Tuesday 22 April 2014

Kenangan Terindah Buat Sahabat.

Edit Posted by with No comments




Hai.. Semua mesti dan seharusnya ada kawan kan? Lagi happening bila dia tu di panggil kawan rapat. 2, 3 hari lalu sesak juga kepala aku ni bila kawan rapat aku pindah balik di semenanjung. Lepas ni confirm la jarang atau langsung tidak akan jumpa. Bila dia ada urusan di Sabah baru lah mungkin jumpa tapi "KALAU ADA.." Arghhh..



Memang dari mula aku sudah set otak aku yang dia 1 hari nanti dia akan pindah juga sebab dia bukan orang sini ( Sabah ), masa tu aku boleh senyum lagi. Konon perkara biasa lah, jumpa & berpisah tapi tidak sangka bila betul-betul berhadapan dengan masa berpisah, aku sebenarnya tidak dapat terima sekelip mata. Woooo...


Lagi aku cuak bila dia bagitahu aku berita pindah ni dalam masa seminggu sebelum dia pindah padahal dia sudah di bagi surat pindah sebulan sebelum tu. Rasa mahu marah tapi terharu bila dia bagitahu dia sendiri sedih mahu terus-terang. Aduhai hati.



Apa??? Ya,bukan kami tidak boleh saling melawat kan tapi persahabatan kami ni unik. Betul kawan aku lagi sorang cakap,"persahabatan kamu unik." Mengapa unik? Biar lah aku saja yang tahu. Hehehe. Apa tidak, bila dia pindah, menangis bagai macam hilang anak kucing. Kejap aku ok, kejap aku down. Sekarang?? Boleh lah.. Pujuk hati ni sikit-sikit.



Hmmm.. Aku suka berkawan dengan dia ni sebab dia ajar aku amacam untuk jadi matang. Setiap kali kami keluar, memang ada saja perkara baru aku belajar atau pun benda yang buat aku berfikir dia tolong jawab kan. Dia bagi alasan logik yang boleh aku terima. Kawan lain bukan tiada tapi yang lain lebih kepada bergurau. Kadang rimas juga bila kita serius, dorang main-main sebab aku ni jenis suka berfikir apa logik & rasional satu2 benda. Hehehe.



Kami berkawan sudah 4 tahun, macam-macam cerita dalam tempoh tu. Suka,duka,gaduh,nasihat & semua lah. Aku ingat lagi, dulu bila aku habis study, kawan ni yang tolong aku cari hospital swasta yang aku mahu hantar resume tu dimana.. ( time tu aku belum ada kereta.. ). Dia bagi aku duit belanja tambang bas, makan tapi aku tolak. Huhhh,sapa juga yang menolak duit kan tapi aku tidak suka terima duit. Aku kawan ikhlas.

Oh ya, dia ni juga yang biasakan aku makan nasi briyani & ayam penyet.  Aku ni jenis ala2 malu makan depan orang jadi selamba saja makan guna jari depan dia sambil jilat jari lagi. Kadang dia kutuk aku juga bila dalam beg aku banyak benda, "kenapa tak bawa 1 almari?" Hahaha. Sweet memories right?. Lain kawan, lain kenangan. Hmmm..


Apa-apa pun aku happy dapat seorang kawan macam dia, terima kasih jadi kawan aku & sabar melayan karenah aku sepanjang dia di Sabah. Persahabatan kita ni aku tidak akan lupa sampai bila-bila dan aku tunggu janji dia akan datang Sabah bila ada masa & rezeki. Amin. 








0 Comments: