Di Conventry West Midlands pada 16 Disember 2011, sekitar
jam 6.45 petang. Penduduk dikejutkan
dengan hujan buah epal.
Pada tahun 1881, ribut petir di Worcester,England
telah membawa turun bertan-tan
ekor ketam.
Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit
di kawasan ladang milik J.L Smith's di selatan
Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami
kecederaan malah merangkak
menuju ke sungai berhampiran.
Jika mengikut rekos, Singapura juga pernah mengalami hujan
ikan pada 12 Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku
di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan
kejadian gempa bumi. Jadi ada percanggahan pendapat yang
mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan
tapi amaran daripada haiwan seperti yang berlaku
ketika Tsunami 2004.
1 kejadian yang sangat mengejutkan telah berlaku apabila
hampir 1000 keping wang syiling telah jatuh ke wilayah Meschera, Russia
pada tahun 1940 tapi sayang,wang tersebut adalah
syiling yang digunakan pada abad ke 16.
Pada 7.Ogor. 1997, Oakville, Washingston seramai 445 orang
penduduk telah dihujani dengan hujan yang meninggalkan
gel berwarna hijau di halaman rumah mereka.
Penduduk Kerala, India gempar apabila menyangka
mereka akan dihujani dengan meteor tetapi ia sebenarnya
adalah air yang dipenuhi dengan spora merah ( biji benih yang tidak berbunga seperti
cendawan,paku-pakis dan sebagainya ) yang
berlaku pada Julai 2001.
0 Comments:
Post a Comment