Thursday, 2 August 2012

11 Lagi Kembar Akan Di Bunuh!!!

Edit Posted by with 8 comments

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di 
Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil 
setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh 
kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang 
akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana 
itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh 
menjaga kami di usia tua nanti.” “Kami pastinya tidak akan memilih 
bayi perempuan,” tambah suami Jinan. 
“Kami yakin dengan keputusan kami.”

Sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan 
dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam 
Undang-Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang 
‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China 
sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, 
dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah 
amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa
 ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin 
kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas 
kelahiran bayi kembar kami yang memalukan 
 dan tidak bertanggung jawab ini.”
 
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami 
berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang
 kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera,  
kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, 
namun tiada mana-mana pihak yang 
mahu tampil untuk membantu!




8 Comments:

Natasha said...

sgt2 tidak patut .. sedih kot ade berite cenggini..

Himawari Mirsada said...

audss..ada lak undang2 cm tue..xptt btl

Unknown said...

saya bersependapat dgn atiqa...sifat perikemanusiaan telah lama pupus di negara China...sgt kejam bila bayi yg tidak berdosa dibunuh dgn sesuka hati.....

Atiqa Wahid said...

@Natasha
Ya,sedih ja. Klu la kna hntr d sini ... T'ingin jg mau jaga jdi anak angkat. :(

Atiqa Wahid said...

@elyna mirsada
Ya,sanggup dorg bt undang2 mcm tu. Kan setiap anak tu p'bawa rezeki. Sedih ja ...

Atiqa Wahid said...

@Tentang Kita
Ya,bygkan sdh berapa ramai bayi yg d bunuh d negara tu. sifat syg dorg tu sdh d tahap hjg jari...

adibahfaizah said...

uuuu,kesiannyer,,kalau lah diorng orng islam. mesti tade undng2 mcm tu. anak tu rezeki tuhan . tapi China dah overload penduduk. thats why ada undng2 yg mcm ni kan? diorng kna amlkn family planning. .nk kna hadkan bilngn ank plak..

Atiqa Wahid said...

@adibahfaizah
Ya,islam sgt mudah. Xtau la,makin canggih dunia skrg makin hilang perasaan kasih syg tu. :(