Scarlett.
Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang
dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis
Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam
insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api
kebakaran di tempat tinggalnya.
Mengimbau kembali kejadian
ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama
anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya
yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api
dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan
membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah
rentung, hangus dijilat api.
Keadaan Scarlett yang hangus teruk
sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya
yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang
dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun
keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya
selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk
dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut
di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu,
Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.
Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak
memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih
sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan. Renung2 kan.
2 Comments:
Sedihnya..T_T
@Lyeen De Syifa
Ya,kucing pon sygkan anak dia. :D
Post a Comment