Thursday, 9 August 2012

Mengapa Doktor Bedah Pakai Baju Hijau

Edit Posted by with 2 comments

Mungkin ramai yang sudah mengetahui kebiasaannya doktor selalu memakai 
baju berwana putih bukan? Tetapi apabila seseorang doktor itu ingin 
melakukan pembedahan kepada pesakit, doktor itu akan menukar 
baju berwarna hijau. Adakah anda tahu mengapa 
doktor memakai baju berwarna hijau?

Walaupun sukar hendak dipastikan kenapa warna hijau jadi popular kerana 
alasan ini, hijau memang sesuai pada doktor untuk melihat dengan
 lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah lawan 
dari warna merah dalam roda warna.

Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau 
dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah,
 termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. 
 Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak 
 kurang sensitif terhadap variasi warna merah.


Alasan lain adalah, apabila dengan terus-menerus fokus 
kepada warna merah akan menyebabkan ilusi berwarna hijau pada 
latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penlihatan doktor. 
Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan 
berkurangan dan tidak akan  mengganggu 
penglihatan doktor.

2 Comments:

Arifah Rahim said...

information yg menarik. sy baru tau. hehe :)

Atiqa Wahid said...

@Arifah Rahim
Heheheh ... Sharing is caring ... xD