Thursday 15 March 2012

Awas, Jangkitan Saluran Kencing

Edit Posted by with 2 comments
Hari ni aku mau bagi tips apa yang perlu di buat untuk sepa2 yang 
dijangkiti saluran kencing @ Urinary Tract Infection khususnya wanita . 
Wanita lebih berpotensi kena jangkitan saluran kencing 
berbanding lelaki sebab anatomy saluran pompuan itu sendiri yang 
lebey pendek daripada lelaki.

Di bawah ni aku ada bagi contoh anatomy sekali
 dan yang anak panah tu, aku tunjuk
 bahagian saluran kencing wanita ( pendek kan ).
 Kalau korang mau bandingkan 
dengan lelaki punya plak, Google sendiri ekkk...




Saranan yang perlu di buat::
  • Bersihkan bahagian intim dari arah depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan kuman ( E.Coli ).
  • Bersihkan bahagian tersebut setiap hari dengan tidak menggunakan sabun yang mempunyai pH kuat.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas hubungan seksual.
  • Minum air dengan banyak, sekurang2nya 8 gelas sehari.
  • Jangan tahan sekiranya mahu membuang air kecil.
  • Minum air buah-buahan atau supliment yang kaya dengan vitamin C.
  • Sebolehnya jangan atau kurang menggunakan tampon dan tukar dengan kerap sekiranya menggunakan tampon.
  • Jangan menggunakan tuala wanita yang berdeodoran.
  • Gunakan underwear yang diperbuat dari cotton kerana sifatnya yang mudah menyerap dan mengelakkan kelembapan.
  • Bagi wanita yang sudah berkahwin, sekiranya menggunakan perancang keluarga jenis "Diaphragm", bincang dengan doktor sakit puan anda untuk tukar kaedah laen.

Minum Banyak Air La...

2 Comments:

missmeraa said...

tq sharing info ni :)
btw, i ada tagged u dear. jum join

http://mieraalife.blogspot.com/2012/04/segmen-menjelajah-blogger-bersama-by.html

Atiqa Wahid said...

mieraahajis ...
Most Welcome dear ... Sharing is caring, rite? =)
Ok2 ... otw to u blog ... hehehehhe ...