Sunday 27 April 2014

Touching Bila Barack Obama...

Edit Posted by with 1 comment


Secara peribadi, aku touching bila Obama sendiri buat lawatan d Masjid Negara & bila di pesan oleh Imam Masjid Negara supaya hentikan keganasan dengan negara Islam, Obama jawab "Doa kan saya.." mungkin akan ada perubahan sedikit demi sedikit. Pertama aku tengok,kasut! Tidak sangka beliau tetap merendah diri, hormat rumah ibadat Islam walaupun beliau terkenal dengan pembunuh orang Islam. 

Perkara beliau kesalkan dalam hidup, Obama tidak berpeluang lebih rapat dengan ibu beliau yang sudah meninggal disebabkan kanser. Ketika umur 20 ke atas, Obama mengaku beliau sibuk dengan dunia sendiri. Betul lah, setinggi mana pangkat sesorang, ibu tetap di hati. Tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncang dunia.

Aku bukan lah mengagungkan Obama tapi di sini aku memandang beliau dari sudut positif. Semua orang melakukan kesilapan. Semoga Obama terus sedar yang keamanan dunia itu lebih indah daripada peperangan.

1 Comments:

Anonymous said...

Barack hussien obama inilah nama beliau semasa membesar di indonesia, terkenal sengan sikap yg humble namun tegas.