Monday 31 December 2012

Berwajah Baru Di Hujung Tahun Part 2

Edit Posted by with No comments
 

Hahhhhh.. Doodle dari segmen hari tu aku jadi kan 
tema blog aku. Sekarang,semua aku edit guna 
doodle ni lah. Cute apaaa.. Editor amatur,
boleh lah sikit2. Pendapat korang?
Hehehehehe.

Pssttt.. Cerrr try tengok banner 
aku di bawah2 tu.. =)
Ada yang 'like'???



Berwajah Baru Di Hujung Tahun

Edit Posted by with No comments
 Hoyeahhh.. 
Sempena tahun baru ni blog aku 
akan ada pembaharuan. Korang perasan???
Itu baru aku tukar sikit. Sekarang aku kena 
rush pergi kedai jahit uniform.
Aunty cina tu lupa sukatan baju aku.

Petang ni confirm aku tukar lagi 
kreatif. Korang tunggu..
Tak sabar. Hehehhe.
Kbai. =)

Sunday 30 December 2012

Gambar Yang Membawa Maksud Mendalam.

Edit Posted by with 5 comments
 

Gambar yang membawa maksud yang sangat mendalam tidak kira dalam apa hal sekali pun. Ingat,kepercayaan
 orang kepada kita jangan di persia-siakan.
Sesuatu kepercayaan itu sama lah 
orang memberi kita amanat.

 Trust is like paper, once its wrinkled,
 it can never be perfect again 
like before.

Kbai.



Saturday 29 December 2012

Dapat Doodle Free Yang CUTE!!!

Edit Posted by with No comments

Hahhh.. CUTE kan doodle tu? Tuan doodle 
buat segmen hari tu sudah tunai janji. 
Hehehhehe. Aku terus buat gambar 
profile pesbuk aku. Cute arr..

Thursday 27 December 2012

Tune Talk Bagi Sim Kad PERCUMA.

Edit Posted by with 2 comments

Yeahhhhhh...
Siapa suka benda free? Kali ni Tune Talk 
baik hati bagi sim kad free.
Kepada korang2 yang berminat tu,senang 
saja. Korang hanya perlu klik


Nanti korang klik pula gambar 
ni untuk dapatkan borang 
tu. Senangkan..??
Cerrr try.. =)
 

Sunday 23 December 2012

Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani

Edit Posted by with 11 comments


Morningggggggggggg..
Kan aku sudah cakap,aku confirm join 
semua segmen yang geng blogger lain buat. 
Bukan susah pun & tidak rugi juga pun.
Korang join la. Klik ja banner 
cute tu.

Tarikh tutup: 26. Disember. 2012
Laiii.. Laii.. Lai..
Kbai.

Awas FreeImageHosting BerMALWARE.

Edit Posted by with 4 comments

Uwaaaaaaaa.. Blog aku kena jangkitan Malware lah pula.
Kalau seorang yang report tidak apa lah juga tapi 
aku heran bila dua orang report dengan aku 
benda yang sama. BLOG AKU ADA 
MALWARE!!! Tidak senang aku 
baring. Hurmmmm..

Sebelum aku betul2 faham,aku godek2 tutorial d Google. Banyak cara aku
 try test. Salah satu WEBMASTER TOOL tapi hasil cari di 
Webmaster Tool.. Blog aku ni sihat pula. 
Cuba tengok..



Confius juga tapi aku tidak puas hati juga. Godek2 cara lain pula. 
Aku jumpa blog Suterakasihyann. Dia bagi cara 
remove Malware yang mudah aku faham. 
Thanxxxx dear.

Rupa-rupanya Malware tu bersembunyi di banner blog aku sendiri. 
Aduhaiiii.. Sedihnya. Dan terpaksa lah aku delete terus banner 
aku tu untuk kesejahteraan bersama. Uhuk2..
Bubye banner.


Lepas ni siapa yang ada masalah Malware lagi,korang 
mungkin ada jangkitan virus sama macam aku ni.
Korang baca ni pula..

Lepas ni korang jangan la segan silu pula datang lepak2 
di blog aku ni sebab aku sudah kick out musuh 
blog tu tapi aku sedih lah banner aku tu. 
Waaaaaaa...

Credit untuk
sebab dorang  dua ni lah yang prihatin 
report dengan aku.
Thanxxxx.

Saturday 22 December 2012

Al-Quran Berwarna-warni Untuk Si Gadis

Edit Posted by with No comments

"Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir."

Cantik kan Al-Quran tu,siapa 
yang berminat boleh lah 
klik di bawah ni untuk

Harga senaskah Al-Quran ni
RM99 SAHAJA + RM1 (pos laju seluruh Malaysia). 
Boleh buat untuk hantaran.
Kelebihan:
1) Al-Quran + Terjemahan 30 Juzu
2) 1001 sisipan ilmu khas untuk WANITA
3) Kini helaian WARNA WARNI (Sangat cantik!)
 

 

SEGMEN : Free Doodle To Me!

Edit Posted by with 4 comments

Waaawiieeee...
Cute kan doodle tu? Kali ni aku mahu ikut semua
segmen free doodle, tidak rugi tau. 
Korang yang mahu join juga,klik banner tu.

Nama manja2 ahakz : Atiqa Wahid
Warna : Soft Pink.

Thanxxxxx.. :)

Friday 21 December 2012

Contest : Saya Nak Doodle by- Rien Rose.

Edit Posted by with No comments

Haiiii uolls...
Semenjak lama tidak hupdat blog ni,rindu pula 
terima doodle free ni. Kali ni dapat tu yang di banner. Sweet,comey2 kan? Kalau korang mahu juga,korang 
klik saja banner tu. Cepat,tarikh tutup 21.12.2012. 
Hari ni lah tu kan? Malam ni tau. 
Cepat2 la.

Baju doodle saya nak warna biru lembut2.
Nama manja: Atiqa Wahid

Tukar Wajah Tanpa Plastik Surgery

Edit Posted by with No comments

Hoyeahhhh..
Blog aku berwajah baru,ambik mood 
hujung2 tahun ni. Lebih ceria dan tidak lah 
bosan menghadap background yang sama saja. 
Semua tu tanpa keadeh plastic surgery tau.
Hahahahahaha. 
Kan.. Kan.. Kannn?
C uuuu...
=)

Thursday 20 December 2012

Doa Ketika Hujan

Edit Posted by with No comments

Maksudnya:
Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.
(HR Bukhari).
 
Musim2 hujan sekarang ni, jangan 
lupa baca & amalkan doa ni. Semoga kita mendapat 
rahmat dari Allah & murah rezeki.
Amin. =)  

Tuesday 18 December 2012

Tawakkal Kepada Allah

Edit Posted by with 6 comments

SUBHANALLAH

"Gambar ini menunjukkan bayi yang baru sahaja
lahir berserta kantung air ketuban yang masih dalam
keadaan baik. Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir
bagaimana Allah SWT menjadikan lendiran2 ini sebagai wakil
(asbab-pelindung) kepada seorang bayi tatkala ia
berada di dalamkandungan ibunya, di saat dia tidak
punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut:
"Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tidak mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan seperti apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dan sebagainya tapi Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya".

*Gambar yang cukup mengkagumkan, dan
membuatkan kita terfikir akan keajaiban
ciptaan & kuasa Allah SWT

Kalau Sudah Rezeki.. Tidak Ke Mana..

Edit Posted by with 8 comments

SYUKUR, ALHAMDULILLAH..
Penantian aku untuk dapat kerja sudah berakhir. Akhirnya 
selepas aku interview bulan lalu berbalas dengan 
khabar gembira. Lepas ni tinggal tunggu 
surat lapor diri lagi lah. 
Hihihihi..

Tipu la kalau aku tidak mengharap tapi time 
aku interview tu aku punya la blurrr..
Bukan apa, aku time tu tidak cukup tidur. Fikir benda lain lagi.
Lagi pun,kami di panggil berpasangan. Aku paling tidak 
suka situasi tu tapi ALHAMDULILLAH. 
Rezeki Allah murah. Syukur.

Ritual Kejam Penggal Kepala Haiwan

Edit Posted by with 2 comments

Menyedikan dan menyeramkan apabila melihat ritual perayaan bagi negara Nepal ini.
Lazimnya, bagi mana-mana agama pun, Tuhan masing-masing akan
 menerapkan elemen kasih-sayang di antara satu sama lain.
Tidak kira dengan apa jenis kehidupan.

Namun, berbeza dengan perayaan keagamaan bagi warga Nepal ini.
Mereka akan meraikan ritual dengan mengorbankan beribu-ribu ternakkan demi Dewi Gadhiami. Lebih menyedikan apabila acara itu dilakukan dengan memenggal kepala binatang seperti kambing dan lembu tanpa belas kasihan.

Ada di antara binatang itu yang masih berdiri semasa kepalanya tertanggal dari badan!
Anda boleh melihat sendiri imej di bawah mengenai bagaimana mereka menjalankan upacara berkenaan.
Kononnya, acara itu diadakan bagi mendatangkan 
berkat kepada penduduk setempat.

Anehnya dalam ritual tersebut, semua yang datang kelihatan 
bersuka ria dengan memenggal kepala-kepala binatang ternak 
yang mereka yakini sebagai persembahan.
Kasihan sungguh!







Monday 17 December 2012

Sabun Susu Beras Collegen

Edit Posted by with No comments


Sabun susu beras Collegen asli dari negara Thailand.
Aku suka bau sabun ni,wangi. Halal lagi tu.
 Sekarang aku amalkan guna sabun ni untuk 
sabun mandi aku. Kulit 
pun lembut saja.

Kalau guna di muka pula,(kira 2in1 la) lepas bilas tu.. 
Muka rasa tegang saja. Buih sabun ni pun 
lembut. Best la guna sabun ni.
Korang try la ( promosi skettt.. ) .
Hihihihihi.. Kbai..

Kanak-kanak Zhang Ta Menginspirasi Ramai Orang

Edit Posted by with No comments

Zhang Da harus menanggung beban hidup yang berat ketika 
usianya masih kecil. Tahun 2001, ketika usianya 
 10 tahun, Zhang Da harus menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. 
Si ibu lari kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang mendera 
keluarganya. 

Yang lebih tragis, si ibu pergi 
kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus
  suaminya yang lumpuh, tidak berdaya dan tanpa harta. 
Dan dia tidak mahu menafkahi keluarganya.

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya 
yang lumpuh, harus mengambil-alih semua pekerjaan keluarga. 
Ia harus mengurus ayahnya, mencari nafkah, 
mencari makanan, memasak, memandikan si ayah, 
mencuci pakaian, mengubatinya, 
dan sebagainya.

Yang patut dihargai, dia tidak mahu berhenti sekolah. 
Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki 
melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan 
menuju tempatnya mencari ilmu. 

Selama dalam perjalanan, 
dia memakan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, 
mulai dari memakan rumput, dan dedaunan. 
 Sangat beruntung kerana dia tidak memakan dedaunan yang beracun.

  Selesai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan 
dan ubat untuk si ayah, Zhang Da
 bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang 
di punggung dan pergi menjadi pemecah batu. 

Upahnya dia gunakan 
untuk membeli pelbagai barang keperluan seperti ubat-ubatan 
untuk ayahnya, bahan makanan untuk mereka berdua, 
dan beberapa buah buku untuk dia pelajari.

Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tidak hanya 
memerlukan ubat yang harus diminum, 
tetapi diperlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana 
tidak mampu membawa si ayah ke klinik
 terdekat, Zhang Da mempelajari bagaimana cara menyuntik.
 Dia membeli buku untuk pelajari cara menyuntik. Setelah 
mahir,dia membeli jarum suntik dan uba
lalu menyuntikkannya secara rutin pada sang ayah.
 
Rupanya kegigihan Zhang Da 
yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik 
pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China 
menyelenggarakan penghargaan nasional pada tokoh-tokoh inspiratif nasional. 
Dari 10 nama pemenang, satu di antaranya terselit nama Zhang Da. 
Ternyata ia menjadi pemenang termuda.

Acara pengukuhan dilakukan melalui siaran langsung television.
Zhang Da diminta tampil ke depan panggung. 
Seorang pengacara menanyakan kenapa dia mahu 
berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. 
"Hidup harus terus berjalan. Tidak boleh menyerah, 
tidak boleh melakukan kejahatan. 
Harus menjalani hidup 
dengan penuh tanggungjawab," 
katanya.
 
Pengacara itu bertanya lagi. "Zhang Da, sebut saja 
apa yang kamu mahu. 
Berapa wang yang kamu perlukan sampai 
kamu selesai sekolah dan mahu sekolah di mana. 
Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat 
kamu melalui layar television, mereka 
boleh membantumu!" kata si pengacara majlis. 
 Zhang Da terdiam.

Zhang Da yang saat itu sudah berusia 15 tahun 
pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. 
 Semua hadirin di ruangan itu, dan juga 
jutaan orang yang menyaksikan secara
langsung melalui television, terdiam menunggu apa keinginan Zhang Da. 
 "Saya mau mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, 
aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. 
Mama kembalilah!"
 kata Zhang Da yang disambut titisan 
air mata haru para penonton.

Zhang Da tidak meminta hadiah wang atas 
ketulusannya berbakti kepada orang tuanya. 
Padahal saat itu semua yang hadir boleh membantu 
mewujudkannya. Di mata Zhang Da, mungkin wang boleh
dicari sesuai dengan keperluannya tetapi 
seorang ibu dan kasih sayangnya, itu tidak ternilai.

Pelajaran moral yang nampak sederhana, 
tetapi amat bermakna. 
Setuju kan?