Saturday 6 April 2013

10 Tips Memanjangkan Umur Bateri Laptop

Edit Posted by with 2 comments

Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Artikel ini adalah 10 tips penjagaan, bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut.

>>> 1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang berpunca dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Disarankan agar bila komputer riba menggunakan punca AC Power, maka tanggalkan bateri dari kpmputer riba untuk memelihara jangka hayat bateri tersebut.

>>> 2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu komputer riba tidak terlalu panas. Jika suhu terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah komputer riba akan berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas komputer riba. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan komputer riba anda untuk memberi ruangan udara yang luas.

>>> 3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

>>> 4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

>>> 5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

>>> 6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada komputer riba. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

>>> 7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tidak digunakan, sila tutp aplikasi tersebut.

>>> 8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau hendak digunakan dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia.

>>> 9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang dimaksudkan dengan jadual tugasan? Matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

>>> 10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Pastikan anda mematikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

2 Comments:

FAIZAL AHMAD said...

kalau x tanggal betri nnti betri rosak kn,, kalau tnggal betri agak2 ape yg rosak?... hah..hehe... ati2 tkot arus x stabil yg masok tkot merosak kn motherboard.....

Atiqa Wahid said...

@FaIzAl ♥ ZuLiKa
Yuppp... Klu tanggal betri,motherboard yg rosak.. Lagi la mahal mau repair. :D