Sunday 13 January 2013

Luahan Hati Seorang Ibu Untuk Si Anak

Edit Posted by with 6 comments

Anakku, apabila ibu memarahi kamu, janganlah merasakan
 ibu seorang yang jahat, melainkan niat ku untuk membentukmu, 
menjadi seorang insan yang berguna, 
didunia mahupun akhirat.

Anakku, Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu, 
ketahuilah kamu bahawa luka di tangan 
dan tubuh kamu, terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu, 
kerana terpaksa memukul anak nya, untuk 
memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku, Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan, 
ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan, 
untuk berpisah dengan jantung hati ibu, 
semata-mata untuk melihat 
anaknya berjaya.

Anakku, Jika ada keinginan mu ditentang, 
janganla kamu membenci ibu mu ini, kerana 
ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang, 
kerana akan membawa lebih banyak 
keburukan dari kebaikan.

Anakku, hati seorang ibu lebih sanggup melihat 
anaknya menangis dihadapannya, tetapi tidak 
akan sekali-kali membenarkan 
keinginan itu membunuh anaknya, 
di masa hadapan.
Anakku, Ibu ibarat seorang lilin yang 
membakar diri, untuk menerangi anaknya, 
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun, anaknya 
tidak sesekali dibiarkan 
susah dan lapar.

Anakku, Jika kamu sakit, Ibu rela menggantikan 
tempat itu dari melihat kamu menahan 
kesakitan, Jika kamu menjadi buta, Ibu sanggup 
memberi mata ibu, Jika kamu memerlukan 
buah pinggang, ambil lah buah pinggang ibu, 
Jika kamu sedang nazak, Ibu sanggup memberi nyawa ibu 
andai boleh dilakukan, Namun ibu bukannya Tuhan, 
Begitulah tingginya kasih sayang 
seorang ibu.

Anakku, seandainya telah sampai waktu ibu pergi 
menghadap Ilahi, jaga lah dirimu 
sebaik ibu mu ini menjaga dirimu, jagalah 
maruah mu untuk kesenangan ibu dan 
ayah disana, dan jangan sekali-kali dilupakan, 
Ibu terlalu menyanyangimu, 
melebihi nyawa ibu.

Anakku, walaupun jasad dimamah bumi, 
namun doa seorang ibu untuk anaknya
 tidak pernah hilang, malah akan sentiasa 
dihati ibu, walau dimana 
ibu berada.

Anakku, bila ibu sudah tiada, ingatlah
 ibu didalam doamu, semoga kamu 
menjadi isteri dan ibu yang baik, suatu 
hari nanti,

Anakku.. 
Kau lah permata hatiku.

6 Comments:

nursuriani said...

tak da anak lagi. tapi mak ada jugak cakap lebih kurang macam dalam sajak neh. :)

Kak iman said...

seyes iman paling sedih bila bebudak skunk xkire la IPTA, rendah ke, menengah ke sme je. Kesian sgt2 bila jauh ngn keluarga, bukan main kuaq dgn bukan mahram.sedih sgt2 bila parents tgk keadaan anak mcm n..xtau nak ckp

Atiqa Wahid said...

@Sue PeLik
Setiap ibu mmg akan rasa yg sama.. =)

Atiqa Wahid said...

@Sue PeLik
Setiap ibu mmg akan rasa yg sama.. =)

Anonymous said...

mohon share ...sgt menyentuh perasaan.

Unknown said...

Bnyk membantu utk sy menulis surat kpd anak sempena kem motivasi KAFA 2013..Tq..