Thursday 14 March 2013

Negeri Sabah. Wajib Baca.

Edit Posted by with 3 comments


CERITA RAKYAT

Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama
Sabah. Berkahwin dengan jejaka tampan bernama
Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan  

mereka menghasilkan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka
ke sana ke mari menakluk, membuka k0ta baru dan
membesarkan keluarga mereka.


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan
berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah

lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah

dari luar, si Sepany0l dan si British. Isteri Brunei

bernama Amanilah dirampas Sepany0l,

ditukar namanya jadi Manila.


Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun,

Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama

Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya

maka Brunei menjanjikan
menyerahkan isterinya Sabah

kepada Sulu.



Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia
tidaklah membantu dalam
perang saudara,
0leh kerana kekuatan Brunei semakin lemah,

perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah

Sabah mempunyai dua
laki dalam masa yang sama.

 
Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah
dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000

kepada Brunei. British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat

Brunei dapat wang 12000
setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan
“isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.


Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan

laki baru dia British, duit makin masuk, ek0n0mi makin stabil,

anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup

 gembira. Sehinggalah datang pemuda

mata sepet, Jepun.

Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik,

tidakmeminang. Ambik terus bini 0rang, British dihalau
jauh dari Sabah.


Kerana cintanya kepada Sabah, British datang
kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun.

Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah,

British kembali dengan isterinya, namun British

sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. 
British ingin menceraikan Sabah.


 
Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu
dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia.

Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas

jantinanya tidak diketahui sama ada jantan

atau betina, dan menyusahkan lakinya.

Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram,

asalnya miskin dan sekarang senang.


 
Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang
bahagia. Tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda.

British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli.
TETAPI SULU. Laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas

kembali bekas isterinya yang
semakin harum, semakin cantik dan bergaya.
Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah

inginkan bapa tiri macam kamu..

Adakah ya..??


3 Comments:

Razil Tahir said...

huuuu... boleh buat drama nie...
tapi kelakar baca pasal singapore yang tak sure jantina tue...

kenapa ek? huhuhuhu

Atiqa Wahid said...

@Razil Tahir
Menyusahkan laki dia mgkin. Hahhahha. Best kan belajar sejarah sempoi mcm ni. X fening sgt. =)

Unknown said...

yah,...sy selaku orag sabah..TAKNAK SUlu!