Monday, 30 July 2012

Muslihat Menjatuhkan Dalam Kemeriahan

Edit Posted by with 2 comments
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara
 gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak 
dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya 
mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka 
untuk menyihir seluruh dunia. 

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka
 dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat 
signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah 
bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat 
yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan 
Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri 
bagi menjalankan agenda mereka. 

Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari 
sebelah kanan ke kiri.Jika 2012 itu diubah kpd huruf dn dibaca dr kanan ke 
kiri ia akn kelihatan spt ZIOZ. Di dlm kod ini, huruf Z yang 
terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dgn ini terbongkarlah 
dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau 
Olimpik London ZION.2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION.

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, 
yang di idamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina 
tapak kezahiran Dajjal laknatullah @ Mosyaikh 
mereka ke dunia bagi menguasai dunia

 Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 
dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan 
sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya 
secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan
 internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. 
Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi
 pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

 Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut 
Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir 
berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. 
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan
 berkat bulan Ramadhan ini.

Wallahualam Bissawab.










2 Comments:

Rahmah IsMe said...

Ya Allah .
Harap kita sbagai org islam dapat pertahankan agama kita kan.
Takutnya.
Nauzubillah.

Atiqa Wahid said...

@Rahmah Suhadi
InsyaAllah kita akan kuat kalau semua b'satu. Aminnnn ...