Sunday 1 April 2012

10 Gaya Tidur Dan Kenali Peribadimu

Edit Posted by with 6 comments
Entry kali ni kita cerita pasal gaya 
tidur & ada yang cakap 
itu melambangkan peribadi kita. 
Betol ka tu? Cuma sebagai kita renung2kan sahaja la ekk ... (^_^)v
Cekidautttt ... Eeeehaaaaaaaaa ...


1. Tidur terlentang dengan kedua2 telapak tangan diletakan di belakang kepala.
  • Individu yang sangan pintar dan bersemangat untuk belajar. 
  • Kadangkala selalu beri idea yang bernas dan unik, yang tidak difikir oleh orang laen.
  • Keluarga menjadi keutamaan kamu.
  • Sukar untuk bercinta sebab perangai yang kuat memilih. ( Upzzzzz ... ).

2. Selubung seluruh badan dengan selimut.
  • Kamu selalu berpenampilan macho tapi sebenarnya kamu tu sorang yang pemalu & pendiam.
  • Suka pendam masalah berbanding luah dengan orang laen.

3. Tidur dengan kedua2 tangan diletakkan di belakang  kepala & kaki bersilang.
  • Kamu mementingkan perasaan sendiri & sukar terima perubahan atau pun teguran.
  • Kamu lebey gemar bersendirian tapi sikap toleransi dalam diri patut dipuji.

4. Tidur meringkuk.
  • Kamu berasa kesorangan & kecewa kerana kenangan masa lampau.
  • Kamu sering teragak-agak & berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan.
  • Beranggapan cinta & cita-cita telah lama hilang.

5. Tidur mengiring & meringkuk.
  • Kamu lebih pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam.
  • Kamu akan cepat meradang dengan individu sekelilingmu jika mereka menyakiti kamu.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan.
  • Si "gemuruh" adalah nama kedua kamu.
  • Kamu sorang yang cerewet, selalu mengkritik & merungut.
  • Kamu sorang yang cepat bosan & kadangkala terlebih 'excited' untuk perkara kecil.
  • Suka berfikiran kehidupan ni sukar tapi kamu yang harus belajar untuk tenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala.
  • Kamu adalah sorang yang berani, sopan-santun, jujur & penyayan.
  • Kamu masih perlu tambah keyakinan diri yang lebih kuat.
  • Sentiasa belajar menerima kesilapan & kekurangan dalam diri ( bukan semua 100% perfect ).
 8. Tidur lurus mengiring 1 arah.
  • Melambangkan kamu adalah sorang yang yakin pada diri sendiri.
  • Kamu suka melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan.
  • Kamu akan berusaha merealisasikan impian kamu sebaik mungkin.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki terbuka luas.
  • Memperlihatkan identiti kamu yang sebenar.
  • Kamu cintakan kebebasan, keselesaan & kecantikkan.
  • Kamu juga tergolong dalam kategori yang pemboros.
  • Sikap penyibuk & gemar bergosip juga ada dalam diri kamu.

10. Tidur tiarap.
  • Kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit.
  • Fikiran kamu terlalu tertumpu & sering paksa orang lain penuhi impian kamu.
  • Kamu juga individu yang lalai dan tidak teratur.



ZzzzZZZZzzzzzzZZzz ...

6 Comments:

Ayu said...

No.7 tuh gaya tidur Nabi Muhammad saw.:-)

Atiqa Wahid said...

YayansMuM ...
Yup, setuju2 ... hehehehe ...
Mulia sifat Nabi Muhammad ... =)

Mawardi yunus said...

sunnah rasulullah saw

Atiqa Wahid said...

MawardiYunus ...
InsyaAllah =)

Emmy Naz said...

WAH ENTRI YANG SANGAT BEST..EMY BARU TAHU TIAP-TIAP CARA TIDUR ADE MAKNE TERSENDIRI LAH..:)

Atiqa Wahid said...

Emmy Naz ...
harap entry ni b'guna & b'info tuk semua ... =)