Sunday 31 March 2013

Anak Perempuan Disuruh Memilih Lelaki Untuk Disetubuhi Sebelum Berkahwin.

Edit Posted by with No comments
PELIK TAPI BENAR!
Ketika seorang gadis telah memasuki usia 15 tahun, maka orang tua mereka akan mendirikan sebuah “Pondok Cinta” untuk menghabiskan malam dengan remaja lelaki lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus Suku Kreung di Kemboja. Suku Kreung adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat terbuka dalam soal berkaitanhubungan seks. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan mendirikan sebuah pondok kecil dan menyuruh anaknya menghabiskan malam dengan mana-mana remaja lelaki yang disukainya, sehinggalah bertemu cinta sejati dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Suku ini percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk mencari calon suami yang sesuai bagi anak gadis mereka. Mereka juga percaya melalui kaedah ini, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung amat peka tentang seks, mereka tahu bagaimana cara menghadapi lelaki. Mereka tahu apa yang mereka mahukan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.
Begitulah cara bagaimana suku Kreung menangani remaja perempuan mereka. Menurut mereke, di zaman modem ini di mana penceraian dan pemerkosaan berleluasa dalam masyarakat, suku Kreung tidak pernah mengalami masalah tersebut dalam komuniti mereka. Kini di wilayah ini, kesedaran tentang seks yang selamat tersebar luas, iaitu dengan penggunaan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun dan sekarang tinggal di “Pondok Cinta” di halaman belakang rumah orang tuanya. Mari kita lihat pandangan gadis ini tentang pondok cintanya: “Ketika ada remaja lelaki datang untuk bermalam dengan saya, jika saya tidak mahu mereka menyantuh saya, meraka tidak akan lakukan sama sekali. Kami hanya berbual-bual dan tidur sahaja. Tapi, jika saya bertemu dengan lelaki lain dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan “hubungan intim” dengannya di pondok saya.

Tetapi, jika saya berhenti mencintainya dan bertemu dengan remaja lelaki lain yang lebih menarik, saya akan berhenti melakukan hungan seks dengan teman saya. Saya berpindah ke pondok ini ketika berusia 15 tahun, pada masa itu saya memiliki empat teman lelaki.

“Saya tidak pasti berapa ramai remaja lelaki yang datang bermalam di pondok saya. Mungkin dalam dua atau tiga orang buat masa ini. Saya rasa tidak ada kemestian dalam melakukan hubungan seks lelaki hanya kerana mereka tidur di samping saya. Kami perempuan sangat menitikberatkan cinta sejati sebelum sesuatu hubungan intim terjadi. “Saya risau tentang kehamilan. Tetapi orang tua kami telah menerangkan dengan jelas bagaimana untuk menghindari kehamilan dan melakukan seks dengan lelaki yang benar-benar kami cintai. Jika ada seorang gadis yang hamil dengan lelaki yang tidak mencintainya, tetapi jika ada lelaki lain yang mencintai gadis itu, jadi lelaki tersebut akan berkahwin dengannya dan mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak sendiri”.

Monday 25 March 2013

Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati.

Edit Posted by with No comments

Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.

Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.

Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati. “Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.

Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.

Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.
Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.

Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.
 
Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.

Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.

“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.

FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.


Wednesday 20 March 2013

Pengorbanan Ibu Kucing Jadi Bualan

Edit Posted by with 2 comments
 Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico,  ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan. Renung2 kan.

Thursday 14 March 2013

Negeri Sabah. Wajib Baca.

Edit Posted by with 3 comments


CERITA RAKYAT

Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama
Sabah. Berkahwin dengan jejaka tampan bernama
Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan  

mereka menghasilkan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka
ke sana ke mari menakluk, membuka k0ta baru dan
membesarkan keluarga mereka.


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan
berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah

lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah

dari luar, si Sepany0l dan si British. Isteri Brunei

bernama Amanilah dirampas Sepany0l,

ditukar namanya jadi Manila.


Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun,

Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama

Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya

maka Brunei menjanjikan
menyerahkan isterinya Sabah

kepada Sulu.



Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia
tidaklah membantu dalam
perang saudara,
0leh kerana kekuatan Brunei semakin lemah,

perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah

Sabah mempunyai dua
laki dalam masa yang sama.

 
Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah
dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000

kepada Brunei. British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat

Brunei dapat wang 12000
setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan
“isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.


Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan

laki baru dia British, duit makin masuk, ek0n0mi makin stabil,

anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup

 gembira. Sehinggalah datang pemuda

mata sepet, Jepun.

Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik,

tidakmeminang. Ambik terus bini 0rang, British dihalau
jauh dari Sabah.


Kerana cintanya kepada Sabah, British datang
kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun.

Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah,

British kembali dengan isterinya, namun British

sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. 
British ingin menceraikan Sabah.


 
Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu
dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia.

Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas

jantinanya tidak diketahui sama ada jantan

atau betina, dan menyusahkan lakinya.

Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram,

asalnya miskin dan sekarang senang.


 
Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang
bahagia. Tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda.

British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli.
TETAPI SULU. Laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas

kembali bekas isterinya yang
semakin harum, semakin cantik dan bergaya.
Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah

inginkan bapa tiri macam kamu..

Adakah ya..??


Saturday 2 March 2013

TerPERSONA Kereta Idaman

Edit Posted by with 3 comments

Haiii semua... Aku lama tidak update blog aku 
kan. Kali ni aku cerrr direct lah. Aku admire 
 dengan kereta ni sekarang. 
PERSONA.

Alaaa, modal ciput saja, 
kereta yang mampu milik saja la kan. 
Harap2 lah murah rezeki aku, dapat 
juga lah drive kereta ni nanti.
Aminnnnn.