Assalamualaikum..
Hari ni aku mahu cerita hal gambar di atas tu.
Sepanjang aku bekerja ni,banyak pengalaman aku dapat.
1001 perkara termasuk lah cerita
tangan tua tu.
Pak cik tu admit di wad tempat aku bertugas dalam
8 hari. Dia sakit Community Acquaired Pneumonia.
Mula-mula aku fikir pak cik ni macam
pesakit lain tapi bila tiap hari dia minta kami call anak-anak dia,kami
hairan juga. Kami try call anak-anak dia tapi masing-masing
bagi 1001 alasan. Semua tidak datang melawat.
Hari tu aku escort pak cik ni review di Psychiatric Clinic
untuk manage depression dia. Sementara menunggu
giliran tu,pak cik tu meluah perasaan dia. Dia
hairan kenapa dalam 5 orang anak-anak dia tiada
1 pun datang melawat. Anak-anak dia
bukan kaya tapi senang. Cukup untuk hulur
RM50 seorang tapi semua
lepas tangan.
Time dia bercerita tu,memang dengar suara dia sebak.
Dia kadang terfikir untuk bunuh diri tapi dia masih ingat
dengan dosa. Mahu disumpah anak-anak,dia
risau nasib anak-anak dia jadi
Si Tanggang.
Ingat lagi bila si pak cik cakap,"tiada anak lahir di dunia
daripada binatang. Siapa diorang kalau bukan
daripada mama bapa???".
Mudah-mudahan kita bukan sebahagian
anak lupakan orang tua.
Amin.
0 Comments:
Post a Comment