Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam.
Hukum Hudud
telah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan
di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013.
- LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak
menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak
menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya sekali.
- TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1) Mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah
sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam
dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara
rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian,
dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun
atau keduanya sekali.
- KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah
melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda
tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg
mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
- TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang
Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang
munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan
suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda
tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
- TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap
apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua
makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di
tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana
pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan,
minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam
bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam
kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap
telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan
itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau
keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
- HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan
sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat
orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan
mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti
berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu
tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan
dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15
sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan
seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan
syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang
sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan
seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang
diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana
yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
- HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau
belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) Dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan
syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah
Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al
syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat
pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak
melebihi 3tahun; atau
(b) Dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg
diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1
dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri
atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan
tangan.
- Kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut.
- Kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15
tahun.
( Jadi, tiada kena potong sampai 4 kerat... )
Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan
denda.
Pengecualian :
- Pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman.
- Owner memang tidak menjaga keselamatan barang
- Pencuri bayar sikit, lepas tu lari.
- Benda curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
- Benda curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
- Pencuri curi dari penghutang yang tidak mahu bayar hutang
pencuri.
- Keadaan memaksa : bencana alam, perang
- Bini curi dari suami atau sebaliknya ( kecurian dalam
keluarga sendiri )
Untuk pengetahuan bersama :
*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…
0 Comments:
Post a Comment