Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri
adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka
hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian? Untuk memastikan
bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu
cara penjagaannya. Artikel ini adalah 10 tips penjagaan, bagaimana cara untuk
memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut.
>>> 1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk
menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang berpunca dari
bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum
menggunakan laptop. Disarankan agar bila komputer riba menggunakan punca AC
Power, maka tanggalkan bateri dari kpmputer riba untuk memelihara jangka hayat
bateri tersebut.
>>> 2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu komputer riba
tidak terlalu panas. Jika suhu terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas
dibahagian bawah komputer riba akan berpusing lebih pantas daripada biasa.
Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang
dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas komputer riba.
Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil akan berada disekitar itu
sahaja. Sebaik-baik, condongkan komputer riba anda untuk memberi ruangan udara
yang luas.
>>> 3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa
menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan
pilih Power Options. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pilihan
Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
>>> 4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan
bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat
satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory
yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang
banyak.
>>> 5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan
terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya
melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa
laptop didalam keadaan Hibernate.
>>> 6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan
kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan
skrin LCD jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan
kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada komputer
riba. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.
>>> 7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth,
wireless, dan infrared. Jika tidak digunakan, sila tutp aplikasi tersebut.
>>> 8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan
USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa
bateri. Jadi, kalau hendak digunakan dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia.
>>> 9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang dimaksudkan dengan jadual tugasan? Matikan semua
kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini
terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada
sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan
dihabiskan.
>>> 10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Pastikan anda mematikan aplikasi yang tidak digunakan untuk
mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa
bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu
sahaja. Selain itu, elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan
yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci
harus dielakkan semasa dalam mode bateri.
2 Comments:
kalau x tanggal betri nnti betri rosak kn,, kalau tnggal betri agak2 ape yg rosak?... hah..hehe... ati2 tkot arus x stabil yg masok tkot merosak kn motherboard.....
@FaIzAl ♥ ZuLiKa
Yuppp... Klu tanggal betri,motherboard yg rosak.. Lagi la mahal mau repair. :D
Post a Comment