Monday 30 July 2012

Hidup Berprinsip. Islam Agamaku.

Edit Posted by with 2 comments

Perenang negara Tunisia, Taqi Murabit menarik diri dari acara saringan 
renang sukan Olimpik London kerana acara saringan tersebut turut sidertai perenang
 Israel yang merupakan anggota tentera Zionis yang saban hari 
mengebom rakyat negara Palestin 
yang tidak berdosa.

Tindakan beliau disifatkan tindakan yang begitu tegas terhadap kezaliman Zionis 
terhadap umat Palestin yang dibunuh bagaikan binatang setiap hari 
tanpa rasa kasihan melihat kesengsaraan mereka. 
Inilah yang dikatakan semangat keislaman dan kemausiaan 
yang ditunjukkan oleh seorang atlet yang berprinsip.

Tertanya2 juga, boleh ka atlit Malaysia yang mengaku
negara Islam ni bertindak seperti Taqi Murabit?
Tepuk dada, tanya selera ...

Muslihat Menjatuhkan Dalam Kemeriahan

Edit Posted by with 2 comments
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara
 gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak 
dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya 
mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka 
untuk menyihir seluruh dunia. 

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka
 dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat 
signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah 
bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat 
yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan 
Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri 
bagi menjalankan agenda mereka. 

Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari 
sebelah kanan ke kiri.Jika 2012 itu diubah kpd huruf dn dibaca dr kanan ke 
kiri ia akn kelihatan spt ZIOZ. Di dlm kod ini, huruf Z yang 
terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dgn ini terbongkarlah 
dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau 
Olimpik London ZION.2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION.

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, 
yang di idamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina 
tapak kezahiran Dajjal laknatullah @ Mosyaikh 
mereka ke dunia bagi menguasai dunia

 Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 
dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan 
sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya 
secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan
 internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. 
Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi
 pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

 Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut 
Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir 
berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. 
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan
 berkat bulan Ramadhan ini.

Wallahualam Bissawab.










Wednesday 25 July 2012

Aku Rindu Sahabat

Edit Posted by with 2 comments
Kita semua kalau boleh mau cari sahabat 
yang boleh share suka duka tapi sekarang ni memang 
susah mau cari kawan yang betul2 boleh 
di gelar sahabat kan?
Ohhhh, dunia2.

Aku selalu fikir aku ni mau jadi seorang sahabat dan 
berharap aku pun dapat sahabat. Aku 
sebaik yang boleh tapi si kawan tu macam 
ambik kesempatan pula. Dia ingat 
aku si bodoh2?? Huhhh ...

Aku jenis yang cepat percaya dengan orang, 
walaupun berkali aku kena. Aku set dalam otak aku, 'tidak 
baik bersangka buruk dengan orang'. Jadinya, 
aku balik2 terkena tapi aku bukan la 
orang yang terlampau 'lurus'.

Aku bila kenal dengan orang tu, aku sudah biasa sikittt 
mula la aku cerita yang macam kenal 10 tahun. 
Aku memang jenis yang suka berterus-terang 
& mudah percaya apa si 
kawan tu cakap.

Last2, aku sedar sendiri yang aku ni sudah terpercaya 
si kawan yang bukan sahabat aku rupanya. 
Adusss, jadi baik salah ... 
Jadi jahat lagi la double trouble bahaya.
Apa pilihan yang ada? 
Sedihnya ...



Part 1 :: Kenangan Bergelar Pelajar.

Edit Posted by with No comments
Hmmm, santai2 macam ni aku terkenang2 pula zaman aku sekolah dulu2. Bagi aku zaman 
tu paling best, tipu la kalau ada yang cakap tidak best kan? Walaupun time tu 
semua kena ikut peraturan sekolah, ada yang rasa sekolah ni macam 
penjara tapi bagi aku, aku suka betul kenangan tu. Tidak heran la aku 
dok asrama 5 tahun. Kawan-kawan aku yang lain kagum dengar aku bagitau 
aku dok asrama 5 tahun dulu. Hahahaha.

Naik tingkatan 1, aku dapat tawaran masuk asrama penuh. Tipu la kalau aku cakap aku 
masuk saja asrama terus dok suka riang ria, mula2 tu aku nangis tahap gaban juga la 
tapi aku cover2 nangis bawah selimut. Hahahhahahaha. Malu pula kalau 
geng 1 dorm aku tahu tapi dorang faham, dorang diam ja. Hehehehhe. 
Tiap hari aku call mama aku di kampung, sambil nangis2!!! 
Hahahhahha. Mula2 tu dorang risau juga, tapi dorang bagi aku masa 
2 bulan tuk sesuai kan diri sna. Alhamdulillah, 
aku makin happy bila sudah ramai kawan. 
Cancel pindah, yessss. Kuikuikui.

Kami kena bagi kelas 1 Saidatina Aisyah, aku sudah mula happy bila 
bestfriend aku pun daftar masuk sama sekolah dengan aku. 
Dalam kelas kami duduk sebelah2. Bab akademik, aku sangat lemah dalam subjek Matematik. Sekali pula, kelas kami dapat cikgu 
yang amat la garang. Aku ingat lagi, nama 
dia cikgu Suriani ( Terima kasih cikgu ... ). Kelas kami kebetulan menghadap 
pintu pejabat dia, jadi kalau time subjek Math ... 
Kami semua mengintai dia dari atas. Nampak dia naik saja, 
kami semua diam macam tikus. 
Hahahhahahaha.

Cikgu ni garang sampai bila kena suruh buat latihan di depan, memang 
bergegar jari tu. Mulut melopong saja tengok soalan 
sebab bukan fikir cara jalan tapi dok fikir apa denda kena bagi. Hahahahhahaha. 
Jadi dalam otak aku, aku benci subjek Matematik. 
Aku stress bila subjek tu tapi cikgu tu mungkin lagi stress 
dengan aku. Hahahahhaha. Itu antara kenangan 
tidak best aku tapi aku tidak la marah dengan cikgu tu. Bila ingat 
sekarang, boleh senyum 
sorang2 pula. Hehehehehe.

Selain tu, hikmah aku dok asrama ni aku dapat berdikari dalam semua hal. 
Aku kena cepat atur masa aku. Kalau tidak, confirm aku 
ketinggalan & terkebelakang. Walaupun masih malas + mengantuk, 
seawal jam 4 lebih lagi aku sudah bangun pegi mandi. 
Sudah la sekolah aku ni di daerah kaki Gunung Kinabalu, 
kesejukan tu boleh buat menggigil tunggu 
turn guna paip. Hahahahha.

Selain tu, aku kena bijak belanja duit aku. Walaupun 
kedua2 mama bapa aku bekerja tapi dorang bukan jenis manja
 kan anak dengan bagi duit macam tu ja. Cukup 
bulan baru la muka aku masuk bank. Hohohohoho. 
Itu pun, dorang bagi aku RM50 tuk belanja sebulan. Jadi kalau aku
 ikut rentak kawan2 aku yang berduit lebih memang aku bankrap 
sebelum hujung bulan tapi aku bersyukur, dengan cara 
mama bapa aku buat macam tu, aku jadi seorang 
yang pandai berjimat cermat. 
Aku di didik, bukan senang cari duit.
~ Alhamdulillah ~





Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan 2012

Edit Posted by with 6 comments


Salam Ramadhan kepada semua geng blogger. Semoga 
bulan yang mulia ni membawa 1001 kebaikan kepada kita semua. 
Amacam puasa pertama, masih bertahan? Hehehehe.
Bulan ni menguji kita dalam pelbagai bentuk dan nikmat 
yang kita dapat berlipat ganda dari Allah.

Bagi kanak-kanak sekarang lah masa melatih dorang untuk 
berpuasa. Kalau tidak dapat sebulan,
 setengah bulan pun dah kira bagus 
( tapi sebulan lagi bagus ). 

Kemampuan kanak-kanak ni berbeza2 & dorang ni 
cepat sangat tergoda. Hahahahaha. 
Teringat pula zaman kanak-kanak aku. 
Kuikuikui.




Friday 13 July 2012

Alhamdulillah ... SAYS Meningkat

Edit Posted by with 5 comments
Alhamdulillah, rezeki aku meningkat hari ke hari. Berkat usaha 
tiap hari. Hehehehhehe. Akaun Says aku tunjuk 
perubahan positif, kejap hari lagi boleh la 
aku buat procedure cash out. 

Sapa2 yang belum daftar akaun Says ni, klik 
untuk daftar dan kita sama2 buat tabung 
Says. Tidak salah jika kita sama2 
menabung. Hehehehhehe.

Saturday 7 July 2012

Curly Hair ... Awwww ...

Edit Posted by with 10 comments
Hohohohohoho. Aku siap transform kan rambut aku pegi curl.
Aku suka tengok rambut aku yang curly2 gitu. Hehehehe. 
Ramai ladies yang minat rebonding tapi aku suka 
tengok ikal2 mayang ni. Cantik. Kan2?

Aku curl rambut pun bukan untuk tayang2 dengan 
orang, saja untuk kepuasan hati sendiri. 
Kalau sudah macam ni, confirm tiap
 jam tengok rambut di cermin. 
Hahahahahahha.

Friday 6 July 2012

Update Baru ...

Edit Posted by with 2 comments
Hadoiii2, penat pula bersihkan sawang belog aku ni. Lama aku tiada update 
belog aku ni. Banyak benda aku ketinggalan sini. Geng blogger datang 
melawat pon aku tidak sempat singgah balik. Bukan aku saja2 tapi 
start 27hb.06 tu aku sudah tidak buka belog aku ni. 
Aku minta maaf dengan korang.

Bukan apa, time tu sepupu aku kahwin. Tolong2 la apa yang patut la sana. 
Hidup dalam masyarakat ni kena la alert sikit hal2 macam tu. 
Apa lagi ni sudah sepupu sekali aku, rentung pula kena 
fire oleh mulut2 yang tiada insuran tu nanti. 
Hahahahhahha. 

Lain bangsa, lain adat kan??? Entry lain nanti, aku kenalkan korang 
dengan sedikit adat2 bangsa aku d sabah ni. Rasanya di 
semenanjung tiada adat2 macam ni mungkin. Tunggu 
aku betul2 sudah free baru kita cerrrr sini.