Monday 28 January 2013

Cik Misi berbicara

Edit Posted by with No comments

Haiiii.. 
Lama juga aku tiada 
update blog aku ni kan.
Kemungkinan akan lambat update sangatlah 
tinggi sebab bila mula masuk alam pekerjaan ni, 
banyak benda aku kena urus untuk urusan pejabat dan yang penting gaji. Hahahaha. 
Laptop aku lagi pula demam kepialu. 
Adesss.

Aku sekarang selamat bergelar seorang 
jururawat. Kami lapor diri 
15hb. January hari tu dan aku ikhlas 
jadi seorang misi. 
Cik misi lah sangat. 
Hehehhehe.

Mula-mula tu aku nervous juga tapi 
sudah 3 tahun belajar benda ni, tak kan lepas 
peluang pula kan. Korang semua 
doa kan untuk aku k.
Love uolls...
Bye




Sunday 13 January 2013

Sedih Aku Pedih

Edit Posted by with 5 comments
Aku sendiri tidak tahu apa perasaan aku sekarang ni.
Semakin hampir masa untuk lapor diri,semakin 
aku rasa sedih pula. Aku sayu saja.

Tipu la juga kalau aku tidak happy bila cita-cita 
aku selama ni termakbul. Syukur Alhamdulillah Ya Robbi.
Aku boleh lah balas jasa orang tua aku pula.

Aku kadang berfikiran,lepas ni mesti aku kurang 
masa santai dengan keluarga aku banding 
sekarang. Kalau nanti ada emergency,
aku jauh dari keluarga,siapa 
yang tolong. 

Aduhhh,banyak benda yang aku fikir. Ini bukan 
juga kali pertama aku tinggal jauh dari 
keluarga tapi mungkin.. Arghhh,tidak tahu lah..
Aku sedih.

Luahan Hati Seorang Ibu Untuk Si Anak

Edit Posted by with 6 comments

Anakku, apabila ibu memarahi kamu, janganlah merasakan
 ibu seorang yang jahat, melainkan niat ku untuk membentukmu, 
menjadi seorang insan yang berguna, 
didunia mahupun akhirat.

Anakku, Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu, 
ketahuilah kamu bahawa luka di tangan 
dan tubuh kamu, terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu, 
kerana terpaksa memukul anak nya, untuk 
memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku, Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan, 
ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan, 
untuk berpisah dengan jantung hati ibu, 
semata-mata untuk melihat 
anaknya berjaya.

Anakku, Jika ada keinginan mu ditentang, 
janganla kamu membenci ibu mu ini, kerana 
ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang, 
kerana akan membawa lebih banyak 
keburukan dari kebaikan.

Anakku, hati seorang ibu lebih sanggup melihat 
anaknya menangis dihadapannya, tetapi tidak 
akan sekali-kali membenarkan 
keinginan itu membunuh anaknya, 
di masa hadapan.
Anakku, Ibu ibarat seorang lilin yang 
membakar diri, untuk menerangi anaknya, 
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun, anaknya 
tidak sesekali dibiarkan 
susah dan lapar.

Anakku, Jika kamu sakit, Ibu rela menggantikan 
tempat itu dari melihat kamu menahan 
kesakitan, Jika kamu menjadi buta, Ibu sanggup 
memberi mata ibu, Jika kamu memerlukan 
buah pinggang, ambil lah buah pinggang ibu, 
Jika kamu sedang nazak, Ibu sanggup memberi nyawa ibu 
andai boleh dilakukan, Namun ibu bukannya Tuhan, 
Begitulah tingginya kasih sayang 
seorang ibu.

Anakku, seandainya telah sampai waktu ibu pergi 
menghadap Ilahi, jaga lah dirimu 
sebaik ibu mu ini menjaga dirimu, jagalah 
maruah mu untuk kesenangan ibu dan 
ayah disana, dan jangan sekali-kali dilupakan, 
Ibu terlalu menyanyangimu, 
melebihi nyawa ibu.

Anakku, walaupun jasad dimamah bumi, 
namun doa seorang ibu untuk anaknya
 tidak pernah hilang, malah akan sentiasa 
dihati ibu, walau dimana 
ibu berada.

Anakku, bila ibu sudah tiada, ingatlah
 ibu didalam doamu, semoga kamu 
menjadi isteri dan ibu yang baik, suatu 
hari nanti,

Anakku.. 
Kau lah permata hatiku.

Sunday 6 January 2013

Maksud Sebalik Binti, Bin Dan BTE

Edit Posted by with 31 comments


Sebenarnya ramai yang tidak faham sebenarnya maksud

BINTI, BIN dan BTE.



BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve.

Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu,

wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri

kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini

kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan

masyarakat di Nusantara dan kemudiannya

digantikan dengan "BINTI".



BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name

(merujuk kpd nama keturunan keluarga) dan

BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial

(ini kerana bagi wanita mereka sekali saja 
dapat menggunakan nama 
keluarga mereka, selapas itu anak2 mereka akan 
menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).



Ini adalah warisan kita dari zaman 
pemerintahan British dulu.

Friday 4 January 2013

Serangan Hujan Yang Aneh

Edit Posted by with No comments



Di Conventry West Midlands pada 16 Disember 2011, sekitar 
jam 6.45 petang. Penduduk dikejutkan 
dengan hujan buah epal.
Pada tahun 1881, ribut petir di Worcester,England 
telah membawa turun bertan-tan 
ekor ketam.

Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit 
di kawasan ladang milik J.L Smith's di selatan 
Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami 
kecederaan malah merangkak 
menuju ke sungai berhampiran.

Jika mengikut rekos, Singapura juga pernah mengalami hujan 
ikan pada 12 Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku 
di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan 
kejadian gempa bumi. Jadi ada percanggahan pendapat yang 
mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan 
tapi amaran daripada haiwan seperti yang berlaku 
ketika Tsunami 2004.

1 kejadian yang sangat mengejutkan telah berlaku apabila 
hampir 1000 keping wang syiling telah jatuh ke wilayah Meschera, Russia 
pada tahun 1940 tapi sayang,wang tersebut adalah 
syiling yang digunakan pada abad ke 16.

Pada 7.Ogor. 1997, Oakville, Washingston seramai 445 orang 
penduduk telah dihujani dengan hujan yang meninggalkan 
gel berwarna hijau di halaman rumah mereka.

Penduduk Kerala, India gempar apabila menyangka 
mereka akan dihujani dengan meteor tetapi ia sebenarnya 
adalah air yang dipenuhi dengan spora merah ( biji benih yang tidak berbunga seperti 
cendawan,paku-pakis dan sebagainya ) yang 
berlaku pada Julai 2001.

Tuesday 1 January 2013

Dia.. Cristiano Ronaldo.

Edit Posted by with No comments
Dia tidak minum arak kerana mengingatkan beliau kepada
penyakit yang membunuh
ayahnya.

Dia juga tidak mempunyai tatu pada badannya supaya dia dapat
menderma darah dua kali setiap
tahun.
Datang dari keluarga miskin yangkehilangan bapa semasa umurnya
masih muda.
Dia juga buat sumbangan besar kepada sekolah di Palestin dan
memberi 3 juta kepada negara-negara di Afrika yang sedang
menderita.
Dia juga telah menampung perbelanjaan penghidap kanser
yang berusia sembilan tahun..

Tahun Lalu Sexy, Tahun Baru Lebih Sopan.

Edit Posted by with No comments
Hiii... Morningggg.. Happy new year. 
Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lalu.
Apa azam korang? Aku tahun ni azam 
mahu turunkan berat badan ni. Aku target untuk 
dapat BMI yang normal. Awww.. 

Ok,tajuk tu lain.. Aku cerita lain pula.
Aku mahu cerita pasal header aku tu. Kalau 
sebelum ni aku guna header yang 
sexy lady tapi cute lah..

Sempena tahun baru ni aku tukar semua guna dengan 
doodle tu. Lebih sopan dan lebih cute 
banding dengan awek sexy tu. Kan?
Korang suka yang mana?