Saturday 14 April 2012

Physiology Of The Heart + Jantung Oh Jantung

Edit Posted by with 5 comments

Dag.. Dig..duggg, berdebar plak ... Cewahhh, nyanyi 
sakan nampak ...
( mode dangdut lagi tu, wahahaha ... ). 
Tidak tau kenapa aku berdebar ja sehari 2 ni, rezeki sudah 
mo masyukkk ka ni? Aminnnnn ... Tidak pon jantung aku saja
bergurau dengan aku ni ...
( Nakal la jantung ni... )



1st, aku mau kenal kan siapa tu jantung. 
Kita2 semua ni tau jantung ja tapi 
tidak kenal apa itu jantung 
( omputeh panggil Heart tu... ) lebih lanjut. 

Jantung ni otot yang berbentuk cone yang terletak
 di sebelah kiri badan manusia dan 
berada di ruangan ke 4-5 antara tulang rusuk. 
Saiz jantung di anggarkan bersamaan dengan sebesar 
penumbuk tangan masing2 
( cuba bayangkan sendiri ).

Setiap jantung manusia ada 2 bahagian 
kiri dan kanan 
yang di pisahkan oleh 1 Septum. Di setiap bahagian plak 
dibahagi lagi kepada 2 bilik kecik atas dan bawah. 
Nama bilik atas ialah Atrium dan bilik bawah plak Ventricle 
( kiri dan kanan sama ja ). Di setiap bilik lagi 
plak di kawal oleh pintu masing2 yang mengawal keluar 
masuk darah dan kunci bernama Valve ( Injap ).

K, sekarang kita bercerita fungsi jantung plak, 
aku tau semua sudah tahu apa fungsi jantung kan? 
Memang semua mesti cakap pump darah keseluruh badan
 ( that’s right!!! ) dan ada lagi 
beberapa fungsi jantung laen.

Aku mo cerita amacam jantung tu bekerja.
 Kita manusia ni sekurang2nya akan ada 5 liter darah bagi
 lelaki dan 4 liter darah bagi pompuan. Dalam sehari jantung 
akan pump darah keseluruh badan tanpa henti biar 
pon kita tido (wowww, amazinggg ciptaan Allah ). 
SUBHANALLAH.

Darah tidak beroxygen mengalir masuk ke jantung 
melalui Superior dan Inferior Vena Cava 
dan terus masuk ke bilik atas yang 
di kenali Right Atrium.

Kemudian otot Right Atrium plak akan mengecut dan darah 
tertolak masuk ke bilik bawah Right Ventricle yang 
di pisahkan oleh pintu 
Tricuspid Valve ( injap ). 

Darah yang sampai di sana akan terus berjalan lagi melalui Pulmonary Artery 
yang dikawal oleh Pulmonary Semilunar Valve 
dan masuk ke dunia baru iaitu Paru-paru
 ( Eee, tergelak plak sebut tu, I biasa sebut Lungs tau.. Omputih uuu ) 
untuk pertukaran darah yang tidak beroxygen
 kepada segar beroxygen ( Bukan bersiar2 tau ... ) . 

Dalam Lungs, darah akan beramah mesra lagi plak dengan bola-bola kecik 
( no..no..nooo.. Bola2 api ekkk ) yang bernama Alveoli
Di sana dorang akan give and take 
pertukaran gas tapi sayangnya dorang tidak
 sempat nak bergosip sebab darah kena pump terus lagi 
masuk semua ke jantung melalui 
Pulmonary Veins .

Sekarang darah sudah berada di bahagian kiri jantung 
dan bilik atas yang bernama Left Atrium plak. 
Di sini darah beroxygen tidak dapat 
nak ngorat darah tidak beroxygen 
sebelah kanan sebab dipisahkan oleh tembok besar 
bernama Septum ( bukan Negara China ja da tembok tau ). 

Tidak sempat darah berehat santai di Left Atrium ni, 
dorang terus di pump masuk ke bilik bawah, 
Left Ventricle selepas melalui pintu Bicuspid / Mitral Valve
dan terus bersiar ke Aortic Semilunar Valve. 

Di Aortic Semilunar Valve yang sedikit kecik dan sempit, 
darah akan masuk lorong yang agak besar 
berselekoh dan bersimpang yang bernama Aorta
Di simpang 3 Aorta ini, kawan2 cell darah akan 
berpisah sambil melambai tangan dan berjanji bertemu
 semula untuk menuju arah simpang masing2 
tanpa di pilih darjat dan keturunan 
( sedihnya dorang kan ).

Di simpang 3 yang agak kecik ini,
ia menghala ke atas untuk menbekalkan oxygen 
kepada organ2 atas seperti mata, otak & seangkatan denggannya. 
Selebihnya lagi terus bersiar melalui selekoh besar Aorta. 
Di kawasan ini, darah perlu di pump 
lebih banyak berbanding di simpang 3 kerana bahagian 
bawah jantung lagi banyak organ2 penting
yang order darah beroxygen.


Selepas itu, lengkap la 1 kitaran normal peredaran 
darah dalam badan manusia yang tiada 
masalah kesihatan.

Setiap kitaran lengkap pumping jantung ni plak
 hanya ambik masa dalam 0.8 saat sahaja 
dan dalam 1 minit di anggarkan jantung mengepam
sebanyak 75 kali.
 ( Agungnya ciptaan Allah ... )

Entry laen kali, aku cerita serba sedikit tentang masalah jantung laen lagi plak ...
Ada berminat???


~ Bagaimana Jantung Bekerja ~

5 Comments:

Mummy Sher said...

Salam kenal. Comellah blog u..;)

Mummy Sher said...

Salam kenal. Comellah blog u..;)

Atiqa Wahid said...

Sherwiena Muzzawer ...
Wsalam, Thanxxx ... Ramai lagi blogger laen yg comey2 ... =)

Dhiya Fariza said...

i read this as well :) one thing about heart, figurative or literally, its definitely one heck of a complicated organ to be learn fheuwwh

Atiqa Wahid said...

Dhiya Fariza ...
Thank you for reading my entry. It is just for my some revision. Complicated? I like to learn all about heart and hopefully I can handle my study later. Pray for me dear ... =)