Tuesday 9 April 2013

PETUA MELAYAN ISTERI

Edit Posted by with No comments



Ini kena dengan time gini. Time masing2 sudah ngantuk mahu tidur.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium.

2. Kemudian, lafazkan ucapan "I love you". Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi sudah jadi budaya kita agaknya nak sebut "I love you" lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tidak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu kamu tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia sudah lakukan untuk kamu dan kamu amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah SAW dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu kamu. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kamu tahu yang kamu betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kamu mahu pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kamu dapat tidak sehebat isteri kamu sekarang.

Renung2kan dan selamat mempraktikkan ( bagi yang sudah berkahwin k.. ). Hehehehehe.

0 Comments: