Tab Menu

KLIK BANYAK-BANYAK

Tuesday, 22 May 2012

Keistimewaan & Kelebihan Bulan Rejab


 

  Keistimewaan Bulan Rejab :.
  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun ( beristighfar ) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan Maghfirah ( keampunan ), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Kelebihan Bulan Rejab:
  1. "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat". :: Sabda Rasulullah SAW ( Al-Hadis)
  2. Kemuliaan Bulan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  3. Malam Awal Rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi )
  4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). 
  5. Puasa 2 hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)
  6. Puasa 3 hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)
  7. Puasa 4 hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)
  8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. 
  9. Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)
  10. Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)
  11. Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis).

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

2 Orang Budak Sporting Laaa..:

Norzie hany said...

nice info....tq for sharing.

Atiqa Wahid said...

@Norzie hany
Thanxxx.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...