa
persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan
kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang
bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang
sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.
Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi
jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun
sebaliknya. Anda tidak semestinya tidak mahu sentiasa bergaduh dengan si dia
dalam phone kan?
- · Jangan Mengongkong
Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu
mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut
memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan
pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar
ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar. Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong
dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan
cinta akan wanita tersebut.
Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri
berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia
secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia
mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah
kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.
- · Jangan Cemburu Buta
Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin
mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali
mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin
ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya
bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar.
Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali
si dia kan ;)
Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah
tapi kita
kenalah berusaha dan menjaga
cinta kita. InsyaAllah. Amin.
0 Comments:
Post a Comment