Saturday 29 September 2012

Perbezaan Handphone AP & SME Set

Edit Posted by with 12 comments

Ehermmm2, cantik kan handphone tu? Hehehehhe.
Samsung ACE Plus. 2 bulan akan datang aku dapat la handphone tu.
Excited pula. Alaaa, orang lain dapat lagi canggih rilex saja kan.
Hahahaha. Aku sudah lama mengidam ni sampai aku buat entry 
handphone ni di sini  tapi aku cukupkan duit tabung dulu. 
Baru la kepuasan tu terasa bila duit tu hasil 
kita sendiri kan. Tidak menyusahkan 
mak bapa pula. Hehehehe.

Sekarang aku servey2 pula handphone ni. Aku teringin tahu 
apa maksud handphone set AP dan SME. Ok, 
sini aku share dengan korang. 
Cekidaut babeee...

 

Pengenalan Handphone AP Set & Original

Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekrang telah mengeluarkan AP set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set. Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.

Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah.


Perbezaaan Handphone Original vs AP Set

Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli.

Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapu beratus jugak la perbezaan harga kedua handphone ni. Tapi AP Set selalunya tak dapat Free Gift seperti original dapat contohnya Galaxy Y AP Set takkan dapat 4 Free Back Cover.

12 Comments:

Saudari Nurul said...

Jaga fon tu baik-baikkk .. hihi :D

iskandarX said...

Assalamualaikum, is blogwalking sambil shout, komen, signature dan kiss ads, jemput singgah blog is yer?

Santai iskandarX

Kancil 8349 said...

cantik

Unknown said...

wah berati perbedaannya sangat senifikan iia :).
Simak Tantangan Kreatif Blogger Berhadiah Mingguan & Grandprize Android

Atiqa Wahid said...

@Zati Novelis
InsyaAllah.... =)

Atiqa Wahid said...

@Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah
Wsalam.... Otw ke blog awk... xD

Atiqa Wahid said...

@Kancil 8349
Ya,cantikkan? Hehehehehehe.

Atiqa Wahid said...

@frozen fox
Ya,ada perbezaannya.. =)

Anonymous said...

Tp dr segi kekuatan.zahir.batin hp tu sama la ye ori sme ngan ap?

Anonymous said...

Ow.bru faham ^_^

farid said...

terbaikkk lah awak pya penceritaan..

ggg said...

dari tahun 2021....