Sunday 6 January 2013

Maksud Sebalik Binti, Bin Dan BTE

Edit Posted by with 29 comments


Sebenarnya ramai yang tidak faham sebenarnya maksud

BINTI, BIN dan BTE.



BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve.

Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu,

wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri

kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini

kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan

masyarakat di Nusantara dan kemudiannya

digantikan dengan "BINTI".



BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name

(merujuk kpd nama keturunan keluarga) dan

BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial

(ini kerana bagi wanita mereka sekali saja 
dapat menggunakan nama 
keluarga mereka, selapas itu anak2 mereka akan 
menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).



Ini adalah warisan kita dari zaman 
pemerintahan British dulu.

29 Comments:

Anonymous said...

harap dapat rujuk dulu di sini
http://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_family_name_affixes
bin and binti tu drpd perkataan arab..hrp dpt betulkan maklunat sebab maklumat yg anda sebarkan belum tentu betul

Anonymous said...

Ntah,mandai jer..

Anonymous said...

salah nii

Anonymous said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bin

Anonymous said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bin

Journey Travel said...

just my comment..

Dari mana pun juga perkataan ini diambil sama ada dari bahasa arab atau bahasa english..masih merujuk pada initial seseorang..

Merujuk pada anak atau keturunan si bapa nya..

Oleh tu, jangan gaduh2..jangan menghak2 kan perkataan. Kita juga pinjam bahasa orang. kalau pemilik asal perkataan ini menuntut balik.. kamu mau jawab apa..think before answer.

Peace yoo..tanak borneo.

Anonymous said...

don't rely entirely on Wikipedia also because dlm wikipedia, sesiapa shj boleh edit. kita pun boleh masukkn article kita. refer to approved published article. itu yg penting, to the initial one.. saya memang ada baca, info dia betul. dan penggunaan bin bte dan binti ini dipakai d sabah sarawak maupun tmpt lain disebabkan prosedur di semenanjung tanah melayu selepas PD2. yg sedihnya, kdg JPN akan meletakkan "muslim" juga kepada yg non muslim dlm MyKad. sy harap, yyg muslim tu jgn salah anggap dgn kata ini. lihat shj di arab yerusalem, kristian tp mereka juga menggunakan term ini.

Anonymous said...

Wakaka. Suke suki kauuuuu je. Bin mksudnya anak lelaki, binti maksudnya anak perempuan dlm bhsa arab. Adheiii

Effendi said...

Penulis blog benar, sila kaji sejarahnya dahulu sebelum komen2 memalukan keluar

Unknown said...

Lawak lah org yg berpandukan Wikipedia ni

Unknown said...

Lawak lah org yg berpandukan Wikipedia ni

purnama said...

Pendapat anda saya suka.

purnama said...

Pendapat anda saya suka.

purnama said...
This comment has been removed by the author.
purnama said...

Saya mahu kau tujukan dimana buku sejarah yg kau sudah baca mengenai bin, bte dan binti ini ? Sila jawap..

purnama said...

Pendapat anda saya suka.

purnama said...
This comment has been removed by the author.
mac dillian said...

Komen ini saya suka dan memang WIN!
JPN ni cuai sket. Kebanyakan suku kaum di Sabah Sarawak masih menggunakan bin, bte & binti. Walhal, bukan Muslimin/Muslimah. Kalau ya pun dr bahasa Arab, takkan nak jadi isu pulak sbb penggunaan Bahasa je pun. Peace No War.

mac dillian said...
This comment has been removed by the author.
Boy Ipoh said...

Salam. Ni sebaran palsu sekak 2009 lagi. Mohon buang dan tidak menviralkan.

Baca link ni utk fahami maksud bin dan y. Dlm arab ibnu. Takan tu pun tak tahu.

http://m.eramuslim.co/ustadz-menjawab/tambahan-bin-binti-di-belakang-nama.html

Boy Ipoh said...

Salam. Ni sebaran palsu sekak 2009 lagi. Mohon buang dan tidak menviralkan.

Baca link ni utk fahami maksud bin dan y. Dlm arab ibnu. Takan tu pun tak tahu.

http://m.eramuslim.co/ustadz-menjawab/tambahan-bin-binti-di-belakang-nama.html

mizan said...

Bin

Di dalam bahasa Melayu dan Arab,Bin merupakan satu istilah yang bererti "anak lelaki kepada" manakala Bintipula mewakili "anak perempuan kepada". Ia berasal dari perkataan Arab iaitu "ibn" (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau "binte" (بنت) bagi anak perempuan. Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad. Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapaberbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan "bin" atau "ibn" dalambahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat. "Ibn" adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai "bin" (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintahAllah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Ahzab, Ayat 5Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldunmemberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negaramenggunakan sistem penamaan tanpa "bin" bagi pendaftaran anak angkat (Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).[1], Tindakan ini bagi menangani laporan akhbar pada 12 Julai, yang telah melaporkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hukum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.[2], [3]

Patronimik masih digunakan di kebanyakanDunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.

Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datukdigunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum. Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti adalah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.

Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar. Ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman.[4]

Rujukan

Norhisham said...

Tak betul ni... suka suki dia je..

Norhisham said...

Tolong delete ler buat org keliru je...

Dampasak said...

Ini la malaysia...wkwkwk

purnama said...

Arab sebut "Ibnu" bukan "bin".

Anonymous said...

Dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti "anak lelaki kepada" manakala Binti pula mewakili "anak perempuan kepada". Ia berasal daripada perkataan Arab iaitu "ibn" (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau "binti" (بنت) bagi anak perempuan. Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki Mohamad. Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan "bin" atau "ibn" dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat. "Ibn" ialah tranliterasi daripada alif-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alif ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai "bin" (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Ahzab, Ayat 5
Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldun memberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Sazali said...

Ibnu lebih merujuk kepada keturunan, biasanya apabila guna nama datuk ke atas.. Org arab guna ibnu merujuk kepada ketununan mereka.. Dlm kad pengenalan mereka tiada pon penggunaan ibnu, biasanya ibnu ni gelatan merujuk susur galur, dlm ic mereka akan guna bin kepada ayah mereka..

Sazali said...

Beza penggunaan ibnu/ibnatun dan bin/binti...sebab ada yg faham bahawa penggunaan ibnu org arab sahaja yg guna..
1.(بن atau بنت) atau Bin atau Binti ialah satu kalimah yang bermaksud anak.

Para ulama bahasa Arab telah bersepakat bahawa ia digunakan ketika menyebut nama anak dan bapa.

Contohnya Ali bin Abu, Fatimah binti Abu.

Tidak boleh kita sebut : Ali bin Ahmad sedangkan Ahmad ialah datuk kepada Ali.

2.(ابن atau ابنة) atau Ibnu atau Ibnatun ialah satu kalimah yang mempunyai makna yang hampir sama dengan bin.

Para ulama bahasa telah bersepakat bahawa ia hanya boleh diguna pada salah satu dari keadaan berikut,

① Antara nama anak dan nama datuk, moyang atau keturunan yang lebih atas.

Contoh : Ali Ibnu Ahmad.
Ahmad ialah datuk Ali.

② Antara nama anak dan nama ibunya.

Contoh : Ali Ibnu Fatimah.

③ Pada awal ayat.

Contoh : Ibnu Umar berkata…. Maksudnya ialah Abdullah bin Umar.

④ Antara nama dan sifat yang digelar kepada bapanya atau nenek moyangnya.

Contoh : Ali Ibnu al-Kalantani.

⑤Pada sebahagian kata kiasan.

Contoh : Wahai Ibnu Rasulullah.
Dituju kepada anak cucu keturunan Rasulullah.