Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Wednesday, 25 July 2012

Part 1 :: Kenangan Bergelar Pelajar.


Hmmm, santai2 macam ni aku terkenang2 pula zaman aku sekolah dulu2. Bagi aku zaman 
tu paling best, tipu la kalau ada yang cakap tidak best kan? Walaupun time tu 
semua kena ikut peraturan sekolah, ada yang rasa sekolah ni macam 
penjara tapi bagi aku, aku suka betul kenangan tu. Tidak heran la aku 
dok asrama 5 tahun. Kawan-kawan aku yang lain kagum dengar aku bagitau 
aku dok asrama 5 tahun dulu. Hahahaha.

Naik tingkatan 1, aku dapat tawaran masuk asrama penuh. Tipu la kalau aku cakap aku 
masuk saja asrama terus dok suka riang ria, mula2 tu aku nangis tahap gaban juga la 
tapi aku cover2 nangis bawah selimut. Hahahhahahaha. Malu pula kalau 
geng 1 dorm aku tahu tapi dorang faham, dorang diam ja. Hehehehhe. 
Tiap hari aku call mama aku di kampung, sambil nangis2!!! 
Hahahhahha. Mula2 tu dorang risau juga, tapi dorang bagi aku masa 
2 bulan tuk sesuai kan diri sna. Alhamdulillah, 
aku makin happy bila sudah ramai kawan. 
Cancel pindah, yessss. Kuikuikui.

Kami kena bagi kelas 1 Saidatina Aisyah, aku sudah mula happy bila 
bestfriend aku pun daftar masuk sama sekolah dengan aku. 
Dalam kelas kami duduk sebelah2. Bab akademik, aku sangat lemah dalam subjek Matematik. Sekali pula, kelas kami dapat cikgu 
yang amat la garang. Aku ingat lagi, nama 
dia cikgu Suriani ( Terima kasih cikgu ... ). Kelas kami kebetulan menghadap 
pintu pejabat dia, jadi kalau time subjek Math ... 
Kami semua mengintai dia dari atas. Nampak dia naik saja, 
kami semua diam macam tikus. 
Hahahhahahaha.

Cikgu ni garang sampai bila kena suruh buat latihan di depan, memang 
bergegar jari tu. Mulut melopong saja tengok soalan 
sebab bukan fikir cara jalan tapi dok fikir apa denda kena bagi. Hahahahhahaha. 
Jadi dalam otak aku, aku benci subjek Matematik. 
Aku stress bila subjek tu tapi cikgu tu mungkin lagi stress 
dengan aku. Hahahahhaha. Itu antara kenangan 
tidak best aku tapi aku tidak la marah dengan cikgu tu. Bila ingat 
sekarang, boleh senyum 
sorang2 pula. Hehehehehe.

Selain tu, hikmah aku dok asrama ni aku dapat berdikari dalam semua hal. 
Aku kena cepat atur masa aku. Kalau tidak, confirm aku 
ketinggalan & terkebelakang. Walaupun masih malas + mengantuk, 
seawal jam 4 lebih lagi aku sudah bangun pegi mandi. 
Sudah la sekolah aku ni di daerah kaki Gunung Kinabalu, 
kesejukan tu boleh buat menggigil tunggu 
turn guna paip. Hahahahha.

Selain tu, aku kena bijak belanja duit aku. Walaupun 
kedua2 mama bapa aku bekerja tapi dorang bukan jenis manja
 kan anak dengan bagi duit macam tu ja. Cukup 
bulan baru la muka aku masuk bank. Hohohohoho. 
Itu pun, dorang bagi aku RM50 tuk belanja sebulan. Jadi kalau aku
 ikut rentak kawan2 aku yang berduit lebih memang aku bankrap 
sebelum hujung bulan tapi aku bersyukur, dengan cara 
mama bapa aku buat macam tu, aku jadi seorang 
yang pandai berjimat cermat. 
Aku di didik, bukan senang cari duit.
~ Alhamdulillah ~





0 Orang Budak Sporting Laaa..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...