Thursday 21 August 2014

Hukum Berkabung Dalam Islam.

Edit Posted by with No comments
 
Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah 
harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran 
dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 
Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak
 boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran 
upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam Islam, seseorang isteri yang kematian
 suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk
 menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. 
Namun, kesedihan itu tidak boleh 
berlebihan seperti terlalu meratap," katanya.

Beliau berkata mengikut Islam, amalan mengibarkan 
bendera separuh tiang berikutan kematian 
mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 
MH17 adalah harus selagi ia tidak bercanggah 
dengan ajaran Islam.

0 Comments: