Friday 22 June 2012

Jack Spparrow Sebenarnya Muslim

Edit Posted by with 14 comments
Aksesori Bulan Bintang

Janggut & Serban Merah.
Original Jack Sparrow

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England. Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis.

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih

14 Comments:

NAL said...

Follow sini. Perkongsian yang menarik. NAL baru je tahu pasal ni. Thanks..

cik kiwi's said...

wow..baru tahu. perkongsian menarik

Korn Ahmad said...

eh btul ke ni? baru je tahu ni.. thanks yer

Aimacomel said...

dh namanye pun pirates, gitu lah gayanye.. terima kasih ye sbb berkongsi ilmu ni

Atiqa Wahid said...

@NAL
Most welcome, sy pon bru tau & trs share sini. =)

Atiqa Wahid said...

@cik kiwi's
Terima kasih, sharing is caring. =)

Atiqa Wahid said...

@KorN
Hehehhe. Sama la kita, sy pon bru ja tahu. Welcome... =)

Atiqa Wahid said...

@babycomel
Most welcome baby ... =)

THE AUTHOR said...

Entri yg menarik...

Atiqa Wahid said...

@Hanif Idrus
Terima kasih xD

dariilhamkehati said...

wah , tak rugi CP dtg sini la , CP follow sini taw , dtg dari blog korn *korn yang suruh mention sebab dye nak glemer , joking*

org barat nih suke memperolokkan pahlawan islam ek , byk filem2 dowg seolah2 adew matlamat tertentu , betul tak CP cakap nih , sori taw CP tulis panang sangat , teruja cgt dpt BW , setelah terlalu lama bz jerr keja , kalaw free , dtg blog CP ... hehehehe ~

Atiqa Wahid said...

@cweet pinky
Hehehehehe. X sngka plk Korn tlg fofularkan blog sy. Hehehhehe. Ya, mcm2 kerja barat ni tuk jatuhkan kita. Otw ke blog awk. xD

dariilhamkehati said...

@Atiqa_Wahid k , CP bentang karpet merah ek :D

eyqa said...

baru taw psal nie.. thanks, bg info