Monday 28 April 2014

Harta Karun Sultan Melaka

Edit Posted by with No comments
Pintu masuk utama Gua Pulau Nangka berjaya dibuka & harta karun Sultan Melaka akan dapat dibawa keluar. 
Wowww.. Macam best saja dapat harta karun kan. 
Confirm banyak artifak sejarah dalam tu. Aku ni entah bila ada harta karun. Hehehe.

Polis akan ditempatkan dikawasan itu untuk mengelak 
sebarang kejadian tidak di jangka. 
Safety first.

Sunday 27 April 2014

Touching Bila Barack Obama...

Edit Posted by with 1 comment


Secara peribadi, aku touching bila Obama sendiri buat lawatan d Masjid Negara & bila di pesan oleh Imam Masjid Negara supaya hentikan keganasan dengan negara Islam, Obama jawab "Doa kan saya.." mungkin akan ada perubahan sedikit demi sedikit. Pertama aku tengok,kasut! Tidak sangka beliau tetap merendah diri, hormat rumah ibadat Islam walaupun beliau terkenal dengan pembunuh orang Islam. 

Perkara beliau kesalkan dalam hidup, Obama tidak berpeluang lebih rapat dengan ibu beliau yang sudah meninggal disebabkan kanser. Ketika umur 20 ke atas, Obama mengaku beliau sibuk dengan dunia sendiri. Betul lah, setinggi mana pangkat sesorang, ibu tetap di hati. Tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncang dunia.

Aku bukan lah mengagungkan Obama tapi di sini aku memandang beliau dari sudut positif. Semua orang melakukan kesilapan. Semoga Obama terus sedar yang keamanan dunia itu lebih indah daripada peperangan.

Friday 25 April 2014

Blog Walking...

Edit Posted by with No comments
Rasa mahu jalan2 makan angin lawat blog 
geng blogger lain saja tapi sekarang ni laptop aku 
hantar service pula. Kalau guna Tab saja, 
leceh lah. Korang tunggu laptop aku 
keluar workshop ahad nanti ni baru aku pegi 
blog walking korang k. I missed uolls.


Sapa mahu d lawat, sila tinggalkan komen k. 
Confirm ahad nanti aku 
lawat blog korang.

Kerja Rajin, Murah Rezeki.

Edit Posted by with 2 comments

Arghhh.. Bila sudah rehat kerja 2 hari makan
 tidur di rumah, mula lah perasaan MALAS 
pegi kerja tu naik minyak. Time ni mula lah terbayang 
aku goyang2 kaki saja di rumah tapi hujung bulan dapat duit. Huhhh,sangat mustahil kan??? Hahaha.

Hari ni kena kerja syif petang pula. Masuk jam 2 petang 
tapi jam 12.30 tengah hari lagi aku 
sudah start gerak dari rumah. Tempat kerja bukan 
jauh sangat pon, 10 ke 15 minit pun sudah sampai 
tapi masalah parking tu yang sangat merimaskan. Bila waktu puncak, kereta di car park tu sudah macam 
puzzle aku tengok.

Ok lah, aku belum iron uniform lagi. 
Aku siap2 apa yang patut dulu lah k. 
Masa mengejar kita. K,bai.

Thursday 24 April 2014

Hidupmu & Hidupku Lebih Bermakna.

Edit Posted by with 2 comments

Kalau sebelum ni aku cerita pasal kawan aku yang pindah tu & aku 
sangat down, kali ni aku mahu beritakan yang aku 
sudah dapat terima sedikit demi sedikit. 
Tiada lagi air mata bila sendirian. Bukan maksudnya 
aku lupakan dia terus tapi bak orang puteh cakap, 
LIFE MUST GO ON. Kan2? Hehehe.

Persahabatan kami masih macam biasa cuma bila 
masing2 sibuk dengan kerja & aktiviti, kadang 
mesej2 yang di hantar tu pending balasan beberapa jam. Tidak 
apa lah kan, asalkan masih berhubung. Positive thinking. Kepada kawanku tu,
 jaga diri baik2 di sana k. Kalau ada masa & rezeki, lawat2 
lah kami di Sabah. Will miss you always.


Tuesday 22 April 2014

Kenangan Terindah Buat Sahabat.

Edit Posted by with No comments




Hai.. Semua mesti dan seharusnya ada kawan kan? Lagi happening bila dia tu di panggil kawan rapat. 2, 3 hari lalu sesak juga kepala aku ni bila kawan rapat aku pindah balik di semenanjung. Lepas ni confirm la jarang atau langsung tidak akan jumpa. Bila dia ada urusan di Sabah baru lah mungkin jumpa tapi "KALAU ADA.." Arghhh..



Memang dari mula aku sudah set otak aku yang dia 1 hari nanti dia akan pindah juga sebab dia bukan orang sini ( Sabah ), masa tu aku boleh senyum lagi. Konon perkara biasa lah, jumpa & berpisah tapi tidak sangka bila betul-betul berhadapan dengan masa berpisah, aku sebenarnya tidak dapat terima sekelip mata. Woooo...


Lagi aku cuak bila dia bagitahu aku berita pindah ni dalam masa seminggu sebelum dia pindah padahal dia sudah di bagi surat pindah sebulan sebelum tu. Rasa mahu marah tapi terharu bila dia bagitahu dia sendiri sedih mahu terus-terang. Aduhai hati.



Apa??? Ya,bukan kami tidak boleh saling melawat kan tapi persahabatan kami ni unik. Betul kawan aku lagi sorang cakap,"persahabatan kamu unik." Mengapa unik? Biar lah aku saja yang tahu. Hehehe. Apa tidak, bila dia pindah, menangis bagai macam hilang anak kucing. Kejap aku ok, kejap aku down. Sekarang?? Boleh lah.. Pujuk hati ni sikit-sikit.



Hmmm.. Aku suka berkawan dengan dia ni sebab dia ajar aku amacam untuk jadi matang. Setiap kali kami keluar, memang ada saja perkara baru aku belajar atau pun benda yang buat aku berfikir dia tolong jawab kan. Dia bagi alasan logik yang boleh aku terima. Kawan lain bukan tiada tapi yang lain lebih kepada bergurau. Kadang rimas juga bila kita serius, dorang main-main sebab aku ni jenis suka berfikir apa logik & rasional satu2 benda. Hehehe.



Kami berkawan sudah 4 tahun, macam-macam cerita dalam tempoh tu. Suka,duka,gaduh,nasihat & semua lah. Aku ingat lagi, dulu bila aku habis study, kawan ni yang tolong aku cari hospital swasta yang aku mahu hantar resume tu dimana.. ( time tu aku belum ada kereta.. ). Dia bagi aku duit belanja tambang bas, makan tapi aku tolak. Huhhh,sapa juga yang menolak duit kan tapi aku tidak suka terima duit. Aku kawan ikhlas.

Oh ya, dia ni juga yang biasakan aku makan nasi briyani & ayam penyet.  Aku ni jenis ala2 malu makan depan orang jadi selamba saja makan guna jari depan dia sambil jilat jari lagi. Kadang dia kutuk aku juga bila dalam beg aku banyak benda, "kenapa tak bawa 1 almari?" Hahaha. Sweet memories right?. Lain kawan, lain kenangan. Hmmm..


Apa-apa pun aku happy dapat seorang kawan macam dia, terima kasih jadi kawan aku & sabar melayan karenah aku sepanjang dia di Sabah. Persahabatan kita ni aku tidak akan lupa sampai bila-bila dan aku tunggu janji dia akan datang Sabah bila ada masa & rezeki. Amin. 








Saturday 12 April 2014

Tanda-tanda Lelaki Suka Si Gadis.

Edit Posted by with 1 comment


Tanda-tanda Lelaki Suka Seorang Perempuan.



 1. Dia akan sentiasa mengekori kamu

Walau di mana sahaja  kamu berada, dia pasti juga berada di situ. Barangkali masa itu, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri dengan kamu. Berkemungkinan ingin menegur anda buat kali yang pertama. Janganlah takut serta bimbang wahai kaum wanita sekalian, membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal. Jadi lebih terbuka. Kepada yang dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah aaa.. Hahaha.


2. Dia akan meminta nombor telefon kamu

Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab mahu minta nombor telefon. Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual mahal sebab tidak mahu bagi no. HP dengan diorang. "Apa ingat nombor handphone tu benda yang senang2 saja ka mahu bagi.."


3. Dia akan selalu SMS & Call

Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita. Mungkin takut dikebas orang barangkali. Jadi kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri kamukerana itu merupakan simptom2 biasa mereka yang dilamun cinta. Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa takut. Kamu hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya, buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak.


4. Dia akan selalu bertanyakan tentang kamu kepada rakan-rakan kamu

Sekiranya  kamu selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan berada berdekatan dengan  kamu. Dia ingin mengetahui dengan siapa  kamu berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali  kamu. Maklumat2 yang tidak dia peroleh dari  kamu boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda. Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan  kamu dan sejarah percintaan kamu sebelum ini maka rakan-rakan  kamu adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini. Hohoho.
 

5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk kamu

Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata kamu. Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna pada kamu. Dia tidak mahu kamu berasa tidak yakin kepada dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk kamu. Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna. Kan?


6. Jika Benar Dia Sukakan kamu mereka akan jumpa Family

Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluargamu untuk berbincang hal seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan pernah mempermainkan perasaan orang yang mereka sayang.

Rokok Elektronik Bahaya

Edit Posted by with No comments
Rokok Elektronik Berbahaya.




KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.

Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.”