Saturday 31 March 2012

Penangan Drama Nada Cinta 02

Edit Posted by with 2 comments
Korang ada baca ka entry aku sebelum ni???
Tadi Ricky kantoiiii ... Aku dapat tangkap gambar dia 
bermanja dengan mama dia.
Ingatkan manja mana boby ni, dalam diam dia pon mau
 bermanja ... Hahahahaha ...

Korang tidak faham?
Korang baca entry ketuk2 sini.
Kali ni aku bagi tengok boboy plak bermanja ...
Hehehehehe ...
Itu pon boboy kantoi dengan aku time aku sorang2 di rumah.



Tengok tu, muka baru bangun tido, tengok kamera terus. 
Dia malu la tu kantoi bermanja ... Hahahaha ...





Suka Kucing

Thursday 29 March 2012

Tanda-Tanda Awal tension.

Edit Posted by with 5 comments
Orang selalu cakap tension2 tapi korang tau
ka apa benda maksud tension ni?
 "Tension ni membawa maksud perasaan cemas, tegangan, ketegangan, permusuhan, pertentangan perasaan."
 Huhhh, bunyi serius ja kan?

Antara penyebab tension:
  • Bekerja/ belajar dalam waktu yang lama. 
  • Sentiasa dinilai & di kritik.
  • Kurang sokongan.
  • Teguran yang negatif.
  • Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangka masa yang pendek.

Setiap kali kita tension, perasaan kita tidak 
akan tenteram dan terus menyerang fizikal dan mental
kita supaya tidak stabil.
Antara tanda-tanda awal tension tu ialah:

Fizikal:
  • Berdebar, lemah.
  • Kering mulut
  • Sembelit.
  • Sakit perut.
  • Kerap kencing.
  • Sakit dada.
  • Sakit badan/ kepala/ leher.
  • Pening.
** Semua bertindak-balas dari hormone.

Kognitif/ Fikiran/ Emosi:
  • Berasa tertekan.
  • Pelupa dan skuar memberi tumpuan.
  • Hilang minat dan banyak mengadu.
  • Murung, selalu teda mood.
  • Tidak tenang dan malas.

Kesan Kelakuan Langsung:
  • Cepat marah & suka menyerang guna fizikal atau perkataan.
  • Menggeletar.
  • Membuat sesuatu tanpa berfikir.
  • Mudah terkejut.
  • Sukar duduk diam.
  • Suka menyendiri dan menangis.

Kesan Tidak Langsung:
  • Menyalahgunakan dadah dan alkohol.
  • Pengambilan ubat tidur yang kerap.
  • Banyak tidur untuk elak masalah.
Tindakan akibat Tension ( jangka masa panjang ).
  • Putus asa.
  • Mengasingkan diri/ mencederakan orang laen.
  • Menghukum diri sendiri.
  • Mudah jatuh sakit sebab kurang selera makan dan jangkitan kuman.

Harap2 kita dapat la kawal perasaan tension tu ekkk ...
Kalau terasa2 tension tu, try luang masa untuk buat benda yang kita
Jangan plak ikut perasaan betol.






Sentiasa Fikir Positive

Wednesday 28 March 2012

Penangan Drama Nada Cinta

Edit Posted by with 4 comments
 Alaaa, tomeyyy2 ...
 Tadi aku perhati ja mama dengan anak kucing tu tidor, 
anak dia ni punya manja dengan si mama.
Tidor pon mau sangkut dagu di belakang mama dia ... 
Hehehehe ...
Anak mama, Rasti
Mama kucing ni ada 3 ekor anak, 2 gegirls & 1 boboy. 
Aku dapat ambik gambar ni dua2 anak gegirls manja dia ... 
Yang boboy tu, tidor sendiri2
 ( Ya la, kan boboy ... mana boley tunjuk manja sangat ). Hahahaha ... 
(Ingat plak iklan tv tu ).
Sowie jugak, gambar boboy 
teda di upload sebab dia tu pemalu skettt ... =)

Anak mama, Nada
Kebetulan anak mama kucing ni ada 3 ekor, 
orang2 rumah ni ‘hantu’ drama Nada Cinta ( kecuali aku =p ), 
adik sepupu aku bagi nama tiap sekor ... Nada, Rasti and Ricky ... 
Hahahahahaha ... Taksub sangat ... 
Adoooyaiiiii ...=)



Betol la, haiwan ni lebey sayang dengan anak 
berbanding manusia yang ada otak fikiran ...
 kadang segelintir manusia sanggup buang
 anak mana2 yang dia suka ... Gerammmm ... !!!

Ada sapa2 yang minat kucing jugak ???

Kanak-kanak Riang

Tuesday 27 March 2012

3 Janji

Edit Posted by with 2 comments
Best ja tengok drama 3 Janji tadi ... 
( Sweety2 cinta remaja gitu ... )
mati2 aku ingat malam ni episod 1, sekali ni terjojol mata aku 
tengok sudah episod 2.
Ketinggalan ja plak ... Huhuhu ... 
Padahal siang2 aku sudah booking remote tv, malam ni aku pegang ...

Macam biasa la kan, cinta2 ni ... Kapel2 ...
Sweet ja yang boy ( Khursyi ) caring betol dengan si Dahlia ...
Siap marah dengan si Dahlia, tidak suruh jalan sesorang
( sebab si Dahlia hampir2 kena rape oleh si Elias ).

Cerita cinta2, korang pon memang dapat imagine la amcam kan?
Tapi part si Khursyi masuk wad lepas 
accident kena langgar kereta, aku 
'tertewas' plak daaaa ...Terkenang2 plak ='(
Sukarnya perasaan ...
Uikkk, kenapa aku berair mata ni ???
Ok, walaupon aku tertinggal episod 1, aku try cari2 
jugak sinopsis drama ni ...

SINOPSIS 

3 JANJI

Drama 3 Janji mengisahkan seorang gadis bernama Dahlia 
yang berkawan rapat dengan Khursyi sejak kecil. 
Mereka saling sayang-menyayangi antara satu sama lain serta 
saling memahami. Malangnya Khursyi meninggal akibat kemalangan yang 
menimpa mereka semasa dalam perjalanan 
hendak mengambil keputusan SPM.

Dahlia redha dengan pemergian kawan rapatnya, 
Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 JANJI yang 
dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh 
menjadi teman terbaik, mencari 
kekasih terbaik buatnya, dan terkahir mencari suami terbaik.

Kini muncul dalam hidup Dahlia, Kamil dan Yassin, 
apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati 
Dalia serta menepati 
 3 JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi?. 








~ Tersentuh Di Hati ~

Sunday 25 March 2012

Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda"

Edit Posted by with No comments



Tadi bosan2, rajin plak blogwalking pegi blogger laen. 
Last2 jumpa segmen ni.
Aku mau try jugak la sebab misi tuk 
menambah geng follower di blog aku ni 

Harap2 lepas join segmen ni akan bertambah ramai geng follower aku
 tuk menyerikan lagi seri blog 
aku yang tidak la seberapa ni ... Huk3 ...

Sapa2 yang teringin join segmen ni jugak, jeling2 



Thanxxx For My Followers

Kenangan Spaghetti 2011

Edit Posted by with No comments
Bangun2 ja tadi aku terkekek ketawa sendiri ( gila apaaa ?? ). Hahahaha ... 
Bukan apa, aku ingat kenangan time di hostel dulu, 
rindu dengan geng 1 rumah ...
 Macam2 ragam tiap kami 4 orang and 
wujud la pelbagai karenah ... Hahahahaha ...

Kelmarin aku terjah blog Lang Radzlan
Dia plak cerita pasal spaghetti ni, kebetolan plak lagi kami 
di hostel ada try2 masak spaghetti ni. Konon2nya mau tukar selera western food
 ( lagi pon time tu kami hampir2 habis study ). 
Huhhh, dengan muka excited ... 
Kami beli barang la di Servey ni, tapi semua yang pek segera ( kos ciput ).

Sampai di rumah, masing2 ambik peranan. Masing2 tunjuk sifat sumandak ( gadis ) Sabah terakhir, 
rajin buat kerja di dapur. Sambil kerja sambil membebel bising excited!!! 
Semua rasa tidak sabar apa
hasil masakan kami. Ala, korang bayang ja gelagat
 Bujang lapok masak ayam tu 
( tapi tidak la teruk sangat ) 
Bayangkan ja amacam ... Hahahahaha ...

Bila siap masak, kami dok start makan ( ada baca doa jugak tau ) ...
Senyum2 start suapan pertama, 
sekalinya semua terdiam seribu bahasa ...
Opsssssss, kenapa2? Rupa2nya kami masak TIDAK sedap ( terbantut selera ). 
Hahahahahaha.
Bayangkan 1 periuk tu kami makan sekali ja, itu pon tidak habis.
Last2, besoknya masuk bakul sampah.

Walau pon tidak sedap, semua tu jadi koleksi kenangan kami selama 
3 tahun dok bersama sambil study.
Asam garam la dok serumah, sepanjang tawa riang ria ... 
terselit juga bermasam muka tapi tidak la
sampai gaduh bertarik rambut.
Semua tu mendewasakan kami ...
~ Miss you all ~




Lepas BiG exam, pegi tengok wayang !!!


Kak Wir ... Nolin ... Siati ... Atiqa

Saturday 24 March 2012

Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik

Edit Posted by with 4 comments



Ternganga mulut aku bila terbaca news gadis 15 tahun yang di katakan 
di culik sebenarnya TIDAK DI CULIK TAPI DENGAN RELA HATI pegi 
rumah boyfriend nya. Fatihah bagi alasan yang dia tertekan dengan keluarganya. 
Peringakat umur remaja macam tu memang akan memberontak 
tapi baek buruk keluarga tu, ia tetap keluarga kita.

Bila jadi macam ni, bukan gadis ni saja yang malu tapi 
keluarga dia lebey malu berdepan dengan masyarakat luar. 
Bila terlalu ikut darah muda, ini la jadinya ... Apa2 pon kita hanya mampu  
doa kan terbaek dan jangan hanya fikir benda negative.

Harap kesah ni jadi pengajaran dengan remaja2 dengan ibu bapa. 
Kalau pon tertekan dengan keadaan di rumah, kan boleh 
cari aktiviti luar yang lebey berfaedah
daripada malukan muka keluarga.
Sapa2 yang mau baca news ni lebey lanjut, 




Tepuk Dada Tanya Hati

Friday 23 March 2012

Tanda2 Orang kena Sihir

Edit Posted by with No comments
Selami Jiwa, Rawat Rohani,  Perkasa Peribadi.
Malam ni aku bosan tengok tv sesorang, pilih2 channel ... 
Aku tengok Oasis Astro, segmen Dato Fadzilah Kamsah.
tajuk yang Dato' kupas malam ni 
aku memang minat mau dengar - Sihir !!!


Ya, macam panel jemputan tu cakap ... Orang2 zaman sekarang ni 
bukan percaya sangat dengan kesah2
sihir ni. Bagi dorang, 
siapa yang percaya benda2 macam ni di anggap
 kampungan tapi harus di ingat, 
zaman Rasul dahulu lagi sudah wujud benda sihir-menyihir ni sebab 
Nabi pon sendiri kena sihir!!! Panel tambah bergurau, sapa2 yang 
tidak percaya atau teda 
kena sihir mungkin berkawan dengan jin dan syaitan.

Patung, santau, jarum, tangkal dan minyak pengasih antara 
cara para pengamal sihir luaskan 'empayar'.
Dengan cara yang betol2 bertentangan dengan cara Islam,
 mentera2 yang di baca sangat menyimpang dari ayat2 Al-Quran.
Cara mengubat pon boleh di
 lihat lebey menggunakan 
asap2 kemenyan atau pon memberi syarat 
menyembelih ayam atau yang jelas menyimpang.





Antara Tanda2 Orang Yang Sihir ::
  • Lengah2 kan buat ibadat ( malas la tu ).
  • Mimpi ngeri2, contohnya berdiri di tempat yang tinggi ( Huhhh, gayatnya ).
  • Mimpi ular, anjing atau binatang berbisa yang laen ( Ular, kompom ).
  • Mimpi tengah menyusu kan baby.
  • Orang tu berperasaan sedih, marah atau emo2 tidak menentu.
  • Jantung berdebar2 dengan tiba2 dan sakit dada masa Asar ke atas.
  • Sakit kepala tidak menentu ( orang cakap migrain tu ).
  • Rasa kita ni di ekori sesorang yang tidak jelas.
  • Pompuan yang benci dengan lelaki dan perkahwinan.
Itu antara tanda2 yang di sebut and aku ada baca buku sihir2 ni dulo2. 
Bagi siapa2 yang rasa ada tanda2 tu, 
jumpa la orang yang bertauliah untuk berawat. 
Sebelom tu jumpa doktor dulu la untuk buat medical check up 
tapi bila doktor sudah kompom 
kan sihat walafiat tapi masih 
ada symptom2 sihir ... 
Jumpa la ustaz2 yang boleh merawat.


~ Prevention is Better From Cure ~

Thursday 22 March 2012

Perempuan Harus Tahu

Edit Posted by with 9 comments
Halluw2 ... Hari ni mood aku terlebey 
MISS a.k.a RINDU 
plak dengan Teman Tapi Mesra aku tu. Adik aku terpaksa tadah telinga dengar 
story mory aku sampai tidak sedar plak dekat 3 jam jugak la 
aku berpidato depan dia ... Hahahaha ...

Lepas kesian aku tengok dia menguap2 ( terseksanya dia ... Hahahahaha ... ) 
dengar aku bercerita penuh feel,
 aku pon bagi la tips sebagai penutup dengan dia. 
Konon2nya aku ni jadi Dokter Cinta ( eeaawww ... ).
Aku pon mau share tips2 tu ..

10 Perkara Yang Perempuan Perlu Tahu ...
  • Kesusahan boy dihargai.
  • Girl nya sedia berkongsi apa saja untuk memenuhi kehendak boy ( selagi tidak melebihi batas ).
  • Menerima diri boy seadanya tanpa banyak soal.
  • Girl bersedia memberikan kemaafan apa saja kesalahan boy.
  • Girl menghargai perkara yang penting dalam hidup boy.
  • Memberikan boy peluang untuk memenuhi keperluan si girl sikit demi sikit.
  • Girl memberikan pujian terhadap boy.
  • Girl sentiasa memberikan dorongan kepada boy untuk melakukan yang lebey baek.
  • Girl menjadi pendengar yang baek di saat boy mau bercerita.
  • Kesetiaan dari girl nya untuk terus berada di sisi boy.

Amacam, korang ada buat macam ni dengan couple korang?? (^_^)v 


Sentiasa Ingin Jadi Terbaekkk ...

Wednesday 21 March 2012

Wahai Sahabat2 ku ...

Edit Posted by with 2 comments
Hmmm, tadi aku dengar ceramah agama di Tv. 
Aku mau tambah kisah tentang SAHABAT yang 
sebelom ni aku ada buat entry "Ku Rindu sahabat". 
Selain kawan yang betol2 boleh di panggil
 sahabat tu, kita sebenarnya ada 3 lagi kategori sahabat.

Sahabat pertama ni dia akan menemani kita semasa di dunia sahaja. 
Dia ni hanya akan melekat dengan kita bila kita senang saja iaitu,
HARTA BENDA.

Teman kedua plak, dia akan bersama dengan
 kita semasa kita hidup saja.
 Dia tidak sama sekali ikut kita untuk tinggal di dalam 
rumah baru kita walaupon isteri atau anak2.
teman kedua ni plak ialah
SAUDARA MARA.

Last sekali, SAHABAT yang akan kekal
 melekat dengan kita smapai bila2 plak ialah 
ILMU PENGETAHUAN dan AMAL IBADAT
kita selama di dunia. Perbanyakkan la ibadat kita selagi 
berkesempatan dan 
belajar la 1 ilmu yang bermanfaat.




Semoga Kita Dalam LindunganNya

Tuesday 20 March 2012

Percubaan Pertama Berjaya

Edit Posted by with 2 comments
 Weeehuuu ... Korang nampak ka di atas tu ~ atiqawahid ~ tu? 
Ada sapa2 yang dapat masuk jugak? 
Yeah2, kita dapat ... Akhirnya aku termasuk jugak dalam 
Bloglist Ben Ashaari ni. 
Kira happy jugak la, harap2 segmen ni dapat tolong 
blogger laen datang jeling2 manja ( tinggalkan jejak sekali tau ) di blog aku ni ...

** Pstttt ... Korang, sapa2 yang buat segmen/ contest tu, bisik2 dengan kita k ... =)

Kerjasama Kita Teguh!!!

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !

Edit Posted by with 8 comments

Jom .. Jom ... Jom ...
Huhhh, teruja plak join segmen di buat oleh Ben Ashaari ni. 
Ya la, aku ni masih baru bertapak dalam dunia blog ni. 
Orang baru mesti minta ajar dengan otai blogger.

Aku start berbelog ni pon sebab mau share info2 dengan kawan2 yang laen, 
secara perlahan2 aku akan buat identiti sendiri tanpa meniru 
atau seangkatan dengannya dari blogger laen.

Selain itu, aku dapat kepuasan bila apa yang tersirat 
dalam jantunghati aku ni terluah 
( tidak mampu pendam sendiri ), mungkin akan ada kawan2 yang 
sudi bagi pendapat atau kata2 semangat untuk aku.


Tidak Malu Bertanya

Monday 19 March 2012

" Jom Tambah Follower By Cik Sofa "

Edit Posted by with 6 comments



Hmmm ... Sibuk tambah2 Follower tadi nampak plak 
Contest "Jom Tambah Follower By Cik Sofa" ni. 
Bagai di sorong bantal, aku nak try jugak la join contest ni.
Bagi sapa2 Blogger laen yang berminat mau join, korang Picit Di Sini ja ...


Good Luck tuk semua blogger laen ... Hehehehe ...

~ Usaha Tangga Kejayaan ~

Sunday 18 March 2012

Don' t Give Up Gurlz ...

Edit Posted by with 6 comments
Aduyaiii, aku bohsan sudah dok rumah ja. 
Teda buat apa2 ni, pagi pegi tolong di kedai tapi petang2?? 
Dengan mungkin jiwa aku ni tidak ke arah sana sangat, 
tu yang liat ja mau pegi kedai ( pemalas ka aku ni?? ).
 Huk ... huk ... huk ...

Rezeki aku belom masuk mungkin tapi tidak apa laaa ... 
Tidak baek ngeluh dengan masa ni la aku tolong mama bapa aku. 
Nanti kalau ada kerja tetap, 
sibuk plak membebel "penat laaa" ... "Mau cuti laaa" ... 
Hmmm, manusia2 ... Selalu tidak puas hati ...

Harap2 la ada kengkawan yang sudi jugak doa kan aku 
cepat2 dapat kerja and mudah rezeki.
Hidup penuh cabaran, redha ibu bapa jugak 
jadi kunci keredhaan Allah.

KUN FA YA KUN ...






~ Rezeki Allah Teda Batasan ~

Thursday 15 March 2012

Awas, Jangkitan Saluran Kencing

Edit Posted by with 2 comments
Hari ni aku mau bagi tips apa yang perlu di buat untuk sepa2 yang 
dijangkiti saluran kencing @ Urinary Tract Infection khususnya wanita . 
Wanita lebih berpotensi kena jangkitan saluran kencing 
berbanding lelaki sebab anatomy saluran pompuan itu sendiri yang 
lebey pendek daripada lelaki.

Di bawah ni aku ada bagi contoh anatomy sekali
 dan yang anak panah tu, aku tunjuk
 bahagian saluran kencing wanita ( pendek kan ).
 Kalau korang mau bandingkan 
dengan lelaki punya plak, Google sendiri ekkk...




Saranan yang perlu di buat::
  • Bersihkan bahagian intim dari arah depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan kuman ( E.Coli ).
  • Bersihkan bahagian tersebut setiap hari dengan tidak menggunakan sabun yang mempunyai pH kuat.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas hubungan seksual.
  • Minum air dengan banyak, sekurang2nya 8 gelas sehari.
  • Jangan tahan sekiranya mahu membuang air kecil.
  • Minum air buah-buahan atau supliment yang kaya dengan vitamin C.
  • Sebolehnya jangan atau kurang menggunakan tampon dan tukar dengan kerap sekiranya menggunakan tampon.
  • Jangan menggunakan tuala wanita yang berdeodoran.
  • Gunakan underwear yang diperbuat dari cotton kerana sifatnya yang mudah menyerap dan mengelakkan kelembapan.
  • Bagi wanita yang sudah berkahwin, sekiranya menggunakan perancang keluarga jenis "Diaphragm", bincang dengan doktor sakit puan anda untuk tukar kaedah laen.

Minum Banyak Air La...

Ku Rindu Sahabat

Edit Posted by with No comments
Bila sudah habis study macam ni, aku rindu plak 
dengan kawan2 aku di kolej dulu.
 Apa khabar dorang sekarang arrr? Orang cakap time habis 
study ni la kita dapat 
perhati sapa kawan yang kita boleh 
kategorikan sebagai kawan, teman dan sahabat. 

Ya, ketiga2 perkataan ni bawa maksud yang sama saja tapi bagi aku, 
kawan ni, boleh la di anggap sekadar kawan semasa senang. 
Teman plak, orang yang boleh kita ajak berbincang dan 
melebihi kedikit daripada pangkat kawan. 

Bagi sahabat plak, aku anggap dia kawan dan teman masa susah senang. 
Masa kita salah, dia datang tuk perbetulkan bukan plak untuk 
menjatuhkan dan jeling2 kita =p

Sini aku mau share lagi plak ciri2 kawan yang boleh di 
ketagorikan sebagai SAHABAT

  • Menerima segala perubahan yang ada dalam diri kita. Tidak kira sama ada yang baek atau buruk. 
  • Berkongsi, sedia berkongsi perkara suka atau duka. Lebih2 lagi bila kita atau dia dalam keadaan gawat perasaan ( tidak termasuk share BF ok... hahahahahaha ). 
  • Sentiasa menjaga nama baik kita, tidak pernah memburuk2kan bila di belakang kita. 
  • Tahu batas2 yang sepatutnya wujud dalam konteks persahabatan. 
  • Menghormati prinsip2 hidup antara 1 sama laen.
  • Tidak mewujudkan perasaan cemburu yang keterlaluan sampai memakan diri sendiri. 
Peace yooo... (^_^)v

Really miss wif student title ~~



Dear Friends, I Miss U All

Rambut Aku Mau Makan ...

Edit Posted by with No comments
Yeahhhh, hari ni aku mau share tips amacam kita mau jaga rambut. 
Bukan kita saja yang mau makan makanan berkhasiat untuk kekal sihat. 
Rambut pon kena pilih jugak Aku sekarang pon memang ada 
masalah rambut gugur,
 jadi sama-sama la kita apply tips ni tuk rambut 
kekal cantik and shinning ( huhhh, ada macam iklan syampoo ka? ). 
Wahahaha ... 

Lobak merah, telur dan sayuran.
  • Bukan sahaja baik untuk kulit tapi juga untuk rambut. Kandungan vitamin A yang terdapat dalam lobak sangat berkhasiat untuk kesuburan rambut.
Telur
  • Mengandungi vitamin B-Complex, protein dan zat besi yang boleh memperbaiki struktur rambut yang kering dan rosak ( tapi jangan makan berlebihan plak...  ^_^ )
  • Untuk hasil yang memuaskan, di sarankan menggunakan syampoo yang mengandungi ekstrak telur ( wekkkkk, tidak bau ka tu? )
Makanan Laut.
  • Ada sebahagian makanan laut yang mengandungi zat zink yang berguna untuk kulit kepala supaya tidak kering dan berkelemumur.
Buah-buahan.
  • Lebih baik buah-buahan yang masam tapi kaya dengan vitamin C untuk menguatkan daya badan melawan penyakit ( imun ). Jika makan dengan teratur, boleh buatkan rambut tumbuh dengan cepat.

~ Manisnya kalau dia  Bertudung ~

Aku Ngidam Mau ...

Edit Posted by with No comments
Aku tidak tau la kenapa semenjak 2, 3 menjak ni aku laen rasa ja plak. 
Orang cakap kalau macam ni tanda2 orang mengidam tapi aku 
teda plak loya fening2 kepala. 
Aku cergas sihat jugak pon ( hahahahaha ). Aku semangat berkobar2
 ja mau dapat apa aku ngidam ni. 
Tolong laaa...

Tidak tau la angkara sapa semua ni tapi yang pasti aku nekad mau jugak benda ni.
Sapa yang bisa tolong aku ni??? Waaaaa, help me....
Kalau la aku ada magic, memang aku sudah isi dompet aku tebal2
 tapi tidak apa, setiap apa yang kita hajat
 tu mesti di sertakan dengan usaha. betol kan??? ^_^

Hmmm, bukannya apa pon. Aku ngidam handphone SAMSUNG GALAXY tu. 
Tidak kira la apa jenis pon, asalkan jenama tu 
( kalau dapat yang harga atas 1k tu, bonus la kan ). 
Bila la aku dapat hak milik samsung Galaxy tu arrr... 
Plizzz laaa.... =.=

Samsung galaxy S



Samsung Galaxy ACE